“Apa
yang berlaku di Palestin sebenarnya berlaku di Patani”
Kita
melihat perjuangan di Seltan Tahai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu
Islam Patani atas tiket nasionalisme.
Namaun
apakah kebenaran disebaliknya? Apakah hakikat sebenarnya?
Tangan
mereka digari, hak mereka dicabuli, bangsa Melayu Islam Patani dizalimi, namun
kenapa ramai masih tidak peduli?
“Sesungguhny, orang mukmin itu bersaudara.”
“Barangsiapa tidak peduli dengan
urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk ke dalam golongan mereka.” (HR
Thabrani)
Tidakkah
kita gerun mengenangkan hadis baginda ini?
Buku
Air Mata Islam Patani ini menceritakan kajian dan kiasah-kisah benar yang
berlaku saban hari di Patani. Buku ini turut mencari hikmah mutiara disebalik
musibah.
DAPATKAN
BUKU INI SEKARANG JUGA. HUBUNGI 019-4251360
Tajuk : Air Mata Islam Patani
Pengarang : AMAN Patani
Penerbit : Mazni Irfan Publication
Harga : RM 10.00 (tidak termasuk pos)
Ulasan: Saudara Ahmad Fedtri Yahaya, pengacara TV3 dan TV9.
Kolumis Majalah Gen Q.
“Sebuah buku
yang wajib dibaca oleh umat Islam. Ramai barangkali melihat isu ini sebagai
'biasa' kerana sudah terlalu 'biasa' dihidangkan dengan paparan yang hampir
serupa. Di akhir zaman, nyawa insan menjadi begitu murah. Membaca setiap kisah
dalam buku ini umpama mengundang jeritan batin dan simpati yang sukar untuk
diungkap dengan kata-kata.”
“Harapnya
pemahaman umat Islam tentang isu Islam Patani ini akan terus diperkukuhkan
melalui medium pembacaan. Kita 'bimbang', di akhirat nanti mereka boleh
'mendakwa' kita kerana langsung tidak mengambil berat soal keselamatan nyawa
dan akidah umat serumpun. Sekalipun tidak akan turun berperang dengan senjata
yang melanggar batas undang-undang dan kemanusiaan, hulurkanlah apa sahaja yang
mampu. Jika ringgit mengalir lesu, masih ada tangan untuk menadah doa. Jika
mereka hidup, biarlah dengan keredhaan yang kesabaran yang tinggi. Jika mereka
mati, biarlah disambut para malaikat untuk dilayan sebagai mujahid pejuang
agama. Ayuhlah sama-sama membantu saudara seagama yang dahagakan sokongan dan
kasih sayang.”
“Semoga Allah
memberkati usaha kita ini. Sedikit jasa, luas ertinya.”