Monday, December 10, 2012

KEJADIAN TEMBAK DI KEDAI KOPI



Tembak Di Kedai Kopi

Narathiwat, 11 Des 2012 - kejadian tembak pagi ini secara rambang terhadap penduduk kampung yang di Kampung Damar Buah, Mukim Tanjung Lima, Daerah Rengit, Wilayah Narathiwat antara pukul 7.20 pagi. Kejadian berlaku semasa penduduk kampung sedang sibuk bersarapan pagi dan membeli sarapan pagi untuk di bawa balik ke rumah. Sedang penduduk kampung di situ sibuk membeli makanan tiba-tiba datang sebuah kereta kabat yang tidak kenali mendekati kedai tersebut secara perlahan, dengan sepantas kilat tiga orang bangun dari arah belakang kereta tersebut melepaskan antara 40 das tembakan secara rambang ke arah penduduk kampung yang berada di kedai tersebut. Kejadian telah menyebabkan tiga orang penduduk kampung mati ditempat kejadian antara yang terkorban ialah Amizee Jekdo, 23tahun, Kabasi Hoh, 37 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 bulan, manakala lima orang cedera parah ialah Siti Rohimoh Mama', 70 tahun, Tuan Ma Tingi, 61 tahun, Misbah Musa, 25 tahun, Mohd Darris Hakimi Yeena, 10 bulan dan Pak Ngah Rimee, 74 tahun.
Konflik di Wilayah Selatan Thailand yang telah mengakibatkan kematian hampir 5 300 orang dan 10 000 cedera.

Sumber: Pataninews.net

No comments: