Monday, April 25, 2011

Ziarah Program Pengupayaan Anak Yatim Selatan Thailand









16 April 2011, sekumpulan 4 orang yang terdiri dari 3 orang aktivis AMANI dan seorang sukarelawan AMANI (2 lelaki dan 2 lelaki) bertolak ke Yala, Pattani bagi menghadiri satu program bersama anak yatim yang dianjurkan oleh Deep Peace bertempat di Sekolah Agama Hj Harun Yala. Program yang berlansung selama 10 hari bermula 22 April hingga 27 April itu, Berjaya menghimpunkan seramai 175 orang anak-anak yatim dan anak-anak daripada keluarga miskin. Peserta kanak-kanak yang berusia antar 4 hingga 16 tahun itu dihimpunkan oleh Deep Peace dari 3 buah wilayah konflik iaitu, Pattani, Yala dan Narathiwat. Kesemua kanak-kanak yang mengikuti kem ini adalah hasil data mangsa konflik yang dikumpul oleh Deep Peace sejak ia ditubuhkan. Terdapat antara kanak-kanak yang kehilangan ayah akibat peristiwa Tak Bai, Masjid Krisik dan tidak kurang juga yang ayah di penjara atas pelbagai tuduhan keganasan. Manakala penggerak program Kids Summer Camp ini seramai 100 orang terdiri dari pelajar universiti (Bangkok dan selatan Thailand), guru, dan aktivis dari pelbagai NGO (Southern Media Peace, HAP dan Student Federation Southern Thai).

Modul yang diguna pakai begitu santai. Moderator memainkan peranan yang penting untuk meransang kanak-kanak dalam kem untuk berpartisipasi. Kaedah menyanyi khususnya lagu-lagu rakyat mendominasi aktiviti senggang mereka. Kanak-kanak diajar lagu-lagu rakyat berunsur ketuhanan dan ternyata setiap lagu yang diberikan berjaya mereka hafal berserta dengan gayanya. Setiap aktiviti akan bermula seawall subuh hingga asar. Manakala sebelah malam pula, tidak ada seberang aktiviti dijalankan. Perkara ini penting kerana kanak-kanak perlu cukup rehat bagi menjaga stamina dan kebugaran mereka sepanjang 10 hari dalam kem.

Untuk makluman, Kids Summer Camp kali ini adalah siri kedua selepas Deep Peace berjaya menganjurkan kem yang sama pada tahun 2010. Susulan dari kejayaan penganjuran tersebut, maka siri kedua dianjurkan dan ternayat sambutan semakin baik dari para ibu. Buktinya para ibu tunggal sanggup berjauhan dengan anak mereka seawal selama 10 hari. Menurut Huda Presiden Deep Peace, para ibu meletakkan kepercayaan mereka kepada Deep Peace untuk menjaga anak-anak mereka selama mengikuti kem tersebut. Selama program berlansung, para waris tidak dibenarkan untuk melawat anak mereka kerana khuatir jika kanak-kanak tersebut meminta untuk pulang. Setiap malam sukarelawan kem yang akrab dipanggil ‘kak’ dan ‘abe’ oleh peserta kem, akan tidur bersama dengan kanak-kanak tersebut. ‘kak’ dan ‘abe’ sangat memainkan peranan dalam menjaga emosi kanak-kanak ini sepanjang program berlansung. Hal ini kerana, kanak-kanak dalam program ini begitu sensitif. Mereka sangat manja dan sering dahagakan perhatian. Mereka akan berpura-pura sakit untuk mendapat layanan istimewa dari ‘kak’ dan ‘abe’. Saya juga difahamkan terdapat beberapa orang peserta yang menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung dan perlukan penjagaan yang rapi dari para fasilitator. Oleh itu, sukarelawan perlu sabar dalam melayan karenah mereka. Jiwa besar yang ditunjukkan oleh sukarelawan melayan kanak-kanak dalam kem ini membuatkan saya hati saya tersentuh. Sehinggakan salah seorang aktivis AMANI menitiskan air mata sewaktu diminta memperkenalkan diri.

Kanak-kanak dalam kem ini begitu istimewa keran mereka tersenyum dalam kedukaan. Mereka begitu tulus dalam meluahkan rasa kasih mereka kepada para fasilitator juga kepada kami selaku pelawat. Keramahan mereka dan perasaan berkongsi apabila diarah oleh ‘kak’ dan ‘abe’ mereka begitu mencuit hati. Kumpulan AMANI bertolak pulang pada 17 April 2011 sekitar 11am (10am waktu Thailand)




No comments: