Wednesday, August 12, 2015

PROGRAM IBADAH KORBAN AIDIL ADHA 1436H DI SELATAN THAILAND



Seperti tahun sebelumnya, Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) dengan kerjasama NGO kemanusiaan, kebajikan dan keadilan di Patani (Selatan Thailand) akan menjalankan Program Ibadah Korban semperna Aidil Adha 1436H. Justeru, AMANI MALAYSIA mengajak dan menyeru umat Islam seluruh dunia terutamanya sekitar Nusantara ini bersama-sama menjayakan program ini untuk membantu meringankan beban saudara Islam kita yang sedang di timpa musibah yang di Selatan Thailand.

Harga untuk satu bahagaian lembu pada tahun ini RM 500.00 dan seekor lembu RM 3,500.00.

Tawaran di buka dan ayuh sertainya sekarang.

Mudah sahaja, isi borang di sini dan maklumkan kepada wakil kami yang tertera di bawah.


Borang juga boleh di download di bawah


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh sertai Program Ibadah Korban Aidil Adha 1436H di Selatan Thailand anjuran Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA).

Penyertaan anda boleh dimasukkan ke dalam akaun Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) CIMB Islamik Bank | 8600 943 046

Bagi setiap pembayaran atau pertanyaan, hubungi di talian

Tel/SMS : Saudara Saiful 019-4131472 atau Saudari Afifaliza 017-4133858
Whatapps : Saudara Saiful 017-450 3308 atau Saudari Afifaliza 019-4223850

Email : amanpatanimalaysia@gmail.com

Tarikh akhir penerimaan tempahan pada 11 September 2015

WEB : www.amanpattani.blogspot.com
Like Page FB : AMANI Malaysia

Wednesday, August 5, 2015

Ramadhan Cinta Syuhada' : Kisah Keempat

Kampung Nasa - Lubok Jerai - Mayor - Pattani

Mohd Sobri bin Ismail, 30 tahun syahid apabila diserbu oleh tentera siam pada Januari 2015 di salah sebuah pondok di Pattani. Serbuan dibuat setelah pihak tentera mengsyaki  adanya pejuang berlindung di pondok berkenaa. Kepungan dari jam 12 tengahmalam dan berakhir jam 8 pagi menyebabkan 3 syahid dan 2 lagi ditangkap.

Mak kepada Mohd Sobri, Isteri dan Anak, Naif, 2 tahun dan Muhammad Amin 2 bulan
Mohd Sobri meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak. Lebih menyedihkan, anak keduanya tidak sempat melihat rupa seorang ayah. Hanya foto menjadi pengganti.

Mohd Sobri Ismail
Video Penggebumian  Pejuang Yang Syahid - Sumber FB : VOICE OF PATANI


“SILA KONGSI ARTIKEL INI ATAS NAMA KEADILAN BUAT RAKYAT PATANI. MOHON SEMUA DOAKAN PERLINDUNGAN KEPADA SAUDARA SEISLAM DI PATANI”

Tuesday, August 4, 2015

Menagih Ilmu di Bangunan Perosok

Catatan Jaulah Fathoni: Ramadhan Cinta Syuhada'

Manakan sama dengan Malaysia.....


Bangunan apakah ini?

Langsung sama sekali tidak sama denagn Malaysia. Jika di sini, Malaysia, simen disapu rata, cat berwarna warni menjamu mata. Meja dan kerusi pelbagai saiz, warna, bentuk, hiasan cantik menghiasinya. Taman permainan pula tidak kurang besarnya. Manakan sama dengan Patani.

Kanak-kanak di Malaysia bercuti pada hujung minggu, tetapi tidak mereka,



Hujung minggu, anak-anak tiada rehat.




Namun, kekentalan anak-anak Islam di sini mengagumi kami. Biarpun dalam serba kekurangan, meja berkongsi, bahkan kerusi penuh dengan punggung-punggung rakan lain, tetapi itu bukanlah halangan untuk menimba ilmu.

Ini adalah sekolah yang dibina hasil kutipan sumbangan orang-orang kampung. Tetapi, ada juga sekolah yang mendapat dana daripada kerajaan. Ilmu agama amat diutamakan. Justeru, bangunan ini dibina khas untuk anak-anak kampung agar tidak terkurang didikan agama Islam. Guru-guru di sini sanggup meluangkan masa mengajar anak-anak, dari jam 9.00 pagi hinggalah selesai Asar berjemaah,

Wajah-wajah keriangan


Monday, August 3, 2015

Ramadhan Cinta Syuhada' : Kisah Ketiga ~ Redha dengan ketentuan ALLAH s.w.t

Kampung Serong, Pattani.



Jamilah bt Abdullah, 26 tahun menerima qada dan qadar ALLAH untuk menjaga dua anak lelakinya yang berumur 3 tahun dan 10 bulan akibat kehilangan suami tercinta. Suaminya, Nik Idris Haji Mad Zin, 29 tahun di tembak kerana dituduh cuba menembak tentera.



Sebelum kejadian, beliau pernah ditangkap atas kes menembak mati seorang sukarelawan. Beliau dimasukkan ke Penjara Pattani selama 70 hari dan dibebaskan. Namun, pada 13 Mei 2015, beliau yang berada di rumah sahabatnya untuk bekerja tiba-tiba dikepung pihak tentera. Semua yang berada di dalam rumah itu termasuk keluarga kawannya dan Nik Idris sendiri telah menyerah diri. Namun, pihak tentera telah menarik Nik Idiris masuk kembali ke dalam rumah untuk memberitahu di mana senjata milik beliau yang  di sembunyikan.

Selepas beberapa ketika, terdengar bunyi tembakan di dalam rumah dan bekalan elektrik terputus. Nik Idris di katakan cuba melawan pihak tentera. Beliau menghembuskan nafas terahkir di tempat kejadian.

Kini, ayah kepada Nik Idris dikatakan menjadi sasaran pihak tentera. Rumah sentiasa didatangi tentera. Semoga keluarga ini dilindungi dari sebarang kecelakan.



“SILA KONGSIKAN ARTIKEL INI ATAS NAMA KEADILAN BUAT RAKYAT PATANI. MOHON SEMUA DOAKAN PERLINDUNGAN KEPADA SAUDARA SEISLAM DI PATANI”