Orang mula bicara pasal Thailand Selatan di kedai kopi. Tentera siam mati 8 orang kerana letupan bom. Lori mereka hancur kerana letupan bom seberat 50 kilo. Pihak pejuang Pembebasan Patani dikatakan melakukannya.
Sumber berita diambil daripada AFP. Hampir surat khabar di Malaysia menyiarkan berita ini. Orang yang sembang di kedai kopi itu mempunyai latarbelakang pendidikan yang berbagai-bagai. Itu aku tak kisah. Tapi aku kisah bila bercakap biarlah ada ilmu. Kalau tak tahu lebih baik diam.
Dalam ramai-ramai ada seorang Prof. Serbatahu. Katanya orang Patani bercakap bahasa Siam dan Patani diserah kepada Siam!
Aku tanya dia bila Patani diserah kepada Siam. Dia tak tahu.Memang benar orang Melayu Patani pandai bercakap bahasa Siam kerana sistem pendidikan yang memaksa mereka berbuat demikian.
Bukan semua anak Melayu Islam Patani boleh bercakap Melayu. Ada yang tidak boleh. Secara ringkas aku dapati ada tiga kumpulan pertuturan. Kumpulan pertama mereka boleh bercakap bahasa Melayu dialek Patani dan boleh membaca serta menulis jawi.Mereka ini juga mahir bahasa Arab.
Manakala kumpulan kedua,bertutur dan menulis dalam bahasa Thai. Mereka ini kebanyakannya generasi muda hasil proses asimilasi penjajah Thailand.
Kumpulan ketiga bertutur bahasa Melayu dialek Patani tetapi tidak menggunakan tulisan jawi untuk menulis dan membaca.
Dasar penjajah Siam telah mewajibkan orang Melayu Islam Patani mengikuti sistem pendidikan yang berteraskan budaya Thai dan Buddha.
Dari segi sejarah Patani Darussalam ialah sebuah kerajaan berdaulat selama 445 tahun. Ia telah mencapai zaman keemasannya bermula dari tahun 1554 hingga 1661. Kekayaan dan kemakmuran Patani Darussalam dicemburui oleh Siam. Kerajaan Siam begitu berselera hendak menguasai wilayah Melayu ini. Serangan demi serangan dilancarkan oleh tentera Siam.
Akhirnya kerajaan Patani Darussalam tumpas ditangan panglima Siam yang bernama Phraya Kalahun. Pada masa itu keadaan pertahanan Patani sangat lemah.Namun begitu tentera Siam tetap menerima tentangan. Siam juga melancarkan serangan dari laut. Ianya bermula pada bulan Julai 1786.Serangan ini tidak menerima tentangan yang hebat di daerah Jering menyebabkan pertahanan di darat menjadi goyah dan dapat ditembusi.
Keadaan dipermudahkan lagi kerana ada pembelot dalam istana yang bernama Nai Can Thong. Beliau ini berketurunan Siam Ligor yang menjadi orang kepercayaan Sultan Muhammad telah membocorkan rahsia pertahanan Patani kepada Phraya Kalahun. Kerajaan Patani Darussalam tewas dan berjaya dikuasai seluruh wilayahnya pada bulan November 1786. Patani Darussalam sudah hilangtaring dan tidak mempunyai kekuatan untuk menentang Siam. Inggeris telah berkomplot dengan Siam dan telah menyerahkan wilayah Patani Darussalam kepada Siam melalui Perjanjian Anglo-Siam pada tahun 1909.Sejak diisytiharkan sebagai sebahagian daripada Siam,umat Islam bertambah resah dan semangat jihad tidak pernah padam.

No comments:
Post a Comment