Tuesday, August 7, 2012

Sekolah Rendah Kebangsaan Merleh Masih Ditutup


 Kini sudah 2 tahun terlalu Sekolah Rendah Kebangsaan Merleh,Kampung Merleh mukim Sawa daerah Resak,Narathiwat belum lagi dibuka oleh pihak pemerintah Thai. Sekolah itu ditutup oleh pihak kerajaan kerana dibakar oleh pihak bersenjata.

Sekolah yang mempunyai 200 orang murid telah dipindahkan ke sekolah yang berhampiran. Ada yang dipindah ke bandar dengan menaiki trak atau kereta besar tentera.

Sebelum berlaku peristiwa sekolah dibakar,seorang guru telah ditembak. Akibat daripada kejadian itu ramai guru yang takut hendak datang mengajar. Pihak pemerintah Thai membuat keputusaan untuk menututp sekolah tersebut.


Kampung Merleh sebuah perkampungan yang terletak jauh di pedalaman telah dikateorikan sebagai 'kampung merah' oleh kerajaan Thai. 'Kampung merah' telah dicap sebagai kampung yang dikuasai oleh puak pejuang.

Sekolah Rendah Kebangsaan Merleh yang bangunannya semua dibakar hangus bersama dengan 20 buah sekolah kerajaan yang lain di Narathiwat. Sekolah lain yang terlibat dengan kejadian kebakaran telah dibangunkan semula dan mendapat bangunan baru.

Tetapi sekolah ini tidak dibangunkan semula dan dibiarkan sahaja oleh pihak pemerintah. Tidak ada guru yang berani datang untuk mengajar.Ramai murid yang tidak ke sekolah kerana kereta tentera tidak datang ambil.Ada juga murid yang mengikut orang tuanya bekerja di kebun dan juga ke Malaysia. Hanya ibu bapa yang mampu sahaja yang menghantar anak mereka bersekolah di bandar.

Kini ramai pelajar di Patani yang belajar di bawah khemah dan pokok kerana bangunan yang dibakar belum dibangunkan semula.

Berbeza sungguh dengan murid-murid dan pelajar di Bangkok. Mereka dibekalkan dengan laptop sebagai alat pengajian sedangkan pelajar-pelajar di tiga wilayah Melayu belum lagi dapat melihat bilik darjah!

No comments: