Sunday, October 10, 2010

Takbai : Orang Islam mati, kerajaan dihina, tentera dimalukan

Tajuk :Orang Islam mati, kerajaan dihina, tentera dimalukan
Sumber : Agenda Daily
Tarikh Akses: 11 Oktober 2010
Link:http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_da19e8fb-ca9db1d0-c0c18f00-b1d7b3d1


Hampir seminggu selepas tragedi berdarah di Tak Baik yang menyaksikan 85 penduduk Islam Tak Bai terbunuh, seorang bekas pemimpin masyarakat tampil mempertahankan kerajaan Thailand yang diasak dengan pelbagai kecaman antarabangsa dan cemuhan di kalangan umat Islam atas kejadian itu.

Bekas wakil rakyat Tak Bai, Syed Bukhari Syed Ahmad yang ditemui Bernama di sini, Ahad, berkata, kerajaan Thailand tidak boleh dipersalahkan seratus peratus terhadap kebangkitan masyarakat Islam.

Ini kerana Perdana Menteri Thaksin Shinawatra sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa pelbagai perubahan dasar dan pendekatan bagi membantu umat Islam di wilayah selatan yang kebanyakannya dihimpit kemiskinan serta kekurangan pendidikan.

Syed Bukhari adalah antara individu yang dipercayai dan diberikan penghormatan oleh masyarakat Islam di sini kerana banyak berjasa sebagai wakil rakyat selama 25 tahun iaitu tempoh lima penggal di kawasan ini.

Walaupun pada awal tahun ini beliau memutuskan tidak bertanding pada pilihan raya untuk memberi peluang kepada muka baru berkhidmat kepada rakyat, Syed Bukhari masih dikunjungi rakyat dan pegawai kerajaan bagi mendapatkan pandangannya dalam isu-isu.

Syed Bukhari berkata sejak peristiwa 28 April lepas yang menyaksikan sekumpulan 112 umat Islam terdiri daripada golongan tua dan remaja terbunuh selepas bertempur atas nama "jihad" dengan tentera dan polis di Pattani dan Yala, Thaksin telah cuba menawan hati umat Islam dengan menyalurkan segera peruntukan berjumlah berjuta-juta dolar Amerika.

Bantuan itu antara lain untuk membangunkan sektor pertanian yang menjadi pergantungan utama umat Islam di sini, bantuan kewangan kepada setiap mukim serta pemberian biasiswa kepada pelajar Islam yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

"Kerajaan Thailand juga beri bantuan kepada semua sekolah pondok agama Islam dan bantu buat sekolah pondok agama. Ini tak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun keadaan masih belum sempurna dan masih banyak perkara yang perlu dibuat oleh kerajaan Thailand sebelum masyarakat Islam benar-benar dapat menerima secara ikhlas setiap usaha negara itu yang didominasi oleh pemerintahan mengikut agama Budha.

Syed Bukhari mengakui terdapat umat Islam yang memandang remeh usaha kerajaan negara itu dan sebaliknya mereka berterusan meniupkan semangat anti-Bangkok dengan mengajak masyarakat Islam untuk terus menentang pemerintahan dan pihak berkuasa negara.

"Semangat menentang macam inilah yang menyebabkan berlaku tunjuk perasaan di Tak Bai dan akhirnya berlaku bunuh membunuh hingga kedua-dua pihak rugi. Orang Islam mati, kerajaan kena marah dan dihina, tentera dapat malu," katanya.

Beliau berkata, insiden di Tak Bai yang menyebabkan 85 umat Islam terkorban tidak sepatutnya berlaku tetapi disebabkan sikap degil sesetengah penunjuk perasaan yang enggan beralah dan sebaliknya mengapi-apikan dan mencabar anggota tentera dan polis maka kejadian itu berakhir sebagai satu sejarah hitam negara.

Menjelaskan lebih lanjut kes di Tak Bai, Bukhari berkata ianya bermula dengan hanya sekumpulan kecil terdiri daripada kaum keluarga dan penduduk kampung yang berhimpun di perkarangan balai polis Tak Bai di sini bagi memohon polis membebaskan kesemua enam lelaki yang ditahan kerana menyerahkan senjata api yang diberikan kerajaan kepada pihak militan.

Bukhari berkata beliau terlibat secara langsung apabila diminta menjadi orang tengah tetapi keadaan tidak berubah dan malahan jumlah penunjuk perasaan semakin besar daripada beratus orang pada pagi menjadi lebih 3,000 orang pada tengah hari selain beribu-ribu lagi penonton.

"Selepas solat Zohor, saya terus berjumpa dengan mereka (penunjuk perasaan), tetapi saya rasa semacam kerana bila saya bagi salam pun kumpulan ini tidak mahu balas. Bila saya suruh mereka balik, mereka beramai-ramai mengejek saya. Mereka kata saya alat Bangkok," katanya.

Beliau berkata kumpulan itu tetap memperlakukan perbuatan sama kepada tok imam, pegawai Majlis Agama Islam Narathiwat, ketua-ketua kampung hingga tiada individu yang dipercayai dapat ditampilkan bagi memujuk mereka.

Bukhari berkata alasan penunjuk perasaan bahawa mereka berkumpul untuk mendesak polis membebaskan enam penduduk kampung yang ditahan pada 15 Okt lepas tidak ikhlas kerana apabila pihak berkuasa bersetuju untuk membebaskan mereka, kumpulan itu pula berdalih.

"Apabila saya umum polis Tak Bai bersetuju akan ke Narathiwat untuk mengambil keenam-enam yang ditahan itu, mereka ugut dan paksa supaya dibuat dalam tempoh 10 minit sahaja sedangkan perjalanan ke Narathiwat (45 km) ambil masa lebih setengah jam. Sikap mereka inilah menyebabkan rundingan gagal," katanya.

Beliau berkata malahan ibu bapa dan keluarga keenam-enam tahanan polis itu turut merayu supaya mereka bersurai kerana rundingan telah berjaya tetapi kumpulan itu yang sesetengahnya terdiri daripada anak muda yang bertopeng dan menutup muka enggan berundur dan sebaliknya menunjukkan sikap bermusuh dan mengertak pihak berkuasa.

Pegawai tentera kemudian hilang sabar menyebabkan berlaku serangan terhadap kumpulan itu bermula dengan pancutan air, semburan gas pemedih mata dan berakhir dengan tembakan dan penahanan 1,300 orang.

Bukhari berkata sebelum itu beliau berjaya menyakinkan separuh daripada 3,000 orang yang menyertai kumpulan itu, khususnya kalangan penduduk Tai Bai supaya pulang dan tidak menimbulkan kekecohan.

Beliau berkata daripada pengamatannya, mereka yang terlibat itu kebanyakannya datang dari luar kawasan Tak Bai dan kebanyakan mereka yang berkumpul di perkarangan stesen polis Tak Bai sejak pukul 9 pagi didapati terpengaruh dengan muslihat dalang dan perancang perhimpunan itu.

"Hampir semua yang ditahan bila ditanya siapa suruh dan kenapa berkumpul, tak boleh nak jawab," katanya.

Bila ditanya siapa dalang kes itu, Bukhari berkata mereka ini adalah penentang tradisi kerajaan Thailand di Bangkok yang tidak akan berpuas hati selagi tidak dapat menubuhkan kerajaan sendiri membabitkan gabungan kesemua wilayah Islam di selatan negara itu.

Seorang pelajar di Kolej Yala, Mohamad Nasir Jusoh, 21, berkata, dia bersama dengan kumpulan 10 rakannya terpengaruh untuk pergi ke Tak Bai kerana dimaklumkan ada ceramah agama oleh tok guru terkenal.

Menurut beliau, bersama kumpulan rakannya mereka menaiki sebuah van yang kebetulan disediakan bagi perjalanan sejauh 80 km itu.

"Bila sampai di stesen polis saya lihat ada perhimpunan besar-besaran menentang kerajaan. Kami pun masuk suka-suka kerana banyak kali dengar kerajaan zalim kepada rakyat," katanya.

Mohamad Nasir berkata tanpa berfikir panjang mereka mengikut setiap aksi yang dibuat oleh kumpulan itu sehinggalah terpaksa menyelamatkan diri apabila kumpulan tentera memburu mereka.

Katanya, daripada 10 rakannya itu, lima ditahan tentera manakala yang lain termasuk dirinya dapat menyelamatkan diri.
------------------------------------
Semua sekata Thailand harus lebih bertanggongjawab terhadap masyarakat Islam negara itu
Rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat sekata menyuarakan rasa kesal dan sedih terhadap pergolakan yang meragut 84 nyawa penduduk selatan Thai Isnin lepas dan meminta kerajaan Thailand mengambil tindakan yang lebih bertanggungjawab dalam membela masyarakat Islam di negara itu.

Ketuanya Pemuda Umno Malaysia Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya terkejut dan sedih dengan nasib yang menimpa umat Islam di negara itu.

"Justeru, pemuda menyeru kerajaan Thailand pimpinan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra supaya mengambil sikap yang lebih bertanggungjawab dalam membela nasib rakyatnya sendiri bagi mengelakkan daripada berlaku kejadian seumpama yang lebih besar," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sungguhpun Thailand adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan apa yang berlaku itu adalah hal ehwal dalamannya, namun kejadian itu berlaku terlalu hampir dengan sempadan kedua-dua negara.

"Sudah tentu dan apa yang berlaku itu memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutama yang tinggal hampir dengan sempadan kedua-dua negara," katanya.

Hishammuddin berkata dalam semangat setiakawan serantau dan hubungan dua hala, Pemuda berharap kerajaan Thailand akan menyambut tawaran Malaysia untuk membantu menangani kemelut yang melanda umat Islam di selatan negara itu.

Beliau berkata Malaysia mempunyai pengalaman luas menangani keganasan dan ini terbukti ketika negara diancam oleh pengganas komunis suatu ketika dahulu.


Exco Pemuda Datuk Fidaus Ismail berkata Pemuda akan menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Thailand bagi menyatakan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia atas tindakan keras yang telah diambil oleh tentera negara itu yang seolah-olah melihat kumpulan penunjuk perasaan Islam sebagai pengganas.

Perdana Menteri Thaksin Shinawatra perlu mengawal perilaku anggota tenteranya dan bukan membenarkan semua perbuatan mereka.

"Walaupun Thaksin kata betul (tindakan tentera), dunia nampak ia satu keganasan...keganasan tidak boleh ditangani dengan keganasan," katanya ketika dihubungi Bernama hari Khamis.

Dalam kejadian Isnin lepas (25 Okt), seramai 84 orang penduduk mati kebanyakannya dipercayai sesak nafas akibat terhimpit dalam trak polis selepas mereka ditahan kerana menyertai tunjuk perasaan di luar Balai Polis Daerah Tak Bai di wilayah Narathiwat.

Selain itu Firdaus berkata, Pemuda Umno juga bersedia memberi sebarang bantuan kepada kerajaan negara itu jika diminta.

Katanya, Pemuda Umno turut melihat tindakan tentera Thai sebagai membelakangkan semangat setiakawan jiran antara kedua-dua negara.

"Kalau dulu masalah komunis yang menggunakan senjata boleh ditangani secara bersama, kenapa tidak dalam soal ini? Mintalah nasihat kita dulu, baru ambil tindakan.

Lebih serius lagi, Thailand tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam Thai dan Malaysia apabila bertindak seperti itu dalam bulan Ramadan, katanya.

Seorang lagi anggota Exco, Datuk Mukriz Tun Mahathir yang turut bersetuju dengan pendapat Firdaus berkata, tawaran Malaysia untuk membantu membendung keganasan di Selatan Thailand dua bulan lalu masih terbuka.
Pemuda PAS Khamis menyerahkan memorandum bantahan ditujukan kepada Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu Kofi Annan.
Ketuanya Salahuddin Ayub berkata mereka akan menganjurkan satu demonstrasi aman depan Kedutaan Thai di Jalan Ampang lepas sembahyang Jumaat.
Pemuda Gerakan mengecam taktik ganas pasukan keselamatan Thailand dalam menghadapi penentangan di tiga wilayah Islam negara itu terutama insiden kematian 84 penduduk di Tak Bai, Narathiwat.

"Situasi itu membimbangkan Malaysia kerana kita menganggap Thailand sebagai jiran terdekat. Pemuda Gerakan ingin mengucapkan takziah dan kesedihan kepada keluarga mangsa," kata pengerusinya Datuk Mah Siew Keong dalam kenyataan .

Beliau berkata Pemuda Gerakan tidak dapat menerima pendekatan tidak berperikemanusiaan pihak berkuasa Thai menyumbat kira-kira 1,300 penduduk di dalam lori-lori selama enam jam sehingga menyebabkan berpuluh-puluh mati lemas.

"Kami menggesa kerajaan Thai menjalankan siasatan dan berharap insiden itu tidak akan merebak kepada konflik agama yang serius hingga menjejaskan kestabilan dan keselamatan serantau," katanya.

Majlis Belia Malaysia (MBM) sementara itu mahu kerajaan Thailand mengambil tindakan yang keras terhadap pihak yang terlibat dalam tragedi di Tak Bai.

"Sekiranya tindakan tegas tidak diambil, MBM bimbang kekacauan akan berlaku dan ia boleh memberikan kesan ke atas negara-negara jiran termasuk Malaysia," kata Setiausaha Agungnya Norizan Sharif dalam satu kenyataan.

Beliau berkata MBM berharap kerajaan Thailand mengadakan perundingan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat di selatan negara itu bagi mengenal pasti masalah mereka dan tidak menggunakan kekerasan bagi menyelesaikan sebarang masalah.
Katanya kerajaan Thailand perlu mencontohi cara Malaysia membendung keganasan dengan memenangi hati rakyat untuk menyokong kerajaan dan bukannya dengan menimbulkan kemarahan rakyat.

Exco Pemuda Datuk Pirdaus Ismail berkata pihaknya akan menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Thailand bagi menyatakan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia atas tindakan keras yang telah diambil oleh tentera negara itu yang seolah-olah melihat kumpulan penunjuk perasaan Islam sebagai pengganas.

Perdana Menteri Thaksin perlu mengawal perilaku anggota tenteranya dan bukan membenarkan semua perbuatan mereka.

"Walaupun Thaksin kata betul (tindakan tentera), dunia nampak ia satu keganasan...keganasan tidak boleh ditangani dengan keganasan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian Isnin lepas (25 Okt), seramai 84 orang penduduk mati kebanyakannya dipercayai sesak nafas akibat terhimpit dalam trak polis selepas mereka ditahan kerana menyertai tunjuk perasaan di luar Balai Polis Daerah Tak Bai di wilayah Narathiwat.

Selain itu Firdaus berkata, Pemuda Umno juga bersedia memberi sebarang bantuan kepada kerajaan negara itu jika diminta.

Katanya, Pemuda Umno turut melihat tindakan tentera Thai sebagai membelakangkan semangat setiakawan jiran antara kedua-dua negara.

"Kalau dulu masalah komunis yang menggunakan senjata boleh ditangani secara bersama, kenapa tidak dalam soal ini? Mintalah nasihat kita dulu, baru ambil tindakan.

Lebih serius lagi, Thailand tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam Thai dan Malaysia apabila bertindak seperti itu dalam bulan Ramadan, katanya.

Seorang lagi anggota Exco, Datuk Mukriz Tun Mahathir yang turut bersetuju dengan pendapat Firdaus berkata, tawaran Malaysia untuk membantu membendung keganasan di Selatan Thailand dua bulan lalu masih terbuka.
--------------------------------------
Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra diminta meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruh dunia ekoran kenyataannya menyalahkan ibadat puasa sebagai punca kematian 84 penduduk Islam selepas pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand di daerah Tak Bai, Narathiwat, dua hari lepas.

Pemangku Pengerusi Majlis Permuafakatan Angkatan Badan Bukan Kerajaan Malaysia (Mapan), Datuk Dr Ma'amor Osman berkata kenyataan pemimpin Thai itu Selasa adalah biadab dan bodoh serta satu penghinaan terhadap umat Islam yang sedang berpuasa.

"Dia cuma mahu mencari alasan," katanya kepada pemberita di sini hari Rabu.
Para pegawai Thailand berkata 84 orang itu mati dipercayai kerana lemas atau terhimpit dalam trak polis selepas mereka ditahan dalam satu tunjuk perasaan di wilayah selatan Thai itu.

Thaksin dipetik sebagai berkata kematian penunjuk perasaan itu adalah akibat anggota badan mereka yang lemah selepas beberapa jam ditahan di luar balai polis Tak Bai, dan punca kematian mereka bukan disebabkan akibat serangan.

Sambil mengutuk tindakan ganas pasukan keselamatan Thai itu, Dr Ma'amor menyeru badan antarabangsa seperti Amnesty International dan pertubuhan Palang Merah Antarabangsa supaya menyiasat punca sebenar kematian itu.

Beliau berkata Mapan yang diwakili kira-kira 100 badan bukan kerajaan akan mengadakan perhimpunan di Kedutaan Thailand di sini Jumaat ini untuk menyerahkan memorandum bantahan berhubung kejadian itu.

Ia juga akan melancarkan satu tabung esok bagi mengumpul wang untuk diserahkan kepada anggota keluarga mangsa peristiwa itu.

Dr Ma'amor turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), badan keadilan antarabangsa dan Raja Thailand sendiri agar mengenakan tekanan supaya kerajaan Thailand memberi perhatian khusus terhadap nasib minoriti Islam di selatan negara itu.
-------------------------------------------
Malaysia bimbang dengan keganasan di Selatan Thailand
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Malaysia bimbang dengan peningkatan keganasan di selatan Thailand dan telah menawarkan bantuan, jika ia diperlukan, bagi membendung pertempuran baru antara penduduk dan pihak berkuasa.

"Kita sangat bimbang dengan keadaan ini. Saya telah arahkan Menteri Luar (Datuk Seri Syed Hamid Albar) untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang perkara itu.

"Jika ada apa-apa yang boleh kita bantu, kita akan lakukan, jika tidak, kita harap kerajaan Thai akan dapat menangani krisis itu supaya ia (keganasan) tidak merebak dan bertambah buruk. Kita mahu kerajaan Thai mengambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur Selasa.

Isnin, 84 orang dilaporkan terbunuh apabila pasukan keselamatan Thai menyuraikan lebih 2,000 penduduk yang mengadakan demonstrasi di Takbai, Narathiwat.

Seorang pegawai kanan kementerian kehakiman Thai, Manit Sutaporn dilaporkan berkata 78 daripada mangsa itu mati akibat terhimpit.

Abdullah berkata kerajaan Thai belum memaklumkan "apa-apa" kepada Malaysia.

"Bagi kita insiden ini sedang ditangani oleh kerajaan Thai. Mereka belum memaklumkan apa-apa kepada kita, sama ada mereka mahukan bantuan atau tidak, tetapi saya percaya mereka mampu menanganinya," katanya.

Terhadap soalan lain, Perdana Menteri menolak andaian bahawa kerjasama membangunkan kawasan sempadan akan terjejas dengan insiden itu.

Abdullah berkata pembangunan yang dirancang bukan sahaja untuk Malaysia tetapi bagi manfaat penduduk Thai di kawasan berkenaan.

No comments: