Saturday, August 21, 2010

Lelaki ditembak mati di Kampung Bo Thong

Sumber : Patani Fakta dan Opini (21 Ogos 2010)


Pada 21 Julai 2010, waktu 18:30 di jalan Khok Pho - Ban Prang, Mukim 1, Kampung Bo Thong, seorang lelaki telah ditembak mati. Mangsa yangi dikenali sebagai Mr Abdul Rahman Awea berusia 33 tahun seorang penduduk kampung Bukit Glugo atau Ban Bo Thong, A. Chik Pattani yang bekerja sebagai buruh binaan di kampungnya.

Mangsa telah ditembak dalam jarak dekat semasa menunggang motosikal sekembali dari warung desa. Kejadian ini melibatkan suspek yang melepaskan tembakan dengan senjata M16 yang menaiki truk Mitsubishi TRITON Black yang tidak memiliki nombor pandaftaran. Suspek juga melepaskan tembak ke udara di depan rumah Tuan Abdullah sebelum melarikan diri ke arah jalan utama Pattani - Hat Yai.

Setelah kejadian itu, keluarga dan penduduk tempatan terus pergi ke tempat kejadian di mana pegawai tentera telah menguruskan mayat mangsa untuk dibawa bagi tujuan bedah siasat (autopsy). Walau bagaimanapun ahli keluarga mangsa tidak mengizinkan jenazah untuk tujuan tersebut kerana melewatkan urusan pengkebumian.

Menurut ibu mangsa, mereka telah melihat kenderaan tersebut sudah 2 atau 3 hari kelihatan mundar mandir di kampung tersebut sebelum kejadian tersebut.

Sebelum kejadian, mangsa telah dijemput untuk bertemu dengan Penghulu Kampung (RT). Pihak tentera juga beberapa kali telah pergi ke rumah mangsa tetapi tidak pernah bertemu dengan mangsa kerana mangsa keluar berkerja sebagai buruh binaan dan jarang berada di rumah sepanjang hari.

No comments: