Monday, August 19, 2013

YAYASAN PUSAT PENYELARASAN TADIKA THAILAND SEL ATAN (PERKASA)

Ramai orang di Malaysia agak kurang jelas perkataan PERKASA yang digunakan di Thailand Selatan. Demikian juga dengan istilah TADIKA yang digunakan di Patani Darussalam. Maksud TADIKA di Patani Darussalam ialah kelas tambahan yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Perkara ini dijalankan kerana sistem pendidikan di bawah penjajah Siam tidak membenarkan Bahasa Melayu dan pendidikan agama Islam diajarkan di sekolah kerajaan.

PERKASA pula merujuk kepada sebuah organisasi yang menyatukan semua tadika di Negara Patani Darussalam dibawah  satu pengurusan yang mantap dengan   menggunakan kurikulum yang selaras. PERKASA  yang ada sekarang dipimpin oleh Ustaz Haji Abdul Muhaimin Saleh anak jati Tanjung Pauh,dari wilayah Patani.

Umur Kemasukan Ke  Tadika

Tadika menerima anak-anak  Islam  yang berumur  6-12 tahun. Hari belajar ialah Sabtu dan Ahad. Pagi sampai 2.30 petang. Kebanyakan guru yang  mengajar di Tadika adalah secara sukarela  dan ada kalanya mereka  menerima sedikit elaun. Menurut seorang penduduk di Patani anak-anak yang tidak belajar di Tadika tidak dapat bercakap Bahasa Melayu. Ini kerana di sekolah kerajaan Bahasa Melayu tidak diajarkan  kepada anak-anak Islam. Di Tadika anak-anak Islam belajar ilmu agama dan tulisan jawi. Di Patani Darussalam tulisan jawi sangat dipentingkan. Tulisan rumi juga diajar di sini.

PERKASA

Perkasa ditubuhkan pada 24 Februari 1997 bersama  15 Syawal 1417 H. Kemudian pada tahun 2008 telah didaftarkan sebagai Yayasan yang  dikenali sebagai  Yayasan Pusat Penyelarasan Tadika Thailand Selatan akronimnya PERKASA.

TUJUAN PENUBUHAN

BERSAMBUNG

No comments: