Replika Meriam Sri Patani yang terletak kita-kira 100 meter daripada Mesjid Kerisik patah dua akibat letupan seberat 5kilo.
Kejadian itu berlaku sewaktu jemaah sedang menunaikan solat magrib.Replika meriam itu baru sahaja dihantar ke Patani.
Pihak Bangkok tidak mengembalikan meriam Sri Patani yang asli. Meriam yang asli masih ada di Bangkok
Ini rupa meriam Sri Patani yang asli dan masih berada di Kota Bangkok. Meriam ini telah dirampas oleh penjajah Siam sewaaktu berperang dengan kerajaan Patani Darussalam dan diletakan di Bangkok sampai sekarang.
Inilah replika meriam Sri Patani yang patah dua akibat letupan.Penghantaran replika meriam Sri Patani dianggap sebagai suatu penipuan besar terhadap rakyat Patani.
Sebuah NGO Kemanusiaan dan Kebajikan Untuk Rakyat Patani (Selatan Thailand)
Tuesday, June 11, 2013
Sunday, June 9, 2013
Baba Ya Ulamak Berasal Dari Patani Meninggal Dunia
Haji Yahya Yunus Bin Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan 'Baba Ya' telah meninggal dunia pada pukul 3.00 petang tadi waktu Malaysia di Hospital Hat Yai. Beliau membuka pondok Mahad Ehya Essunnah Almuhammadi di pekan Sedau(Sadao), Thailand Selatan.
Beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Sudan,Timur Tengah. Beliau akan dikebumikan besok pagi jam 8.00 waktu Malaysia.
Gambar: Baba Ya dikiri sekali.
Oleh TS Kembara
Penerangan Tentang Aman Patani
Aman Patani telah diberi ruang dan waktu untuk menerangkan lebih lanjut lagi tentang kegiatan pertubuhan itu kepada barisan pimpinan guru-guru TADIKA di Patani Darussalam.
Penerangn itu disampai oleh Saiful Affendi,selaku setiausaha pertubuhan itu.
Satu soalan yang cukup menarik telah dilontarkan oleh seorang peserta kursus.
Kegiatan Aman Patani memberikan tumpuan dan perhatian sekadar 80% kepada masyarakat Patani?
Anak muda yang bertubuh kecil dan berkacamata dengan tenang dan perlahan menjawab soalan itu.
Katanya, "Kami memberikan 100% sumbangan,tenaga dan perhatian kepada Patani Darussam." jawab anak muda yang berasal dari Kelantan.
Hadirin menarik nafas lega. Masih ada orang yang sudi membantu kami,kata salah seorang hadirin.
Oleh T.S. Kembara

Saturday, June 8, 2013
Kasih Seorang Ibu
Biarpun Anwar Ismail disumbat ke dalam penjara namun semangatnya tidak mampu dipenjara. Projek 'Bunga Teh Tarik' diteruskan oleh Ibunya di Yarang.
Ibunya tanpa banyak bicara meneruskan projek anak kesayangnya. Tentunya Anwar cukup gembira dengan kerja mulia ini dilanjutkan oleh ibunya. Kasih seorang ibu.
Teh dibancuh.
Teh ditarik.
Teh diminum.
Hasrat dan impian Anwar terus terlaksana.
Teh dibancuh.
Teh ditarik.
Itulah kerja yang dilakukan oleh ibunya.
'Bunga' lahir dari jerih payah Anwar Ismail
'Bunga' diteruskan dengan keringat dan airmata.
Tulisan oleh T.S. Kembara
Gambar: Puan Romlah,isteri Anwar Ismail

Friday, June 7, 2013
Mertabatkan Bahasa Mendaulatkan Bangsa
Dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan TADIKA di wilayah Terluka ini PERKASA sebuah NGO yang berdaftar sebagai Yayasan dengan kerajaan Bangkok pada tahun 2008 mengadakan untuk kursus untuk barisan kepimpinannya baru-baru ini.
Kursus dibahagikan mengikut wilayah. Hari pertama, 3-4 Jun 2013 untuk wilayah Jala dan Patani. Sesi kedua pada 5-6 Jun untuk wilayah Menara,Songkhala dan Setul.
Kursus diadakan di Universiti Putra Songkhala ,kampus cawangan wilayah Patani. Menurut Sdr.Hasan Tola sambutan yang diberikan cukup memuaskan. Peserta cukup rajin bertanya soalan kepada penceramah.
Setelah selesai kursus peserta dan penceramah undangan dibawa makan petang ditepi sungai yang bernama Cabangan Tiga.
Petang itu ditepi sungai yang tenang peserta dijamu dengan hidangan 'nasi kerabu'
Pada petang itu Ketua PERKASA, Tuan Haji Abdul Muhaimin Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Cu Leh turut meraikan peserta dan penceramah undangan khususnya dari Malaysia.
Seramai 80 orang barisan pimpinan TADIKA hadir dalam kursus itu.Kursus ini diadakan dengan kerjasama Aman Patani Malaysia, People's College,Kumpulan Bungaraya dan PERKASA sebagai penyelaras program.
Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Tuan Haji Abdul Muhaimin Salleh.
Laporan oleh T.S.Kembara.

Wednesday, June 5, 2013
Bersama PERKASA Patani
Ada waktunya kami turun ke Patani.Kali ini dalam mengisi program pendidikan PERKASA.
Pihak Aman Patani diundang untuk bersama warga Patani Darussalam berkongsi pandangan dalam usaha meningkatkan pendidikan umat Islam di wilayah 'Serambi Mekah' ini.
Kami menerima undangan saudara kami dari wilayah yang terluka ini.
Kemampuan kami terbatas. Aman Patani hanyalah sebuah NGO kecil yang berdaftar dengan kerajaan Malaysia dalam usaha membantu 'orang yang terluka' dan menanam benih kedamaian di sini.
Gambar di kanan sekali Encik Saiful.
Sewaktu di program Sdr.Saiful menerangkan dengan panjang lebar peranan Aman Patani. Misi utama Aman Patani ialah kemanusiaan. Tidak ada yang lain.
Aman Patani membantu dalam rangka yang dibenarkan oleh undang-undang di Malaysia.
Dalam banyak hal Aman Patani bertindak sebagai 'posmmen' sahaja dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada warga terluka di wilayah ini.

Wednesday, May 1, 2013
Pengasas Bunga Raya Dihukum 11 tahun Penjara
Anwar Ismael,30 tahun pengasas NGO "Bunga Raya" telah dijatuhkan hukuman 11 tahun penjara atas tuduhan menderhaka kepada pemerintah Thailand.
Beliau yang juga seorang wartawan dikaitkan dengan pihak pejuang atau menurut surat dakwaan mahkamah sebagai pihak pemisah.
Sebelum ini beliau telah dipenjarakan selama setahun.
Menurut seorang saksi yang hadir di mahkamah. Encikn Anwar bekerja semata-mata untuk membangun masyarakatnya.
Beliau yang enggan memberitahu namanya begitu sedih sekali dengan penahanan tokoh muda seperti Anwar Ismael.

Tuesday, April 30, 2013
5 000 Anak Yatim Perlukan Pembelaan
Konflik yang berlarutan antara pejuangan pembebasan Patani dengan pihak penjajahan menyebabkan ramai anak kehilangan ayah dan tempat bergantung. Pergolakan di Patani Darussalam selama 9 tahun telah menaikan lagi angka anak yatim. Sehingga kini terdapat lebih daripada 5 000 orang anak yatim dan 3 000 ibu tunggal.
Demikian dijelaskan oleh Norizan Dolah pengerusi "Deep Peace" dalam pertemuan dengan beliau di Narathiwat berdekatan dengan perkarangan Majlis Agama Islam Narathiwat.
Menurut beliau sumbangan untuk anak yatim datang dari pelbagai pihak. Ada daripada orang perseorangan dan pertubuhan. Malah terdapat pertubuhan kebajikan dari Malaysia turut memberikan sumbangan.
" Dari Malaysia, Pertubuhan Aman Patani banyak memberikan sumbangan kepada kami." kata Darrani Binti Ismail selaku Setiausaha Deep Peace.
"Pihak kami sekarang ini mengurus dan menjaga 48 orang anak yatim. Sebelum ini terdapat 60 orang anak yatim dibawah kelolaan kami. Mereka kembali ke pangkuan keluarga masing." jelas Puan Darrani.
Anak-anak yatim yang berada dibawah jagaan Deep Peace berumur 12-14 tahun. Pihak pengurusan Deep Peace memerlukan 130- 140 000 Bath sebulan untuk setiap seorang anak yatim di sini..
Gambar: Berbaju biru Norizan Dolah dan Puan Darrani Ismail
Gambar dan tulisan
Oleh Tun Sri Lanang
Subscribe to:
Posts (Atom)