Thursday, April 22, 2010

KEJADIAN LETUPAN BOM DI SEBUAH BALAI POLIS PATTANI


Anggota-anggota polis berpakaian awam membantu seorang penunggang motosikal yang terhumban semasa serangan bom yang dipasang pada sebuah kereta meletup di hadapan balai polis Pattani semalam. Ia kemudian disusuli kejadian dua penunggang motosikal , melontar bom tangan pula ke balai polis itu.


PATTANI - Dua letupan bom berasingan yang berlaku di selatan Thailand semalam menyebabkan seorang anggota polis terbunuh dan 60 orang awam lain cedera. Sebutir bom dilontarkan ke arah mereka di hadapan sebuah balai polis di Selatan Thailand

Dua lelaki yang menunggang motosikal melemparkan bom jenis M67 ke arah pasukan polis yang baru sahaja selesai berhimpun menyanyikan lagu kebangsaan Thailand di sebuah Balai Polis di wilayah Pattani.

Menurut polis, seorang terbunuh ketika dalam perjalanan ke Hospital namanya Sompong Khongdam 52, dan 3 orang lagi cedera parah ialah Polis wanita Kumanthana Benchamana’ mengalami cedera parah lalu dipindah ke Hospital Hadyai, Polis wanita Chapaphon Pongnutak, kerana bom yang dilempar itu jatuh berhampiran dengan mereka.

Berikutan kejadian itu, seorang terbunuh manakala 43 orang yang lain cedera.

Katanya lagi, beberapa minit kemudian, sebutir bom lain seberat 20 kilogram yang disembunyi di dalam sebuah kereta terletak sejauh 50 meter dari Balai Polis tersebut meletup sekali gus mencederakan 17 orang dan merosakkan 10 kenderaan lain.

No comments: