Ketika singgah di Kampung Pupur, wilayah Narathiwat,Selatan Thai aku bertemu dengan Pak Uda(bukan nama sebenar).Sewaktu bersarapan pagi di perkarangan Mesjid Darul Ehsan aku sempat bertanya tentang anak muda lelaki di kampung. ini.Kedatangan anak muda lelaki boleh dibilangan dengan jari. Anak gadis dan kaum ibu ramai yang hadir. Kaum lelaki yang hadir agak ramai tetapi agak lanjut usia.Kebanyakan yang datang berusia dalam 50an.
Pak Uda menceritakan ramai anak rosak tingkahlaku kerana disogok dengan dadah oleh orang yang bersenjata.Pak Uda yakin ini adalah permainan politik kotor pihak atasan untuk menghancurkan umat Islam.Ramai anak muda di sini menjadi penagih dadah.
Menurut Pak Uda lagi ramai juga anak muda yang berhijrah ke Malaysia kerana tidak suka persekitaran di sini.Ada yang keluar bekerja di kedai tomyam di Malaysia.Ada yang melanjutkan pelajaran di Kelantan.Mereka memilih Kelantan kerana kos hidupan tidak begitu tinggi dan bahasa. Bahasa Melayu Patani hampir sama dengan bahasa yang dipertuturkan di Kelantan.
Pak Uda ingin menghantar anaknya belajar di Malaysia. Tapi perbelajaan belajar di Malaysia tinggi. Dia sedang berusaha mencari tempatan yang sesuai dengan pendapatan.
Sistem pendidikan pondok masih bernafas di sini walaupun ada rancangan pihak regim Thai Buddha mahu menghapuskannya.Pihak pemerintah Thai tidak suka dengan sistem pondok yang telah lama ujud di Patani Darussalam. Ini adalah kerana pondok merupakan sumber kekuatan umat Islam. Pihak regim Buddha cukup takut dengan sekolah pondok. Oleh itu tidaklah hairan pemerintah tentera Thai mahu menghapuskan langsung sistem pondok sudah mengakar dan merimbun di sini.
Oleh Tun Mamat
No comments:
Post a Comment