Tuesday, April 6, 2010

1 Tukang masak dan 6 pelajar universiti di tangkap dan ditahan oleh pihak tentera tanpa bicara di dalam Restoran Warisan depan RUS


PATTANI – Pada 5 April 2010, jam lebih kurang 3.00 petang waktu Thailand, 6 orang pelajar dan seorang tukang masak Resroran Warisan ditangkap oleh pihak tentera atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengeboman semenjak tahun 2004 sehingga kini. Tuduhan tersebut masih belum ada sebarang apa-apa bukti. Mengikut maklumat bergambar yang diambil melalui Siangtai Daily Newspaper dari sebelah kanan; Ahmad Nawea (Student PSU Pattani), Nurhambil Useng (Student PSU Hadyai), Zulkifli Kamae (Student PSU Hadyai), Muhammad Cekmae (Student Rajabhat Songkhla), Ruslan Mansor (Student Ramkhamheang Bangkok), Sufyan Song (Student PSU Hadyai) dan tukang masak Restoran Warisan depan Rajuabhat University Songkhla bernama Maknasae Awea.

Enam orang pelajar universiti bekerja di Restoran Warisan dalam musim cuti panjang untuk mencari rezeki bagi membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan semasa belajar. Pada 3 April, mereka telah ditangkap oleh pihak polis dan telah dibebaskan. Telefon tangan dan lain-lain barangan mereka telah diambil oleh tentera. Mereka ke kem tentera untuk dapatkan barangan mereka semula, malangnya mereka telah ditangkap semula dan ditahan tanpa bicara di bawah perintah darurat dalam usaha untuk menakut-nakutkan gerakan pelajar untuk terlibat memperjuangkan keadilan dalam konflik patani.. AMANI


No comments: