SAY NO : EMERGENCY DECREE IN SOUTHEN THAILAND
Di Patani, Selatan Thailand Rakyat di berbagai kota dan desa disini bersuara. Mereka menuntut atas kesamaan hak, kebebasan, dan kehidupan yang aman. Mereka juga menuntut kebebasan bersuara dan negara demokrasi yang beradab.
Negara demokrasi yang mereka inginkan akan mewujudkan kesetaraan hak warga negara untuk hidup dengan sejahtera tanpa adanya penindasan dan ketakutan atas jeruji besi penjara. Demokrasi dengan tanpa peralatan kepolisian yang menindas. Tanpa tank-tank militer yang menggilas warga.
Sekarang di penjara-penjara Thailand ribuan orang penduduk desa di Selatan di kerangkeng, mereka adalah sebaik-baik pemuda tanah air. Dan tidak diketahui entah berapa yang sudah dibunuh dengan disiksa dan seberapa yang masih hidup di penjara-penjara.
Militer Thailand pun telah melakukan sekian penindasan di dalam penjara. Penindasan dan penyiksaan yang sangat kejam dan sadis.
Maka harapan besar kami yang menjunjung tinggi kebebasan dan keadilan, yang menolak segala bentuk kejahatan serta menjunjung tinggi nilai-nilai demokrasi untuk ikut menyuarakan “Say No: Emergency Decree’’.

2012/01/31
PENDUDUK Pattani mengebumikan mangsa
tembakan renjer Thailand. - Foto AFP
PATTANI: Renjer tentera Thailand menembak mati empat orang termasuk
seorang warga tua dan seorang remaja di selatan negara itu kerana menyangka
diserang oleh mangsa yang berada dalam trak pikap, semalam.
Mangsa terbabit yang beragama Islam baru balik dari upacara pengebumian, kata pemandu kenderaan itu kepada polis di Pattani, antara wilayah selatan yang bergolak.
“Renjer tentera melihat trak pikap dan mengarahkannya berhenti, Mereka
dengar bunyi tembakan dan menyangka ditembak, jadi mereka melepaskan tembakan
ke arah trak, membunuh empat orang dan mencederakan lima yang lain,” menurut
laporan mengenai kejadian petang kelmarin itu.
Laporan agensi berita Reuters pula
menyatakan bahawa renjer terbabit ditembak dua lelaki bersenjata ketika mereka
mendekati trak dan penyerang kemudian lari.
Warga emas berusia 70 tahun dan remaja
lelaki berusia 18 tahun antara yang terbunuh manakala lima lelaki dan
kanak-kanak turut cedera termasuk tiga remaja berusia 14,15 dan 19 tahun serta
seorang lagi warga emas berusia 76 tahun.
Dua senapang ditemui dalam trak itu,
walaupun laporan tidak mendedahkan sama ada tembakan dilepaskan menggunakan
senjata itu.
Polis berkata, pemandu memberitahu
pegawai bahawa senjata berkenaan bukan milik mereka dalam trak itu.
“Kami akan siasat kejadian itu dengan teliti dan menyoal siasat anggota renjer serta mangsa yang terselamat untuk memastikan keadilan untuk kedua-dua pihak,” kata ketua polis daerah Nongjik, Kolonel Polis, Chonnawee Chamareuk.
Tiga wilayah paling selatan Thailand,
Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda keganasan sejak 2004. Ia memaksa kerajaan
menempatkan ramai tentera yang dibantu pasukan renjer bersenjata di situ.
Menurut perangkaan terbaru daripada
agensi Deep South Watch, yang memantau rapi konflik di selatan itu, hampir
5,000 penduduk Islam dan Buddha terbunuh dan 8,300 cedera sejak ketegangan
bermula. – AFP/Reuters
No comments:
Post a Comment