Wednesday, April 21, 2010

DUA ORANG DITEMBAK OLEH LELAKI YANG TIDAK DIKENALI


PENOREH GETAH DITEMBAK DI TANJUNG LIMA

TANJUNG MAS 20 April 2010 : Lebih kurang jam 07.00 pagi, Sudin Karek 47, telah ditembak ketika sedang menorah getah, oleh lelaki tidak dikenali yang bersembunyi dalam hutan rimba berhampiran kebun getahnya. Sudin Karek tinggal di alamat rumah 55/2 Kampung Ladang Kunyik Tempat 2, Mukim Tanjung Lima, Daerah Ranget, Wilayah Narathiwat.

Keadaannya sangat parah akibat kena peluru di dada kiri dan dibawa ke Hospital Ranget. Oleh kerana keadaannya sangat parah di bawa pula ke Hospital Narathiwat Rachnakharin untuk rawatan lanjut.

Sebelum itu pada 19 April, jam lebih kurang 7.30 malam ada dua orang bawa motorsikal menghamiri Muhammad Nasir Ma'sa'i 34, tinggal di alamat 353 Tempat 2, Mukim Beluka Samok Daerah Bacho, Wilayah Narathiwat telah ditembak dalam perjalanan dari Daerah Raman, Wilayah Yala menuju ke kampungnya. Keadaan mangsa parah akibat 3 das tembakan di bahu kiri.

No comments: