Monday, December 17, 2012

Patani Itu Di mana?

Minggu lalu kami membuat 'roadshow' tentang isu Patani di mesjid di Utara Malaysia.Kami menjual buku tentang isu Patani. Tajuk buku itu 'Jalan Panjang Menuju Damai Di Patani'.Sambutan terhadap buku amat memuaskan. Ada juga soalan yang 'nakal' daripada hadirin.Kami menulis harga jualan buku cukup jelas dan besar. Perkataan RM10.00 cukup besar. Pun begitu masih ada yang bertanya," Buku ni jual ke?.Dua tiga juga dia tanya soalan yang sama. Kawan aku menunjukkan tulisan RM10.0 di situ."Ya jual". Terus dia beredar. Aku faham pertanyaan dia itu.

Kemudian datang seorang anak muda yang berkulit sawo matang. Dia mengedarkan risalah tentang gerakan risalah Islam sedunia..Risalah itu mengkritik tindakan Dr.Morsi di Mesir.

Dia membelek-belek buku  "Jalan Panjang Menuju Di Damai  Patani". Kemudian aku lihat dia membaca secara sepintas lalu.

"Abang Patani ni di mana? Sambil meletakan buku yang di bacanya di atas meja.Aku tidak mahu cepat-cepat menyalahkan dia. Memangpun ramai orang Malaysia tidak tahu di mana letaknya Patani. Mereka lebih mengetahui Padang Besar, Danok dan Hatyai!.

Oleh TS Kembara

3 comments:

Safrina279 said...

Dah lumrah kemanusian hanya prihatin, peduli kepada permasalahan dan perkara yang digembar gemburkan secara meluas dan besaran.
Yang pasti gerak kerja AMANI banyak membantu masyarakat Melayu Patani.

Thai pud Think said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya muslim di bkk
bagaimana saya bisa membeli buku ini "Jalan Panjang Menuju Damai Di Patani"
yang saya dapat menghubungi
5wpatani@gmail.com