Tuesday, April 7, 2015

KUTIPAN TERKINI (8 April 2015)

Sumbangan terkumpul utk Projek Kembali ke Sekolah setakat ni - RM 6350.00.

~huluran kasih buat permata syuhada'~

Insyaallah Amani Malaysia akan mengadakan majlis penyerahan sumbangan keperluan persekolahan untuk anak-anak yatim syuhada' di Patani pada 18-19 April 2015. Kami mengalu-alukan kepada sahabat2 yang ingin turut serta menyumbang untuk anak-anak ini. Sedikit sumbangan ini insyaallah dapat memberi semangat dan dorongan kepada adik2 kita di sana untuk terus cekal mencari ilmu demi masa depan mereka insyaallah.

Drp Sahl bin Saad r.a katanya Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda maksudnya : "Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini (sambil menunjuk dengan kedua-dua jarinya - jari telunjuk dan jari tengah yang dirapatkannya).

H.R Bukhari

Sumbangan anda boleh disalurkan ke dalam akaun BIMB (Bank Islam) Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) 07043011032006.

maklumkan sumbangan anda melalui SMS di nombor 019-5454924 atau 019-5236057

‪#‎pedulianakyatim‬
‪#‎permatasyuhada‬

Monday, April 6, 2015

Kenyataan Media

Pelanggaran Hak Asasi Manusia Terhadap 22 Aktivis Sosial Patani (Selatan Thai)

Pada 2 April 2015 jam 5 pagi, 22 orang pelajar yang merupakan aktivis sosial terhadap isu-isu kemasyarakatan dan hak asasi manusia telah ditangkap oleh anggota-anggota National Peace and Maintaning Order Council tanpa sebarang alasan yang kukuh. Kesemua mereka merupakan ahli dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) PerMAS (Persatuan Mahasiswa Selatan Thai), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang Thailand.

NGO-NGO Hak Asasi Manusia dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Philipina yang tersenarai di bawah dengan ini menyatakan pendirian kami bahawa;

1. Pihak tentera mesti membebaskan dengan segera semua individu yang ditahan dan berhenti mengugut dan mengancam keselamatan mereka yang terbabit dan juga ahli keluarga mereka;

2. Pihak tentera mesti mematuhi semua perkara yang dijamin sebagai hak asasi manusia xxoleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

3. Pihak kerajaan Thai mesti mempertimbangkan untuk menamatkan perintah darurat yang telah 10 tahun dilaksanakan di Selatan Thai. Undang-undang ini dilihat sering disalahguna oleh pihak yang berautoriti dan pihak tentera.
Kami sekali lagi menegaskan, aksi pelanggaran hak asasi ini perlu segara diselesaikan dan keamanan di Selatan Thai perlu segera di kembalikan. Pihak kerajaan Thailand digesa untuk mematuhi setiap konvensyen dan instrument hak asasi manusia peringkat antarabangsa yang telah diratifikasi.

4 April 2015
Jakarta, Indonesia

Ditanda tangani oleh;

1. Pusat Advokasi Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia (PAHAM)
2. Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Malaysia
3. Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA)
4. Justice for Peace (JOP)
5. Hak Asas Perikemanusiaan Patani (HAP)
6. Persatuan Perempuan Patani (PERWANI)
7. Muslim attorney Center Foundation (MAC)
8. Kabnar Advocate
9. SALAM UI
10. PII
11. Student of UIN Jakarta
12. Student of UIN Bandung
13. Serambi Fh UI