Friday, December 28, 2012

Governments 'in denial about crisis'


PROGRAM SESI PENERANGAN AWAM (ROADSHOW) KONFLIK UMAT ISLAM PATANI

Sekilas pandang sepanjang program sesi penerangan awam (Roadshow) Konflik Umat Islam Patani sekitar Perak..

di Madrasah Madah, Seri Manjung

 pameran AMANI

 sesi penerangan daripada aktivis pemuda patani



bersama jawatan kuasa Madrasah Madah


program di Masjid Al-Ihsan, Seri Manjung





Monday, December 17, 2012

Patani Itu Di mana?

Minggu lalu kami membuat 'roadshow' tentang isu Patani di mesjid di Utara Malaysia.Kami menjual buku tentang isu Patani. Tajuk buku itu 'Jalan Panjang Menuju Damai Di Patani'.Sambutan terhadap buku amat memuaskan. Ada juga soalan yang 'nakal' daripada hadirin.Kami menulis harga jualan buku cukup jelas dan besar. Perkataan RM10.00 cukup besar. Pun begitu masih ada yang bertanya," Buku ni jual ke?.Dua tiga juga dia tanya soalan yang sama. Kawan aku menunjukkan tulisan RM10.0 di situ."Ya jual". Terus dia beredar. Aku faham pertanyaan dia itu.

Kemudian datang seorang anak muda yang berkulit sawo matang. Dia mengedarkan risalah tentang gerakan risalah Islam sedunia..Risalah itu mengkritik tindakan Dr.Morsi di Mesir.

Dia membelek-belek buku  "Jalan Panjang Menuju Di Damai  Patani". Kemudian aku lihat dia membaca secara sepintas lalu.

"Abang Patani ni di mana? Sambil meletakan buku yang di bacanya di atas meja.Aku tidak mahu cepat-cepat menyalahkan dia. Memangpun ramai orang Malaysia tidak tahu di mana letaknya Patani. Mereka lebih mengetahui Padang Besar, Danok dan Hatyai!.

Oleh TS Kembara

Monday, December 10, 2012

KEJADIAN TEMBAK DI KEDAI KOPI



Tembak Di Kedai Kopi

Narathiwat, 11 Des 2012 - kejadian tembak pagi ini secara rambang terhadap penduduk kampung yang di Kampung Damar Buah, Mukim Tanjung Lima, Daerah Rengit, Wilayah Narathiwat antara pukul 7.20 pagi. Kejadian berlaku semasa penduduk kampung sedang sibuk bersarapan pagi dan membeli sarapan pagi untuk di bawa balik ke rumah. Sedang penduduk kampung di situ sibuk membeli makanan tiba-tiba datang sebuah kereta kabat yang tidak kenali mendekati kedai tersebut secara perlahan, dengan sepantas kilat tiga orang bangun dari arah belakang kereta tersebut melepaskan antara 40 das tembakan secara rambang ke arah penduduk kampung yang berada di kedai tersebut. Kejadian telah menyebabkan tiga orang penduduk kampung mati ditempat kejadian antara yang terkorban ialah Amizee Jekdo, 23tahun, Kabasi Hoh, 37 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 bulan, manakala lima orang cedera parah ialah Siti Rohimoh Mama', 70 tahun, Tuan Ma Tingi, 61 tahun, Misbah Musa, 25 tahun, Mohd Darris Hakimi Yeena, 10 bulan dan Pak Ngah Rimee, 74 tahun.
Konflik di Wilayah Selatan Thailand yang telah mengakibatkan kematian hampir 5 300 orang dan 10 000 cedera.

Sumber: Pataninews.net