Thursday, April 22, 2010

KEJADIAN LETUPAN BOM DI SEBUAH BALAI POLIS PATTANI


Anggota-anggota polis berpakaian awam membantu seorang penunggang motosikal yang terhumban semasa serangan bom yang dipasang pada sebuah kereta meletup di hadapan balai polis Pattani semalam. Ia kemudian disusuli kejadian dua penunggang motosikal , melontar bom tangan pula ke balai polis itu.


PATTANI - Dua letupan bom berasingan yang berlaku di selatan Thailand semalam menyebabkan seorang anggota polis terbunuh dan 60 orang awam lain cedera. Sebutir bom dilontarkan ke arah mereka di hadapan sebuah balai polis di Selatan Thailand

Dua lelaki yang menunggang motosikal melemparkan bom jenis M67 ke arah pasukan polis yang baru sahaja selesai berhimpun menyanyikan lagu kebangsaan Thailand di sebuah Balai Polis di wilayah Pattani.

Menurut polis, seorang terbunuh ketika dalam perjalanan ke Hospital namanya Sompong Khongdam 52, dan 3 orang lagi cedera parah ialah Polis wanita Kumanthana Benchamana’ mengalami cedera parah lalu dipindah ke Hospital Hadyai, Polis wanita Chapaphon Pongnutak, kerana bom yang dilempar itu jatuh berhampiran dengan mereka.

Berikutan kejadian itu, seorang terbunuh manakala 43 orang yang lain cedera.

Katanya lagi, beberapa minit kemudian, sebutir bom lain seberat 20 kilogram yang disembunyi di dalam sebuah kereta terletak sejauh 50 meter dari Balai Polis tersebut meletup sekali gus mencederakan 17 orang dan merosakkan 10 kenderaan lain.

Dialog Aktivis Pemuda Pattani dan Aktivis Pemuda Malaysia Sempena Minggu Kesedaran Selamatkan Pattani

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Semoga Tuan/Puan berada dalam lindungan dan RahmatNya.

2. Kami di pihak Aman Pattani (AMANI), badan bertindak terhadap isu konflik Selatan Thai yang digerakkan di bawah naungan Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) telah merancang satu program dialog antara aktivis pemuda Pattani dan aktivis pemuda Malaysia. Program dialog ini dirangka sempena Minggu Kesedaran Selamatkan Pattani anjuran pihak kami.

3. Objektif program dialog ini adalah untuk membuka ruang interaksi yang lebih luas dan jelas antara masyarakat Malaysia dengan masyarakat Pattani khususnya kumpulan aktivis muda mengenai realiti sebenar pergolakan yang berlaku di Selatan Thai. Sesi dialog ini juga diharap dapat menjadi medan perkongsian maklumat dan perbincangan mengenai pelan tindakan untuk membantu saudara kita di sana serta membina jaringan lebih luas dalam mendalami permasalahan ummat Islam seluruh dunia.

4. Berikut adalah maklumat program dialog yang kami rancang :

Tarikh : 1 Mei 2010
Masa : 8.30 –12.00 malam
Tempat : Dewan Muzakarah, Masjid Al-Malik Khalid, USM.

5. Sebarang persoalan bolehlah menghubungi : amanpattani@yahoo.com

atau terus kepada hotline AMANI
0194131472


Rujukan Kami : AMANI/DIALOG/01/10

Wednesday, April 21, 2010

DUA ORANG DITEMBAK OLEH LELAKI YANG TIDAK DIKENALI


PENOREH GETAH DITEMBAK DI TANJUNG LIMA

TANJUNG MAS 20 April 2010 : Lebih kurang jam 07.00 pagi, Sudin Karek 47, telah ditembak ketika sedang menorah getah, oleh lelaki tidak dikenali yang bersembunyi dalam hutan rimba berhampiran kebun getahnya. Sudin Karek tinggal di alamat rumah 55/2 Kampung Ladang Kunyik Tempat 2, Mukim Tanjung Lima, Daerah Ranget, Wilayah Narathiwat.

Keadaannya sangat parah akibat kena peluru di dada kiri dan dibawa ke Hospital Ranget. Oleh kerana keadaannya sangat parah di bawa pula ke Hospital Narathiwat Rachnakharin untuk rawatan lanjut.

Sebelum itu pada 19 April, jam lebih kurang 7.30 malam ada dua orang bawa motorsikal menghamiri Muhammad Nasir Ma'sa'i 34, tinggal di alamat 353 Tempat 2, Mukim Beluka Samok Daerah Bacho, Wilayah Narathiwat telah ditembak dalam perjalanan dari Daerah Raman, Wilayah Yala menuju ke kampungnya. Keadaan mangsa parah akibat 3 das tembakan di bahu kiri.

Sunday, April 18, 2010

penggerak & sukarelawan AMANI diperlukan

Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu, hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian! Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat. Saudara kita di sana sedang berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?

Aman Pattani (AMANI) terdiri daripada sukarelawan yang bergerak untuk membantu saudara-saudara kita yang tertindas di Selatan Thailand.

Bantuan yang dihulurkan termasuklah sumbangan dana, ilmu dan maklumat semasa.

Fact Finder AMANI sentiasa akan turun lapangan di Selatan Thailand untuk mendapatkan maklumat semasa yang sahih memandangkan kebanyakkan maklumat berkenaan kezaliman yang berlaku di Selatan Thailand disekat dari dibawa keluar dari sana.


Kami terdiri daripada pelbagai lapisan sukarelawan daripada kalangan pelajar hinggalah mereka yang sudah bekerja. AMANI memerlukan bantuan anda untuk terus memainkan peranannya dalam membantu saudara-saudara kita di sana.

Kepada mereka yang tinggal di sekitar Pulau Pinang, anda diperlukan untuk menjadi PENGGERAK AMANI. Anda akan dipanggil untuk menghadiri mesyuarat AMANI bagi membincangkan segala gerak kerja perancangan AMANI dan perlaksanaan perancangan tersebut dari semasa ke semasa. Mesyuarat ini akan dibimbing oleh koordinator AMANI, saudara Saiful.


Kepada mereka yang tinggal di luar kawasan Pulau Pinang, anda diperlukan untuk menjadi Sukarelawan AMANI yang memainkan peranan dalam menghebahkan info-info yang diterima daripada AMANI termasuklah untuk terlibat dalam roadshow dan mengumpulkan dana untuk program-program AMANI.


Jika berminat, sila hubungi :

urusetia sukarelawan
amanpattani@yahoo.com

AMANI juga boleh dirujuk di laman sosial facebook .

Semoga Allah memilih kita untuk termasuk dalam golongan hambaNya yang mukhlis.. amin.

Sunday, April 11, 2010

Pelajar Dibebaskan

PELAJAR UNIVERSITI YANG DI TAHAN OLEH PIHAK TENTERA DAN POLIS TELAH DIBEBASKAN TANGGAL 8 APRIL 2010 (KHAMIS)
SELEPAS TUNJUK PERASAAN PELAJAR
DI HADAPAN IBU PEJABAT POLIS YALA.

TUDUHAN TERHADAP MEREKA HANYA SECARA RAMBANG DAN TIDAK BERASAS SAMA SEKALI.
ALHAMDULILLAH SEMOGA ALLAH SENTIASA MENLINDUNGI ORANG-ORANG YANG DIZALIMI

ASSYAHID HAJI SULONG PADA 1954 DIBUNUH DENGAN KEJAM OLEH PENJAJAH SIAM


PATTANI - Seorang daripada ulama di Nusantara yang terbabit dalam perjuangan menegakkan Islam ialah Haji Sulong Al-Fathoni. Nama sebenarnya ialah Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad Al-Fathoni. Beliau yang merupakan pejuang Islam yang dianggap sesetengah pihak sebagai ’Imam Bonjol Pathoni’ bukan sahaja menghabiskan usianya menegakkan syiar agamanya tetapi mengakhiri hayatnya untuk perjuangan Islam.


Peristiwa kematian Haji Sulong Al-Fathoni diselebungi misteri hingga sekarang kerana selepas dipanggil menemui seorang pegawai penyiasat polis, dia terus hilang. Kehilangan Haji Sulong Al-Fathoni itu menjadi tamparan hebat kepada umat Islam Pathoni kerana mereka bukan saja kehilangan tokoh agama tetapi juga seorang pejuang Islam.


Beliau dilahirkan pada tahun 1895 di Kampung Anka Ru, Pathoni, ulama ulung yang bergerak dalam perjuangan rakyat Islam di negeri itu turut dihangatkan oleh bahang tekanan pemerintahan Siam. Ketika itu, negeri Pathoni Darussalam diperintah oleh Sultan Sulaiman Sharifuddin. Ketika itu, hampir semua negeri Melayu di utara menghadapi keadaan yang sama dengan Pathoni.


Haji Sulong menerima pelajaran asas dan al-Quran dari ayahnya sendiri sehingga pandai. Apabila sudah berusia 12 tahun, beliau berangkat ke Makkah untuk menyambung pelajaran di sana selama 17 tahun. Beliau berguru kepada para ulama dari Arab Saudi, Mesir dan yang datang dari Nusantara. Pada tahun 1924, beliau kembali ke tanah air bersama-sama isterinya yang dikahwininya semasa di Makkah. Keadaan negeri Pathoni Darussalam masih sama sama dengan ketika Haji Sulong berangkat ke Makkah dulu, iaitu berada dalam tekanan Kerajaan Siam, malah lebih teruk lagi kerana Kerajaan Pagoda itu sudah ikut campur masalah dalaman Pathoni dan negeri-negeri di uatara semenanjung lainnya.


Di samping itu, Siam juga berusaha memasukkan negeri-negeri jirannya di semenanjung menjadi sebahagian dari wilayahnya. Tindakan tersebut telah dibantah oleh Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang memerintah Pathoni. Sebagai akibatnya, Sultan Abdul Kadir telah dibuang negeri oleh pengausa Siam dan haknya sebagai Sultan dilucutkan.


Dari semasa ke semasa, kerajaan Siam terus meningkatkan kebencian dan tekanannya ke atas umat Islam di Pathoni. Banyak pemimpin masyarakat dan agama seperti Haji Sulong yang diawasi oleh pihak Siam. Apa yang boleh dilakukan oleh ulama seperti Haji Sulong diperingkat permulaan adalah menyedarkan masyarakat dan generasi muda akan haknya melalui pengajaran Islam.


Haji Sulong telah mendirikan Madrasah Al-Maarif Al-Wataniah di Pathoni. Beliau telah memperkenalkan sukatan pelajaran dan sistem kelas di madrasah itu. Walau bagaimanpun, tiga tahun berikutnya, kerajaan Siam telah memerintahkan madrasah itu ditutup.


Haji Sulong tidak patah semangat, kerana menyiarkan agama Islam adalah wajib dan tidak terbatas di bangku sekolah yang memakai sukatan pelajaran saja. Selanjutnya beliau menukar teknik mengajar di madrasahnya. Sejak itu beliau lebih banyak membacakan kitab-kitab agama iaitu kitab-kitab ulama zaman dahulu kepada para pelajarnya. Kuliahnya yang tidak lagi berbentuk sekolah pondok sepenuh masa tetapi hanya bimbingan mingguan, Maghrib dan Isyak telah mendapat sambutan penduduk tempatan. Haji Sulong Al-Fathoni sangat arif mengenai usuluddin dan tafsir. Bidang itulah yang menjadi tumpuan pengajarannya hingga meletus Perang Dunia Kedua.


Pernah dikatakan, Haji Sulong Al-Fathoni pernah mengajar agama di Kemboja dan pernah diburu penjajah Perancis kerana kegiatan itu. Bagaimanapun beliau diselamatkan oleh orang Cham di selatan Vietnam.


Apabila rampasan kuasa berlaku di Negeri Thai pada tahun 1932, corak pemerintahan beraja bertukar kepada rejim berperlembagaan. Perubahan itu benar-benar menekan masyarakat Melayu Islam di selatan thailand. Ini kerana apabila Phibul Songgram berkuasa pada tahun 1938, beliau melaksanakan dasar kebudayaan ’mensiamkan’ semua rakyat bagi matlamat kebangsaannya.


Undang-undang yang memaksa rakyat memakai pakaian cara Barat iaitu berseluar dan bertopi bagi lelaki serta bergaun dan berbaju pendek bagi wanita, termasuk orang-orang Islam di Pathoni. Siam juga telah mengharamkan penggunaan bahasa Melayu di pejabat-pejabat kerajaan.


Pelbagai tekanan dan ancaman itu telah menyebabkan pimpinan masyarakat Islam seperti Haji Sulong Al-Fathoni menubuhkan Badan Hukum Syariah bagi melindungi hak dan kepentingan agama. Apabila meletus Perang Dunia Kedua, Phibul Songgram telah mengubah lagi dasar, iaitu tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali. Beliau telah memihak kepada Jepun dengan membenarkan tentera asing itu melalui Negeri Thai untuk menyerang Burma dan Tanah Melayu.


Pada tahun 1944, Phibul Songgram telah memansuhkan jawatan kadi, membubarkan undang-undang keluarga Islam, memansuhkan sistem pembangunan waris cara Islam lalu menggantikannya dengan undang-undang sivil. Tindakan Siam tersebut telah melampau batas hak asasi manusia. Untuk itulah Haji Sulong dan para pemimpin Islam lainnya telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan masalah yang semakin menekan tersebut..


Mulai tahun 1947, perjuangan masyarakat Islam Pathoni bertambah memuncak hingga tahun 1954. Selama tujuh tahun itu, Haji Sulong Al-Fathoni terus mempertahankan agama dan bangsa sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pathoni (MAIP).


Hasil pertemuan pemimpin Islam setempat di Pathoni, Haji Sulong Al-Fathoni mengemukakan memorandum ’Tuntutan Tujuh Perkara’ kepada kerajaan Negeri Thai pada tahun 1947. Memorandum itu mengandungi permintaan untuk mengadakan:


- Seorang ketua beragama Islam bagi empat buah wilayah yang dipilih oleh anak negeri dengan diberikan kepadanya kuasa penuh.


- Mengadakan pelajaran Bahasa Melayu pada setiap sekolah bagi kanak-kanak berumur tujuh tahun sebelum mereka belajar bahasa Siam atau mata pelajaran lain dalam bahasa Siam.


- Hasil yang diperoleh dari empat wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wialyah itu sahaja.


- 80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.


- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi.


- Mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang bersabit dengan hukum Islam.


- Mengiktiraf rakyat di empat buah wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.


Kesan perjuangan itu, Haji Sulong Al-Fathoni akhirnya ditangkap oleh pemerintah pada 16 Januari 1948 kerana dituduh ’menderhaka kepada negara’. Polis telah menemui salinan surat bukti dialamatkan kepada Tengku Mahmud Mahyiddin, iaitu pemimpin masyarakat Islam di rumah Haji Sulong Al-Fathoni. Dua hari berikutnya, empat lagi rakannya telah ditangkap. Mereka ialah Wan Uthman Ahmad, Haji Wan Husain Wan Din, Ahmad (anak Haji Sulong) dan Che Ishak Abbas. Haji Sulong Al-Fathoni dipenjarakan selama tiga tahun dua bulan selepas dibicarakan di Nakhon Si Thammarat (Ligor).


Sewaktu menunggu perintah hukuman di Ligor, Haji Sulong Al-Fathoni (الفطاني)menulis buku Gugusan Cahaya Keselamatan. Kemudian dimasukkan ke penjara Bang Kuang di Bangkok. Dalam penjara beliau menghasilkan empat buah kitab agama dan sebuah buku riwayat hidupnya, tetapi kesemua buku itu hilang entah ke mana.


Ekoran dari penangkapan para pejuang tersebut, rakyat di beberapa wilayah telah memberontak dan menuntut agar para pemimpinnya dibebaskan. Haji Sulong terus berada dalam tahanan dan baru dibebaskan empat tahun kemudian yakni pada 1954.


Rupanya pembebasan Haji Sulong dan pejuang lainnya hanyalah merupakan helah Siam untuk meredakan kemarahan rakyat saja. Di sebalik itu ada rancangan yang lebih jahat, tapi dengan cara halus. Ini terbukti apabila tidak sampai dua tahun kemudian Haji Sulong dan tiga lain rakannya (termasuk seorang anaknya sendiri) telah dipanggil secara terhormat untuk berjumpa ketua polis penyiasat Siam dalam suatu pertemuan tertutup.


Akan tetapi sejak pertemuan tertutup tersebut, beliau bersama rakan-rakannya tidak ada pulang lagi ke pangkuan keluarganya. Kehilangannya sangat misteri dan pihak Siam pun mendiamkan diri. Maklumat yang diterima oleh kaum keluarganya dan rakyat Pathoni (فطاني)menyebutkan bahawa Haji Sulong dan rakan-rakannya telah dibunuh secara rahsia dan jenazahnya dibuang ke Laut Senggora (Songkhla) berhampiran Pulau Tikus pada malam Sabtu, 13 Ogos 1954. Beliau telah wafat dalam perjuangan di jalan Allah.



Pengorbanan Haji Sulong Al-Fathoni iaitu penulis kitab Kashf Al-Litham tetap bersemadi dalam lipatan sejarah perjuangan umat Islam Patani.