Tuesday, January 21, 2014

Bernaung Di Bawah Rumpun Kasih

Bila tiba waktu mereka akan berpindah dan menetap di sini. Di sinilah mereka akan menetap dalam jangka waktu yang mereka sendiri tidak mengetahui. Mereka ialah anak yatim dan yatim piatu. Mereka tidak minta dilahirkan begini.

Manusia perlu tempat tinggal dan kasih sayang. Untuk tujuan ini NGO Deep Peace dengan kudrat yang ada, ditambah pula oleh masyarakat yang perihatin serta dibantu oleh NGO daripada Malaysia Aman Patani bersetuju mendirikan Komplek Anak Yatim di atas tanah seluas 8 ekar di Kampung Baloi, Mukim Baloi, Jambu(Yaring) wilayah Patani.

Gambar kiri,Encik Zambree (penyelaras projek)

Menurut Encik Zambree, fasa pertama ialah menyiapkan bangunan untuk asrama lelaki. Peringkat ini pihaknya menyiapkan satu tingkat dahulu.Bila cukup dana tingkat dua akan dibangunkan. Setakat sebanyak 1.1juta bath telah dibelanja.Untuk menyiapkan keseluruhan bangunan asrama lelaki dijangka memerlukan 6 juta bath.

Encik Zambree berkata,"Bila siap sebahagian daripada komplek ini pejabat Deep Peace akan berpindah ke sini. Kg Baloi terletak kira-kira 30 kilometer daripada bandar Patani.

Di komplek ini juga akan dibangunkan sekolah aliran Melayu bagi memperkasakan pendidikan anak Patani.



Ini ialah asrama lelaki yang dijangka siap pada pertengahan tahun ini.











Bahagian depan asrama lelaki.Di sekitar asrama ditanam dengan pohon herba yang cukup berguna untuk manusia.














Jalan masuk ke asrama lelaki dipenuhi dengan pohon-pohon kayu dan herba.

Persatuan Perempuan Patani yang diketuai oleh Cik Norizan Abdilah turut menjayakan komplek anak yatim. Mereka berusaha mendapatkan sumbangan bagi menyegerakan siapnya komplek ini.

Menurut Encik Zambree lagi,ramai orang Islam dari Malaysia,Singapura,Indonesia dan Brunei turut memberikan sumbangan.

Beliau juga berharap umat Islam terus memberikan sumbangan untuk menyiapkan komplek anak yatim ini.


Oleh Shakir   Taha

No comments: