Sunday, November 8, 2015

Pencarian sukarelawan: Pembangunan Modul untuk guru Patani.


Assalamualaikum.

Masih ingat lagi kiriman AMANI MALAYSIA berkenaan pencarian Guru Sukarelawan Bahasa Melayu di Patani.

Alhamdulillah, respon yang di terima sangat baik. Kita akan terus membantu guru-guru dalam mengukuhkan pendidikan di samping membantu mendidik pelajar-pelajar di sana.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMANI MALAYSIA juga ingin menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja khususnya para guru yang ingin berkhidmat dan menyumbang untuk Program Kelestarian Pendidikan ini.

AMANI MALAYSIA ingin menubuhkan Team Modul Khas yang bertujuan melahirkan guru-guru Sekolah Melayu yang berkemahiran dan berkepimpinan di Patani.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi atau whataaps Saudara Saifulafandi di talian 017-4503308



Tuesday, November 3, 2015

Guru Bahasa Melayu diperlukan di Patani!


Sekolah Melayu atau di Selatan Thailand di kenali sebagai Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) merupakan sekolah yang di asaskan sejak tahun 1950. Umumnya pembelajaran berlangsung di masjid atau bangunan yang didirikan oleh qariah masjid di kampung masing-masing dengan sistem dan kurikulum sendiri.

Kini semua sekolah melayu telah disatukan di bawah satu sistem pengajian dan kurikulum di bawah Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Sempadan Selatan Thai (PERKASA).

Suasana sekolah rakyat

Di sebabkan larangan penggunaan Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Thailand, sekolah melayu dijadikan medan awal dan terbaik untuk membentuk anak-anak pelajar yang berumur 4 hingga 12 tahun untuk mengusai Bahasa Melayu. Selain itu, pengajian pendidikan Islam juga diberi keutamaan di samping matapelajaran akademik lain seperti Matematik dan Sains juga di ajar dalam Bahasa Melayu.


Riak anak-anak kecil yang bersekolah 7 Hari, Seminggu


Untuk memenuhi tuntutan kerajaan Thailand, Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Sempadan Selatan Thai (PERKASA) dengan kerjasama NGO Kumpulan Bungaraya dan Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) telah menyusun sistem kurikulum dan pengurusan yang sesuai untuk memastikan kegiatan pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah lebih berkualiti dan dinamik. Dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berakhlak, guru juga diterapkan dengan kemahiran perguruan supaya ianya bergerak seiring.


Sekolah Bistari merupakan sekolah-sekolah perintis yang diwujudkan untuk dijadikan sekolah contoh buat hampir 2000 sekolah melayu di empat wilayah di Selatan Thailand. Kewujudannya di harapkan dapat melahirkan sekolah yang mempunyai ssitem pengurusan yang terbaik di samping berkualiti setaraf dengan negara-negara maju dan dapat menandingi Sekolah Kebangsaan Thailand.

Pengambilan Anak Angkat Yatim Syuhada' Patani



AMANI MALAYSIA membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk membantu anak-anak yatim Syuhada' di Patani.

Terbuka untuk menaja anak yatim selama setahun.

Mereka amat memerlukan sokongan moral daripada kita. Dengan menjadi ibu dan ayah angkat kepada mereka, INSYALLAH memberi sinar harapan baru buat anak kecil ini.

Maklumat lanjut boleh terus menghubungi nombor yang tertera di poster di atas.

Poster ini dialu-alukan untuk disebarkan untuk kesejahteraan anak yatim ini.

#pedulianakyatim

Pihak kami juga ada menyediakan borang online. Klik link di bawah, kami akan berurusan dengan pihak anda.