Tuesday, March 4, 2014

Perjalanan Ke Kampung Kunyit

Perjalanan untuk menziarahi jenayah As Asyahid Ustaz Khairi memakan masa lebih kurang 40 minit dari Jala Israel. Cuaca cukup panas hari itu. Kami yang lelaki naik kereta Zamree dan duduk di belakang.Kami berbumbungkan langit cerah.

Sepanjang jalan ke menuju ke rumah  As syahid kami disapa oleh pohon getah yang daun kekuningan.Tentulah kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah.

Rumah as syhid jauh di pedalaman. Kami terpaksa melalui kawasan yang dipenuhi dengan sawah padi. Ada jalan yang tidak diturap dengan tar .Debu berterbangan menyesak dada. Bumi Fathani Darussalam cukup subur. Sayang sekali bumi ini sentiasa bergolak dan berkocak angkara orang bersenjata dan pemerintahan yang tidak stabil.

Penembakan berlalu setiap hari ketas orang awam,khususnya Tok Guru dan guru agama. Menurut sebuah blog ankara pembunuhan ini dilakukan oleh skuad pembunuhan khas. Dan orang kampung mengiyakannya.

Kami daripada NGO Aman Patani berkesempatan pergi ke rumah dan menziarahi as syahid Ustaz Khairi serta bertemu dengan isterinya, Puan Nafisah Hashim. Rumah as syahid kelihatan uzur tapi kayunya masih kukuh berdiri menerima tetamu hari itu.

Pihak kami berasa lega dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada Puan Nafisah.Beliau kelihatan begitu terharu menerima sumbangan yang tidak seberapa daripada Aman Patani. Kami pun berasa lapangan dada dapat berbuat bagi meringankan beban Puan Nafisah sekeluarga.








Oleh  TS Kembara

No comments: