Tuesday, November 3, 2015

Guru Bahasa Melayu diperlukan di Patani!


Sekolah Melayu atau di Selatan Thailand di kenali sebagai Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) merupakan sekolah yang di asaskan sejak tahun 1950. Umumnya pembelajaran berlangsung di masjid atau bangunan yang didirikan oleh qariah masjid di kampung masing-masing dengan sistem dan kurikulum sendiri.

Kini semua sekolah melayu telah disatukan di bawah satu sistem pengajian dan kurikulum di bawah Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Sempadan Selatan Thai (PERKASA).

Suasana sekolah rakyat

Di sebabkan larangan penggunaan Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Thailand, sekolah melayu dijadikan medan awal dan terbaik untuk membentuk anak-anak pelajar yang berumur 4 hingga 12 tahun untuk mengusai Bahasa Melayu. Selain itu, pengajian pendidikan Islam juga diberi keutamaan di samping matapelajaran akademik lain seperti Matematik dan Sains juga di ajar dalam Bahasa Melayu.


Riak anak-anak kecil yang bersekolah 7 Hari, Seminggu


Untuk memenuhi tuntutan kerajaan Thailand, Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Sempadan Selatan Thai (PERKASA) dengan kerjasama NGO Kumpulan Bungaraya dan Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) telah menyusun sistem kurikulum dan pengurusan yang sesuai untuk memastikan kegiatan pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah lebih berkualiti dan dinamik. Dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berakhlak, guru juga diterapkan dengan kemahiran perguruan supaya ianya bergerak seiring.


Sekolah Bistari merupakan sekolah-sekolah perintis yang diwujudkan untuk dijadikan sekolah contoh buat hampir 2000 sekolah melayu di empat wilayah di Selatan Thailand. Kewujudannya di harapkan dapat melahirkan sekolah yang mempunyai ssitem pengurusan yang terbaik di samping berkualiti setaraf dengan negara-negara maju dan dapat menandingi Sekolah Kebangsaan Thailand.

No comments: