Kedatangan kami ke rumah almarhum Hj Kosim bin Hj Mat Sum di Kampong Latoh, daerah Kolam, wilayah Patani di sambut oleh seorang lelaki tua berpakaian lengkap jubah putih berkopiah dengan penuh ramah dan senyuman mesra. Kami diperkenalkan kepada tuan punya rumah oleh lelaki tua tadi yang lebih selesa mengelarkan dirinya Tok ayah kepada kami. Tok ayah yang juga merupakan bapak mertua kepada mangsa tembak iaitu Hj Kosim bin Hj Mat Sum pada 10 Muharam 1430H di hadapan rumanya. Tok ayah menceritakan kembali kepada kami kejadian asal kes tembak tersebut. Sebelumnya Tok ayah menceritakan tentang peribadi mangsa kes tembak tersebut yang juga merupakan menantunya seorang yang sangat peramah dan sangat disenangi oleh jiran tentangganya serta peduduk setempat.
Mangsa yang lebih dikenali sebagai syeikh kerana bekerja membawa jemaah haji ke mekah baru sahaja 16 hari dirumah setelah pulang dari membawa jemaah haji ke mekah sebelum ditembak. Mangsa yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi juga telah dilantik sebagai imam di kampungnya. Disamping itu mangsa juga membuka kelas qira’at di rumahnya kepada anak kampungnya di sana secara percuma.
Tok ayah menceritakan kembali kejadian sebelum syeikh ditembak oleh orang yang tidak dikenali, lebih kurang dalam waktu maghrib selepas selesai mengajar qira’at di rumanya, syeikh menyambung membaca Al Quran secara bersendirian. Setelah selesai membaca Al Quran syeikh telah keluar dari rumah kerana mahu menghadiri kenduri arwah jirannya yang lebih kurang setengah kilometer dari rumahnya yang juga mati ditembak dua hari lepas. Arwah merupakan bilal masjid kampungnya.
anak bongsu mangsa yang masih belum memulakan persekolahannya
Sebaik sahaja keluar dari pintu rumannya lebih kurang 2 meter syeikh telah ditembak bertubi-tubi secara dekat. Tok ayah sempat menunjukkan kepada kami kesan peluru bedil yang telah ditampal kembali di dinding serta atap rumah mangsa. Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan yang parah akibat tusukan peluru yang banyak pada badan mangsa.
Menurut Tok ayah, ketika itu dia berada di rumahnya yang tidak jauh dari rumah mangsa. Mendengarkan tembakan tersebut tok ayah mula merasa tidak senang hati, beberapa minit kemudian datang seorang jirannya memberitahu menantunya telah ditembak di hadapan rumahnya. Pada saat itu, hanya kalimah ‘Alhamdulillah’ yang keluar dari mulut syeikh..
Meremang seketika bulu roma saya mendengar kata-kata Tok ayah tadi. Kelihatan titisan jernih air mata mengalir di pipi Tok ayah sewaktu dia menceritakan keadaan keluarga mangsa setelah kejadian tersebut. Mangsa yang meninggalkan lima orang anak dan seorang isteri yang masih sarat mengandung enam bulan sewaktu kami menziarahi mangsa.
isteri arwah yang sarat mengandung 6 bulan
Kini isteri mangsa iaitu Hjh Jewuhir Bt daud terpaksa berkerja membuat kuih untuk menyara kehidupan keluarganya. Kata tok ayah apa yang lebih membuatkan ia sebak dan sedih bila memikirkan pendidikan untuk cucu-cucunya itu. Saya terfikir seketika bagaimanakah keadaan keluarga mangsa apabila isteri arwah melahirkan anak dan terpaksa berehat dan tidak dapat bekerja.
Apa yang mereka hendak makan pada waktu itu, dengan keadaan tok ayah yang sudah tua dan tidak mampu lagi melakukan kerja berat tentu sukar untuknya membantu keluarga mangsa.
kesan tembakan pada dinding dan bumbung rumah mangsa
24 Januari 2010
No comments:
Post a Comment