Sunday, June 3, 2012

BUKU : AIR MATA ISLAM PATANI


“Apa yang berlaku di Palestin sebenarnya berlaku di Patani”

Kita melihat perjuangan di Seltan Tahai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Islam Patani atas tiket nasionalisme.

Namaun apakah kebenaran disebaliknya? Apakah hakikat sebenarnya?
Tangan mereka digari, hak mereka dicabuli, bangsa Melayu Islam Patani dizalimi, namun kenapa ramai masih tidak peduli?

Sesungguhny, orang mukmin itu bersaudara.”

“Barangsiapa tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk ke dalam golongan mereka.” (HR Thabrani)

Tidakkah kita gerun mengenangkan hadis baginda ini?

Buku Air Mata Islam Patani ini menceritakan kajian dan kiasah-kisah benar yang berlaku saban hari di Patani. Buku ini turut mencari hikmah mutiara disebalik musibah.

DAPATKAN BUKU INI SEKARANG JUGA. HUBUNGI 019-4251360

Tajuk : Air Mata Islam Patani
Pengarang : AMAN Patani
Penerbit : Mazni Irfan Publication
Harga : RM 10.00 (tidak termasuk pos)

Ulasan: Saudara Ahmad Fedtri Yahaya, pengacara TV3 dan TV9. Kolumis Majalah Gen Q.

“Sebuah buku yang wajib dibaca oleh umat Islam. Ramai barangkali melihat isu ini sebagai 'biasa' kerana sudah terlalu 'biasa' dihidangkan dengan paparan yang hampir serupa. Di akhir zaman, nyawa insan menjadi begitu murah. Membaca setiap kisah dalam buku ini umpama mengundang jeritan batin dan simpati yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.”

“Harapnya pemahaman umat Islam tentang isu Islam Patani ini akan terus diperkukuhkan melalui medium pembacaan. Kita 'bimbang', di akhirat nanti mereka boleh 'mendakwa' kita kerana langsung tidak mengambil berat soal keselamatan nyawa dan akidah umat serumpun. Sekalipun tidak akan turun berperang dengan senjata yang melanggar batas undang-undang dan kemanusiaan, hulurkanlah apa sahaja yang mampu. Jika ringgit mengalir lesu, masih ada tangan untuk menadah doa. Jika mereka hidup, biarlah dengan keredhaan yang kesabaran yang tinggi. Jika mereka mati, biarlah disambut para malaikat untuk dilayan sebagai mujahid pejuang agama. Ayuhlah sama-sama membantu saudara seagama yang dahagakan sokongan dan kasih sayang.”

“Semoga Allah memberkati usaha kita ini. Sedikit jasa, luas ertinya.”

No comments: