Kenyataan Media
Pelanggaran Hak Asasi Manusia Terhadap 22 Aktivis Sosial Patani (Selatan Thai)
Pada 2 April 2015 jam 5 pagi, 22 orang pelajar yang merupakan aktivis
sosial terhadap isu-isu kemasyarakatan dan hak asasi manusia telah
ditangkap oleh anggota-anggota National Peace and Maintaning Order
Council tanpa sebarang alasan yang kukuh. Kesemua mereka merupakan ahli
dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) PerMAS (Persatuan Mahasiswa Selatan
Thai), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang Thailand.
NGO-NGO Hak Asasi Manusia dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan
Philipina yang tersenarai di bawah dengan ini menyatakan pendirian kami
bahawa;
1. Pihak tentera mesti membebaskan dengan segera semua
individu yang ditahan dan berhenti mengugut dan mengancam keselamatan
mereka yang terbabit dan juga ahli keluarga mereka;
2. Pihak
tentera mesti mematuhi semua perkara yang dijamin sebagai hak asasi
manusia xxoleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
3. Pihak
kerajaan Thai mesti mempertimbangkan untuk menamatkan perintah darurat
yang telah 10 tahun dilaksanakan di Selatan Thai. Undang-undang ini
dilihat sering disalahguna oleh pihak yang berautoriti dan pihak
tentera.
Kami sekali lagi menegaskan, aksi pelanggaran hak asasi
ini perlu segara diselesaikan dan keamanan di Selatan Thai perlu segera
di kembalikan. Pihak kerajaan Thailand digesa untuk mematuhi setiap
konvensyen dan instrument hak asasi manusia peringkat antarabangsa yang
telah diratifikasi.
4 April 2015
Jakarta, Indonesia
Ditanda tangani oleh;
1. Pusat Advokasi Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia (PAHAM)
2. Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Malaysia
3. Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA)
4. Justice for Peace (JOP)
5. Hak Asas Perikemanusiaan Patani (HAP)
6. Persatuan Perempuan Patani (PERWANI)
7. Muslim attorney Center Foundation (MAC)
8. Kabnar Advocate
9. SALAM UI
10. PII
11. Student of UIN Jakarta
12. Student of UIN Bandung
13. Serambi Fh UI
No comments:
Post a Comment