Monday, March 29, 2010

lawatan kebajikan ke Fatoni Yala

Aman Pattani (AMANI) PUMPP akan mengadakan lawatan kebajikan ke Fatoni yala disamping menziarahi keluarga mangsa bunuh rogol yang berlaku bulan lepas.

Tarikh : 1-3 April 2010

Sesiapa yang berminat menyumbang atau ingin turut serta lawatan, sila hubungi
019 4131472
019 4553985

Saturday, March 27, 2010

Bengkel Pembangunan Jiwa Dan Bahasa Pelajar Pondok Di Patani.



anak-anak pattani yang dahagakan ilmu..



Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi..

Kami memerlukan seramai 10 orang untuk menjadi sukarelawan sebagai fasilitator untuk bengkel bahasa pelajar pondok..
tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat...

Nama sekolah :
Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Sekolah Pondok Haji Harun)
tempat :
Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala

Tarikh :
27/5/2010 hingga 29/5/2010

kemudahan :
penginapan dan makan minum insyallah akan disediakan seadanya

anda berminat?
saudara Mohd Saiful Afindi Sulaiman 019-4131472
(saiful_pedang87@yahoo.com.my)



sila beri
1) nama penuh anda,
2) nombor telefon dan emil

semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan memberi ruang untuk kita melibatkan diri dalam kerja-kerja amal...

*******************************************************************
sedikit catatan (MESTI BACA) :

sekolah pondok haji Harun ini merupakan sebuah sekolah aliran agama dan akademik.. sekolah ini terletak di Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala.

sesi pagi fokus akademik manakala sesi petang fokus agama. terdapat empat kuliah iaitu kuliyah bahasa arab, syariah, tarbiyah dan usuluddin.

jumlah pelajar kuliah ini adalah lebih kurang 600 orang. di sini juga terdapat sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6. sekolah ini mempunyai lebih 500 orang guru. sebelum ini sekolah ini pernah mempunyai lebih kurang 8000 orang pelajar. kini pelajarnya cuma 5500 berikutan pergolakan yang berlaku di selatan thai.

*******************
Anda ingin menyumbang???

Untuk bantuan sumbangan kewangan boleh disalurkan boleh di salurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

kami memerlukan dana untuk membantu menyediakan:

1)penyelenggaraan program dan bengkel pendidikan anak-anak konflik Selatan Thai
2)menyediakan kemudahan pendidikan kepada mangsa konflik Selatan Thai.

sumbangan juga boleh disalurkan dalam bentuk material ke alamat:


Aman Pattani(AMANI),
d/a Serambi Dakwah,
Lorong Bagan Lalang 22,
Taman Bagan Lalang,
13400 Butterworth, Pulau Pinang



moga Allah mengetuk pintu hati kita untuk sama-sama berjuang susah senang bersama.... amin..

Monday, March 22, 2010

Masjid Kampung Kucing Lepas Narathiwat

Masjid Kampung Kucing Lepas

Imam Masjid Kg Kucing Lepas Sedang menyampaikan khutbah
pada 19/03/2010 (Jumaat)

Anak yatim kematian ayah dan ibu kena tembak


Rumah Keluarga Baldatee Kg Kucing Lepas Narathiwat

Asti sedang mendapatkan maklumat kematian Che Mek, Baldatee, Zulkifli,
Ketua Kampung dan Abdul Latif di Kg Kucing Lepas bersama keluarga
Baldatee

Sdr Saiful sedang berbual dengan adik Baldatee yang sedang
meriba anak Baldatee berusia 3 tahun di Kg Kucing Lepas



Ketua Kampung Kucing Lepas Narathiwat

Bapa saudara Baldatee ketua kampung Kucing Lepas Narathiwat
mati ditembak semasa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah
selepas Baldatee di soal siasat oleh pehak tentera


Kuburan di Kg Kucing Lepas Narathiwat

Ziarah kuburan kematin Baldatee, ibunya Mek Chik dan Abdul Latiff
(Sebelah Us Kamaruddin, Asti Toba sedang berfikir sesuatu)


Kg Kucing Lepas, Narathiwat

Zulkifli, suami Baldatee mati ditembak dalam sawah padi


KAMPUNG KUCING LEPAS NARATHIWAT

dalam sawah ini Zulkifli, suami Baldatee ditembak mati


RINTIHAN KUCING LEPAS

RINTIHAN KUCING LEPAS

NARATHIWAT - Kampung Kucing Lepas merupakan salah satu kampung yang diletakkan di dalam zon merah oleh pihak tentera Selatan Thailand. Kampung ini berada dalam mukim Chelung, Daerah Ranget, Narathiwat. Mempunyai penduduk yang majoritinya berkerja sebagai pesawah dan penoreh getah. Penduduk disini adalah 100 peratus beragama Islam dan berbangsa Melayu Pattani Muslim.

Pada 19 Mac baru-baru ini, Pertubuhan Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP) telah membawa penulis dan wakil aktivis dari Malaysia untuk melawat kampung ini bagi meninjau nasib penduduk Kampung Kucing Lepas, khususnya keluarga Baldatee yang mati akibat ditembak oleh ‘tentera hitam’ pada 15 Februari 2010 yang lalu.

Sepanjang perjalanan dari Yala ke Kampung Kucing Lepas terdapat banyak pos kawalan yang didirikan oleh tentera untuk Rintangan Berduri dipasang di atas jalan raya dan setiap kenderaan yang melalui kawalan tersebut harus memperlahankan kenderaan dan berkemungkinan ditahan untuk disoal oleh tentera yang mengawal disitu. Hal ini tidak terkecuali berlaku kepada penulis dan rombongan semasa menuju ke Kampung Kucing Lepas.

Daripada pengamatan penulis, setiap satu kilometer terdapat halangan berduri dipasang dan terdapat tentera berpakaian hijau yang berkawal disitu. Ini merupakan satu lagi pengalaman baru bagi penulis yang tidak pernah melihat situasi ini di Malaysia. Penulis seperti dapat merasai keperitan dan ketakutan yang dialami oleh penduduk awam disini terutama yang duduk di kwasan zon merah.

Untuk sampai ke Kampung Kucing Lepas, penulis difahamkan oleh pengerusi HAP saudara Chuya bahawa perlu ada orang perantara dari kampung itu sendiri sebagai pemudah cara untuk mudah diterima oleh penduduk kampung. Hal ini adalah kerana sikap berjaga-jaga mereka supaya tidak berkomunikasi dengan individu-individu yang menjadi tali barut kepada pihak kerajaan.

Difahamkan bahawa, sekiranya terdapat orang luar yang datang ke Kampung Kucing Lepas tanpa ada wakil tempatan yang menemani, kedatangan mereka itu tidak akan diterima dan penduduk kampung akan bersikap mendiamkan diri. Ketika sampai di pekan kecil berdekatan Kampung Kucing Lepas, penulis dan rakan-rakan dipertemukan dengan Pok Su selaku penduduk tempatan yang akan membawa kami ke rumah Baldatee bagi menemui keluarga dan anak-anaknya.

Tragedi kematian Baldatee sangat menyayat hati. Baldatee mati ditembak dengan senjata sejenis AK47 sewaktu berada dikebun getah bagi tujuan menoreh menggunakan AK47. Turut terbunuh pada ketika itu adalah ibu Baldatee Che Mek yang turut sama menoreh. Baldatee 25 tahun meninggalkan 2 orang anak yang masing-masing berusia 3 dan 14 bulan.

Ketika sampai di rumah Baldatee, penulis dan rakan-rakan disambut oleh datuk dan nenek Baldatee yang masing-masing berusia 80 dan 73 tahun. Turut berada di rumah tersebut adalah Mat Yasik 47 ayah kepada Baldatee, adik Baldatee bernama Salima 20 tahun serta anak-anak Baldatee Hikam 3 tahun dan Ilham 14 bulan.

Penulis dimaklumkan oleh Pok Su pada tahun 2008, suami Baldatee iaitu Zulkifli juga menemui ajal akibat ditembak dan dibiarkan lemas di dalam sawah padi berhampiran rumahnya. 3 hari selepas kematian suaminya Zulkifli, Baldatee yang sarat mengandung Ilham telah pergi ke balai polis dengan ditemani bapa saudaranya 60 tahun, selaku ketua kampung untuk disoal siasat. Selesai soal siasat dijalankan, Baldatee dan bapa saudaranya yang ingin pulang ke rumah dengan kereta, telah ditembak oleh tentera hitam dan membawa kepada kematian bapa saudara Baldatee. Manakala Baldatee sempat menyelamatkan diri dengan berlindung di dalam bendang.

Maklumat tambahan yang diberikan oleh Pok Su adalah sejurus selepas Baldatee dan ibunya Che Mek mati ditembak pada sebelah pagi, satu lagi pembunuhan kejam menggunakan senjata sama berlaku di kebun getah pada sebelah petang melibatkan penduduk kampung. Mangsa Abd Latif berusia 35 tahun.

Sebenarnya kekejaman kerajaan terutamanya askar berpakaian hitam ini tidak hanya berkisar dengan penembakan semata. Hampir setiap malam penduduk akan diganggu dengan kedatangan tentera ke rumah penduduk kampung dengan jumlah yang ramai untuk menakut-nakutkan. Rumah penduduk kampung diceroboh tidak mengenal masa. Tentera hitam ini juga bukan sahaja menceroboh malah mengambil barang bernilai milik penduduk kampung. Contohnya selepas Abd Latif ditembak mati, cincin milik simati didapati hilang dan dipercayai dicuri oleh Tentera Hitam yang membunuhnya.

Selain itu, Kampung Kucing Lepas dituduh antara kawasan melatih pengganas untuk tujuan keganasan di 3 wilayah. Pengerusi HAP saudara Chuya mengatakan bahawa setiap kali ada kes pengeboman dan pembunuhan tentera-tentera, kampung ini pasti menjadi sasaran oleh pihak tentera. Hal ini mengakibatkan kampung ini terputus hubungan luar dan tidak ada orang luar yang berani masuk. Walaupun hakikatnya tuduhan itu tidak berasas.

Pernah juga berlaku peristiwa dimana seorang remaja kampung ini dibelasah oleh pihak tentera akibat tidak boleh berbahasa Thailand (Siam) dan hanya fasih menggunakan dialek melayu Patani. Remaja yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal itu turut diugut jika tidak mahu menggunakan bahawa Siam.

Beginilah kehidupan penduduk Kampung Kucing Lepas yang saban hari mengalami penindasan dan hak asasi dinafikan. Kepada keluarga Baldatee yang sememangnya hidup dalam keadaan miskin hanya mampu bersabar kerana tidak mempunyai kekuatan untuk bangkit mendapatkan hak mereka. Ustaz Kamaruddin sempat memberikan sedikit sumbangan begitu juga dari HAP. Yang pasti sumbangan yang diberikan itu terlalu sedikit untuk membiaya si yatim lagi miskin, Hikam dan Ilham.

Oleh:

Serikandi Muslimah UNGGAS/LANDAS

Asti Toba


Monday, March 15, 2010

PERJUANGAN MUSLIM PATANI


Membicarakan penindasan yang dialami oleh kaum Muslimin, kita selalu mengingat negeri-negeri yang jauh. Seperti bangsa Palestin, Afghanistan, Irak, Chechnya, Pakistan, Darfur atau Sudan. Tapi rupanya, saudara sendiri yang tak jauh, bahkan hampir di pelupuk mata dekatnya, nyaris dilupakan.


Muslim Patani, lebih dari 200 tahun mengalami penindasan. Tanah mereka direbut oleh penjajah Siam, dan kini mereka hidup penuh konflik di wilayah selatan Thailand. Tak boleh menggunakan nama Islam, bahasa Melayu pun dilarang. Mereka dicabut dari akar budayanya dan dijauhkan dari agamanya. Mengalami pembunuhan, diancam dengan penculikan, dibatasi semua hak manusianya. Tapi tak banyak yang berbuat dan membantu mereka.


Muslim Patani perlu hidup aman damai dan kehidupan yang berdaulat atas nasibnya sendiri. Cuba kita gambarkan betapa pedihnya penderitaan yang dialami kaum Muslimin di Patani.


Monday, March 8, 2010

Tabung Aman Pattani

berdiri dari kiri Syeikh Hj Abd Majid Abu Bakar An Nadwi (Mudir Am), Syeikh Nuruddin Merbu Al-Banjari Al-Makki, Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Syeikh Ghazali Abdullah, Dato' Nor Aman Raffii



Sempena sambutan 3 Dekad Maahad Tarbiah Islamiah (MTI) Derang dan semasa Majlis Mahabbah Warga MTID, telah diadakan tayangan dan penerangan isu-isu terkini musibah berlaku terhadap bangsa melayu Patani Darussalam. Pelancaran tabung bantuan telah ditubuhkan di bawah Aman Pattani dan ABIM negeri Kedah. Semua sumbangan bantuan dana boleh di salurkan melalui ABIM Kedah atau AMAN PATTANI di bawah Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang.