Tuesday, December 21, 2010

Pembunuhan Kejam di Pattani





TRAGEDI PEMBUNUHAN DAN PENYIKSAAN YANG KEJAM

Oleh Jeritan Rakyat pada pada 21hb Disember 2010 pukul 9.46 ptg

Persoalan siapa yang kejam tidak perlu di ungkapkan lagi, buktinya sudah di depan mata kita semua. Segala cacian memang layak kita berikan kepada siam si kafir laknatullah. Pada tanggal 18 dec 2010 ditemui mayat yang disksa dan dibunuh dengan kejam oleh siam. Pemuda ini dikenal pasti sebagai pelajar pondok/pesantren Benang Bandang di wilayah Pattani. Si mangsa tinggal bersama keluarga di Pohon Jenerih, Kayu Bokok, Raman Yala. Salah seorang dari pemuda yang terbunuh itu dikenal pasti bernama Mohd Kidri Bin Abd Rahman yang baru berusia 13 tahun.

Dia dikatakan keluar dari tempat belajarnya pada tanggal 17 Dec 2010 bertepatan dengan hari Juma’at. Beliau dikatakan pergi mengerjakan solat Juma’at dan keluar dari tempat belajarnya setelah selesai mengerjakan solat Jum’at karena ingin melawat orang tua temannya yang sedang sakit di hospital. Bermula pada waktu itulah keberadaannya tidak lagi diketahui. Sehinggalah mayatnya ditemui pada hari sabtu pada tanggal 18 Dec 2010. Anak bongsu ini ‘pergi’ meninggalkan kedua orang tuanya dan tiga adik-beradik iaitu, dua abang dan seorang kakak.

Dari mayat mangsa yang ditemui dapat kita simpulkan bahwa beliau telah mengalami pemyiksaan yang berat. Ada kesan bakar pada mukanya, di badan dan kepala terdapat kesan tetakan dari senjata tajam, dan tangannya hancur.

Apa tanggapan keluarga beliau tentang kejadian ini dan telah kita ketahui bahwa kesedihan yang teramat sangat sedang menimpa mereka. Satu hal yang harus kita sadari iaitu manusia tidak akan luput dari musibah. Musibah yang menimpa kaum muslimin adalah berfungsi sebagai penghapus dosa karena manusia tidak lepas dari melakukan dosa dan juga sebagai ujian kenaikan darjat dipandangan Allah SWT apabila kita sabar menerimanya. Bukan kaum muslimin sahaja yang melakukan yang ditimpa musibah malah kaum kafir turut merasainya iaitu sebagai azab dari Allah SWT untuk hukuman dari pembangkangan mereka.

Yang harus kita pertanyakan sekarang adalah “apa mutiara disebalik musibah” ini. Sampai bilakah akan kita biarkan kejadian ini berlanjutan?! Belum sadarkah mereka?

http://www.mkn-yala.com/phpbb/viewtopic.php?t=476

By : Imaduddin Bahi (Mr. JR)

Sunday, November 28, 2010



KerinduanKu Di Bumi Fatoni

Aku damai disini…

Ada ketenangan dalam ketakutan…

Ada kedamaian dalam kekalutan…

Ada kebaikan dalam kekejaman…

Ada persaudaraan dalam permusuhan…


ALLAHUAKBAR..

Agungnya nikmat-Mu..

Agungnya hikmah-Mu..

Agungnya rahmat-Mu...


Aku rindu akan damai ini

Cahaya di jalan yang kelam

Ada tautan persaudaraan

Ada mahabbah fil Islam..


Aku damai di sini..

Walau gentar..

Walau gusar..

Walau nyawa jadi taruhan

Aku tetap akan berpijak ke bumi ini..

Bukan hanya sekali…

Mengutip semangat pejuang

Semangat yang tak pernah luntur

Dahulu hingga kini..

Oleh: Sukarelawan AMANI

Friday, November 26, 2010

Bantuan Kemanusian Saudara Muslim di Patani




Sukarelawan AMANI bersama wakil penduduk kampung


Bantuan Kemanusian Di Patani

Mohon sumbangan terhadap saudara kita di Patani di kampung Tanjung Luluk, yang telah dilanda bencana alam banjir ribut pada 1 november 2010 yang melibat 42 rumah iaitu dalam 300 lebih orang penduduk. Kesan daripada banjir ini, 13 buah rumah telah rosak teruk dan 3 buah rumah telah roboh dilanda air banjir yang kuat.

keadaan rumah yang roboh akibat dilanda banjir

keadaan rumah yang rosak kesan banjir

Kami daripada AMANI berkesempatan mengada misi ziarah terhadap mangsa banjir ini dan berkesempatan bertemu dengan tuan Imam Ibrahim mewakili penduduk kampung. Hasil perbincangan, mereka mengharapkan beberapa bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa banjir. Antara bantuan yang boleh disalurkan:

· Kewangan untuk membaiki rumah yang rosak

· Bahan keperluan harian seperti ubat gigi, sabun, selimut, tuala dan bahan pencuci.

Untuk bantuan kewangan boleh di salurkan ke akaun persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (Bank Islam): 7043011013136

Atau di alamat:

Lorong 22 Taman Bagan Lalang,

Bagan Lalang,

13400 Butterworth,

Pulau Pinang.

Sebarang pertanya boleh hubungi Hotline AMANI 0194131472.

Sunday, October 17, 2010

Realiti konflik di Selatan Thailand

Tajuk: 4,390 terkorban di selatan Thai


BANGKOK 17 Okt. - Satu tinjauan yang dijalankan menyatakan seramai 4,390 orang terkorban manakala seramai 7,139 lagi cedera dalam tempoh enam tahun lalu di selatan Thailand.
Tinjauan oleh The Deep South Watch daripada Prince Songkhla University di Pattani 750 kilometer di selatan Bangkok itu mendapati sebanyak 10,284 kejadian keganasan dilaporkan berlaku sejak Januari 2004.
Tinjauan tersebut turut mendapati sebanyak 60 peratus daripada 4,390 orang yang terbunuh di selatan wilayah itu terdiri daripada penduduk Islam, lapor akhbar The Nation, hari ini.
Wilayah-wilayah selatan - Narathiwat, Pattani dan Yala yang majoriti penduduknya Islam menderita akibat keganasan yang dilakukan pihak kerajaan dan pemberontak sejak 3 Januari 2004, setelah kumpulan itu bertindak menyerbu gudang senjata milik tentera dan merampas 300 jenis senjata.
Sejak itu, tindakan keras pihak tentera terhadap gerakan pemisah telah mengakibatkan berlakunya tentangan oleh penduduk tempatan dan kejadian pembunuhan berterusan dengan penganut Buddha dan Islam menjadi sasaran.
Menurut The Deep South Watch, penduduk menyenaraikan perdagangan dadah sebagai masalah paling teruk di wilayah tersebut.
Wilayah yang mempunyai seramai dua juta penduduk itu berada di bawah pemerintahan kesultanan Melayu Islam sebelum ia diambil alih oleh kerajaan Bangkok 200 tahun dahulu. - DPA

UTUSAN ONLINE- Isnin, 18/10/2010

Wednesday, October 13, 2010

MASIH ADAKAH HARAPAN UNTUK KEAMANAN DI SELATAN THAILAND ?

6 DISEMBER 2006: Konflik di wilayah Selatan Selatan sering kita baca, muncul di dada-dada akhbar.

Peristiwa pengeboman, pembunuhan yang berlaku hampir setiap hari adalah bukti nyata kemarahan dan rasa kekecewaan masih menyala di hati rakyat.

Sekolah dibakar, insan tidak berdosa menjadi mangsa peluru yang tidak mengenal siapa sasarannya.

Tidak hairanlah sekiranya bila ditanya khususnya rakyat Thailand dari kawasan Selatan yang melawat Malaysia tentang insiden pembunuhan yang kerap kita baca, mereka akan menjawab itu adalah perkara biasa. Persoalannya sampai bila perkara ini akan terus berlaku? Bilakah keamanan akan muncul?

Hingga kini, General Sonthi Boonyaratglin dan pemimpin kerajaan sementara, Surayud Chulanont dilihat telah cuba mengendurkan keadaan tegang yang sedia wujud di kawasan Selatan tersebut.

Ia merupakan tindakan yang pastinya dialu-alukan oleh masyarakat bukan setakat di Thailand tetapi di negara-negara jiran (yang majoritinya juga dari kalangan masyarakat Islam).


Ini dibuktikan dengan berbagai inisiatif baru yang secara asasnya menawarkan pendekatan lebih lembut untuk mengatasi konflik yang telah berterusan sejak lebih 200 tahun lalu di kawasan Selatan negara itu.

Antara yang sedang diusahakan ialah dengan menarik kembali undang-undang tentera yang diwartakan di sebahagian besar wilayah iaitu 41 (dari 71 wilayah) diseluruh Thailand setelah kejatuhan Thaksin.

Manakala di kawasan Selatan yang bergolak undang-undang masih kekal buat sementara waktu.

Setelah memegang tampuk kuasa, kerajaan baru pimpinan Surayud menjanjikan pendekatan yang lebih lembut untuk menangani konflik melibatkan masyarakat di wilayah majoritinya penduduk Islam seperti Pattani, Yala dan Songkhla.

Ia dimanifestasikan dengan antaranya usaha menghidupkan semula Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan (SBPAC), pelantikan Gabenor Baru Yala, Teera Mintrasak yang beragama Islam dan kesudian memberikan penyataan maaf secara terbuka oleh Surayud Chulanont di atas tindakan keras pihak kerajaan dalam beberapa insiden yang berlaku sebelum ini.


Pendekatan ini pastinya berbeza dengan Thaksin, sewaktu menjadi Perdana Menteri Thailand yang menolak kaedah lembut dalam menghadapi kekacauan politik di sana.

Pada awal tahun 2006, Thaksin sendiri telah memberikan kuasa penuh kepada General Sonthi, Komander Angkatan Tentera yang dilantik ketika itu untuk menggunakan kuasa ketenteraan bagi menangani kekacauan yang berlaku, tetapi tidak dipersetujui Sonthi.

Sebenarnya pertukaran kerajaan yang berlaku ke atas negara Thailand, ada baik dan buruknya.

Dari satu aspek, ia menyaksikan kerajaan yang berasaskan sistem demokrasi telah dikuburkan.

Manakala, dari aspek lain, perubahan tersebut memberi nafas baru dan harapan kepada rakyat yang ingin melihat angin perubahan dalam senario politik Thailand yang sekian lama telah menggugat ketenteraman hidup mereka.

Tapi apakah ada jaminan bahawa konflik akan berakhir dengan pembentukan kerajaan baru ini?

William Zartman, seorang Professor dan Pengarah Program Pengurusan Konflik dari Johns Hopkins University menggunakan Ripeness theory untuk menghuraikan bagaimana sesuatu konflik yang kritikal boleh mencapai penyelesaian samada secara sendiri atau melibatkan campurtangan pihak ketiga (third party intervention).

Berasaskan kajian Zartman, pihak yang berkonflik hanya akan mencari jalan setelah mendapati konflik mengalami kebuntuan yang menyakitkan, dan sedar bahawa sekiranya konflik tersebut berterusan, ia akan memusnahkan kedua-dua pihak.

Kesedaran yang bersifat seperti inilah yang akan mengubah persepsi dan tingkahlaku pihak berkonflik dan seterusnya memilih untuk menyelesaikannya secara aman.

Ini adalah merupakan titik perbezaan di antara pentadbiran kerajaan sementara sekarang dan kerajaan terdahulu pimpinan Thaksin khususnya.

Dalam era Thaksin, kegagalan memahami senario sebenar masalah telah menjadi punca sebenar masalah dan mengakibatkan merebaknya konflik.

Keganasan yang berterusan menunjukkan kedua-dua pihak menyimpan persepsi yang negatif antara satu sama lain.

Konflik yang berlaku adalah manifestasi keadaan yang wujud antara pihak berkonflik samada kerajaan atau golongan yang dianggap sebagai penentang.

Peristiwa berdarah di Selatan Thailand khususnya dalam era Thaksin pada dasarnya adalah berkait rapat dengan polisi yang diamalkan oleh pentadbiran Thaksin yang dilihat selari dengan gelombang ˜War Against Terrorism™ “ciptaan Amerika Syarikat.

Sejak memegang tampuk pentadbiran pada 2001, beliau bertindak menghentikan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), yang menjadi pengantara komuniti tempatan dan pihak kerajaan.

Beliau juga bertindak menghapuskan Task Force yang menggabungkan masyarakat awam, tentera dan polis yang sebelum ini bertanggungjawab memberikan maklumat dan komunikasi dengan pemimpin-pemimpin berpengaruh, suatu cubaan untuk mengurangkan pengaruh rangkaian masyarakat tempatan ke atas kerajaan yang akhirnya mendorong kepada keganasan sejak Januari 2004.


Manakala sejak Undang-Undang Tentera (Martial law) yang mula dilaksanakan di Pattani, Yala dan Narathiwat dari Januari 2004, keganasan politik terus menunjukkan peningkatan.

Menggunakan tindakan keras untuk menghapuskan kekacauan politik di wilayah Selatan bukanlah pilihan yang bijak. Hakikatnya yang menjadi mangsa ialah masyarakat di Selatan yang terseret ke dalam kancah kekacauan politik yang telah meragut nyawa lebih 1700 orang sejak tiga atau empat tahun lepas.


Peristiwa Tragedi Takbai pula masih ditangisi oleh masyarakat khususnya ahli keluarga kepada lebih 80 orang penunjuk perasaan yang mati kelemasan setelah disumbat di dalam trak secara beramai-ramai oleh pihak keselamatan Thailand. Malah, kejadian-kejadian seperti pembunuhan ke atas polis, tentera, sami-sami, guru dan masyarakat awam Buddha berlaku saban hari. Walaupun ada berbagai sumber untuk menjelaskan siapa di belakang setiap kejadian, umumnya ia adalah campuran dari pelbagai faktor.

Lebih malang lagi, cadangan untuk penyelesaian konflik di Selatan yang dikemukakan oleh National Reconciliation Commission (NRC) antaranya dengan mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa dialek di tiga wilayah Selatan telah ditolak oleh kerajaan. Ini membuktikan bahawa tiada kesediaan yang jitu untuk membolehkan konflik diselesaikan secara aman.
Laporan yang dikeluarkan oleh International Crisis Group hanyalah menguatkan lagi hujah di atas.

Laporan tersebut menghuraikan banyak kesilapan besar yang dilakukan oleh kerajaan Thaksin dalam menguruskan kekacauan di Selatan.

Ini termasuklah kegagalan mendiagnose masalah dengan tepat, penggunaan kekerasan yang melampau, kegagalan menyiasat dan menghukum anggota keselamatan yang menyalahgunakan kuasa, melantik kakitangan pentadbiran yang tidak memahami masyarakat di Selatan, dan beberapa perkara lain lagi.

Ternyata, kegagalan kerajaan menangani konflik dan menjalankan polisi secara ‘sembrono’ merupakan punca utama kegagalan menyelesaikannya.

Satu faktor pencetus konflik yang tidak dapat dinafikan ialah wilayah di Selatan Thailand adalah di antara kawasan yang termiskin di negara itu.

Kebanyakan polisi yang cuba diketengahkan lebih menjuruskan kepada penyelesaian ekonomi sedangkan isu sebenarnya ialah lebih bersifat kekecewaan politik seperti yang sekian lama tertulis di lipatan sejarah.

Isu sebenar ialah faktor diskriminasi ke atas masyarakat Islam Melayu di Selatan yang cuba diasimilasikan secara paksa ke dalam komuniti etnik beragama Buddha sejak seabad lalu.

Proses asimilasi yang berlaku secara paksa inilah yang menimbulkan kekecewaan mendalam di kalangan masyarakat Islam sehingga kini.


Sekiranya faktor ini tidak di uruskan dengan baik, sudah pasti tiada jalan keluar untuk penyelesaian konflik dan jurang perbezaan pandangan pastinya menjadi semakin luas.

Pertukaran kerajaan melalui rampasan kuasa tentera walaupun kelihatan negatif dari satu sudut, diharapkan mampu membawa perubahan positif kepada situasi sedia ada di Selatan.

Keinginan General Sonthi dan Perdana Menteri kerajaan sementara, Surayud untuk menggunakan pendekatan lebih lembut dalam menangani isu di Selatan seharusnya disambut baik oleh pelbagai pihak.
Inilah yang membezakan pendekatan kerajaan sekarang berbanding dengan kerajaan Thaksin sebelum ini. Dari satu aspek, mungkin juga disebabkan beliau dari latarbelakang keluarga beragama Islam , menyebabkan pendekatan yang cuba diketengahkan agak lebih memahami suasana sebenar.

Namun masih banyak halangan yang mesti ditempuhi. Sejak mengambilalih pentadbiran kerajaan Thailand dan kerajaan sementara dibentuk, telah banyak usaha positif diatur.

Lawatan menemui pemimpin-pemimpin negara jiran seperti Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam untuk mendengar pandangan mereka berhubung dengan konflik di Selatan adalah antara langkah yang baik dan membina.

Kesudian Surayud sendiri untuk memohon maaf di atas kejadian yang tragis Tragedi Takbai juga disambut baik bukan hanya oleh pemimpin-pemimpin negara jiran, malah turut disambut oleh umat islam seluruhnya.

Manakala, General Sonthi yang sekarang memegang jawatan sebagai Pengerusi Council for National Security sendiri telah mengumumkan untuk menamatkan Undang-Undang Darurat (Emergency Decree) selewat-lewatnya Januari 2007, berita yang pasti mengembirakan rakyat Selatan Thailand. Sebelum ini,

Undang-Undang Darurat memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menangkap suspek selama 30 hari tanpa sebab, mencari dan menahan tanpa waran termasuklah merakam perbualan di telefon.

Idea menamatkan periystiharan Darurat tersebut selari dengan keputusan untuk menghidupkan semula operasi Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan (SBPAC) yang ditamatkan operasinya oleh Thaksin sejak 2001 lalu.

Tindakan ini diyakini menjadi kunci penting bagi menamatkan atau sekurang-kurangnya meredakan kekacauan politik yang berlangsung sekian lama di wilayah Selatan.

Walaupun begitu, peluang yang ada sepatutnya digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat tempatan khususnya di kalangan pemimpin Islam dan kumpulan-kumpulan pejuang seperti PULO, Barisan Revolusi Nasional (BRN), PEMUDA dan Gerakan Mujahidin Islam Patani (GMIP).

Mungkin pilihan penyelesaian adalah tidak banyak, tetapi ia adalah lebih baik daripada membiarkan masyarakat terus menderita dalam kancah konflik yang tidak berkesudahan.

Walaupun ada antara kumpulan-kumpulan ini yang masih menyimpan hasrat mencapai kemerdekaan dan memiliki negara sendiri, ia kelihatan mustahil untuk dilakukan.

Mana-mana kerajaan pun termasuklah Thailand pastinya tidak akan membenarkan mana-mana wilayahnya berpecah.

Pandangan ini amat wajar diberikan perhatian oleh masyarakat Islam di Selatan khususnya. Surayud sendiri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sewaktu berada dalam lawatan singkat di Jakarta mengakui bahawa pendekatan yang digunakan di Acheh oleh Indonesia sebagai antara model yang dilihat amat baik untuk mewujudkan keamanan di Selatan.

Hingga setakat ini, usaha positif yang ditunjukkan oleh kerajaan sementara di Thailand wajar diberikan pujian.

Cuma harapan kita agar ia tidak terhenti setakat itu. Kerajaan yang ada sepatutnya mengkaji dan menyelongkar punca kewujudan konflik ke akarnya kerana pendekatan-pendekatan yang bersifat sementara ‘bersifat mengambil hati’ masyarakat pastinya tidak berkekalan dan ditolak oleh rakyat yang sudah lama menderita.

Yang penting ialah ‘hak’ masyarakat perlu diberikan perhatian wajar dan tidak diabaikan sewenang-wenangnya. Pastinya untuk menunding jari dengan menyalahkan kerajaan yang ada semudah itu adalah tidak wajar kerana usia konflik sekarang sudah berakar umbi ratusan tahun lamanya.

Kerana itu tidak dinafikan masih ada pandangan yang skeptikal terhadap kemampuan kerajaan sekarang untuk menunaikan janji-janji serta melaksanakan pembaharuan di wilayah Selatan terutama disebabkan isu kerajaan yang tidak mendapat mandat sah oleh rakyat.

Yang penting ialah langkah-langkah yang cuba diusahakan telah menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam meredakan ketegangan yang telah wujud sekian lama antara masyarakat di Selatan dan kerajaan Thailand.

Keamanan di selatan negara Thailand yang majoritinya penduduk Islam pastinya merupakan impian kesemua kita yang menginginkan saudara seagama itu hidup bebas dan aman dari sebarang tekanan dan penderitaan--BARD.