Assalamu'alaikum w.b.t.
Salam keamanan dari AMANI MALAYSIA. Insyaallah sempena Aidiladha yang bakal tiba AMANI MALAYSIA meneruskan siri program Qurban di Patani seperti mana tahun-tahun sebelumnya.
Penyertaan korban masih dibuka (boleh rujuk pamphlet yang dilampirkan), jika berminat boleh menghubungi pihak kami.Ada sedikit kelainan pada tahun ini. Kami turut melancarkan Sampul Duit Raya AMANI untuk menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan anak yatim mangsa konflik di Patani. Sebarang sumbangan sangat dialu-alukan dan bolehlah menghubungi pihak kami. Ayuh sahabat-sahabat marilah menyumbang seikhlas hati buat mereka yang memerlukan.
Sahabat-sahabat juga dialu-alukan untuk mewar-warkan program ini kepada sahabat-sahabat dan kenalan yang lain.
"Tiada Keamanan Tanpa Keadilan"
Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA)
Serambi Dakwah,
Lorong Bagan Lalang 22,
Taman Bagan Lalang,
13400 Butterworth,
Pulau Pinang.
Hubungi/SMS: 0174133858/0135252663


