Tuesday, June 25, 2013

Pemilik Pondok Dibunuh

Imam Ismail Manitou,51 mati ditembak oleh salah seorang lelaki daripada 4 orang yang datang menemuinya dengan dua buah motosikal.

Ismail yang juga imam mesjid dan pemilik pondok di Yarang, Patani mati ditempat kejadian.

Menurut saksi empat orang lelaki datang dengan motosikal berhenti di hadapan sekolah pondok. Mereka memanggil dia keluar.

Beliau keluar bersama isterinya, Farisa Wanyen. Sewaktu bercakap dengan mereka salah seorang lelaki mengeluarkan pistol dan menembak Imam Ismail. Isterinya juga ditembak dan cedera parah lalu dibawa ke Hospital Patani.

Mayatnya telah dikebumikan mengikut tradisi Islam. Pihak polis sedang menyiasat kes ini.























Oleh Tun Sri Lanangalmalayu.

Gambar: ASTV.com

Tuesday, June 11, 2013

Replika Meriam Sri Patani Patah Dua

Replika Meriam Sri Patani yang terletak kita-kira 100 meter daripada Mesjid Kerisik patah dua akibat letupan seberat 5kilo.

Kejadian itu  berlaku sewaktu jemaah sedang menunaikan solat magrib.Replika meriam itu baru sahaja dihantar ke Patani.

Pihak Bangkok tidak mengembalikan meriam Sri Patani yang asli. Meriam yang asli masih ada di Bangkok



Ini rupa meriam Sri Patani yang asli dan masih berada di Kota Bangkok. Meriam ini telah dirampas oleh penjajah Siam sewaaktu berperang dengan kerajaan Patani Darussalam  dan diletakan di Bangkok sampai sekarang.












Inilah replika meriam Sri Patani yang patah dua akibat letupan.Penghantaran replika meriam Sri Patani dianggap sebagai suatu penipuan besar terhadap rakyat Patani.

Sunday, June 9, 2013

Baba Ya Ulamak Berasal Dari Patani Meninggal Dunia



Haji Yahya Yunus Bin Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan 'Baba Ya' telah meninggal dunia pada pukul 3.00 petang tadi waktu Malaysia di Hospital Hat Yai. Beliau membuka pondok Mahad Ehya Essunnah Almuhammadi di pekan Sedau(Sadao), Thailand Selatan.

Beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Sudan,Timur Tengah. Beliau akan dikebumikan besok pagi jam 8.00  waktu Malaysia.

Gambar: Baba Ya dikiri sekali.

Oleh TS Kembara

Penerangan Tentang Aman Patani

Aman Patani telah diberi ruang dan waktu untuk menerangkan lebih lanjut lagi tentang kegiatan pertubuhan itu kepada barisan pimpinan guru-guru TADIKA di Patani Darussalam.

Penerangn itu disampai oleh Saiful Affendi,selaku setiausaha pertubuhan itu.

Satu soalan yang cukup menarik telah dilontarkan oleh seorang peserta kursus.

Kegiatan Aman Patani memberikan tumpuan dan perhatian sekadar 80%  kepada masyarakat Patani?


Anak muda yang bertubuh kecil dan berkacamata dengan  tenang dan perlahan menjawab soalan itu.

Katanya, "Kami memberikan 100% sumbangan,tenaga dan perhatian kepada Patani Darussam." jawab anak muda yang berasal dari Kelantan.

Hadirin menarik nafas lega. Masih ada orang yang sudi membantu kami,kata salah seorang hadirin.

Oleh T.S. Kembara

Saturday, June 8, 2013

Kasih Seorang Ibu

Biarpun Anwar Ismail disumbat ke dalam penjara namun semangatnya tidak mampu dipenjara. Projek 'Bunga Teh Tarik' diteruskan oleh Ibunya di Yarang.

Ibunya tanpa banyak bicara meneruskan projek  anak kesayangnya. Tentunya Anwar cukup gembira dengan kerja mulia ini dilanjutkan oleh ibunya. Kasih seorang ibu.




Teh dibancuh.
Teh ditarik.
Teh diminum.

Hasrat dan impian Anwar terus terlaksana.

Teh dibancuh.
Teh ditarik.
Itulah kerja yang dilakukan oleh ibunya.





'Bunga' lahir dari jerih payah Anwar Ismail
'Bunga' diteruskan dengan keringat dan airmata.





















Tulisan oleh T.S. Kembara
Gambar: Puan Romlah,isteri Anwar Ismail

Friday, June 7, 2013

Mertabatkan Bahasa Mendaulatkan Bangsa

Dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan TADIKA di wilayah Terluka ini PERKASA sebuah NGO yang berdaftar sebagai Yayasan dengan kerajaan Bangkok pada tahun 2008 mengadakan untuk kursus untuk barisan kepimpinannya baru-baru ini.

Kursus dibahagikan mengikut wilayah. Hari pertama, 3-4 Jun 2013 untuk wilayah Jala dan Patani. Sesi kedua pada 5-6 Jun untuk wilayah Menara,Songkhala dan Setul.


Kursus diadakan di Universiti Putra Songkhala ,kampus cawangan wilayah Patani. Menurut Sdr.Hasan Tola sambutan yang diberikan cukup memuaskan. Peserta cukup rajin bertanya soalan kepada penceramah.

Setelah selesai kursus peserta dan penceramah undangan dibawa makan petang ditepi sungai yang bernama Cabangan Tiga.

Petang itu ditepi sungai yang tenang peserta dijamu dengan hidangan 'nasi kerabu'









Pada petang itu Ketua PERKASA, Tuan Haji Abdul Muhaimin Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Cu Leh turut meraikan peserta dan penceramah undangan khususnya dari Malaysia.

Seramai 80 orang barisan pimpinan TADIKA hadir dalam kursus itu.Kursus ini diadakan dengan kerjasama Aman Patani Malaysia, People's College,Kumpulan Bungaraya dan PERKASA sebagai penyelaras program.


Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Tuan Haji Abdul Muhaimin Salleh.

Laporan oleh  T.S.Kembara.

Wednesday, June 5, 2013

Bersama PERKASA Patani

Ada waktunya kami turun ke Patani.Kali ini dalam mengisi program pendidikan PERKASA.

Pihak Aman Patani diundang untuk bersama warga Patani  Darussalam berkongsi pandangan dalam usaha meningkatkan pendidikan umat Islam di wilayah 'Serambi Mekah'  ini.


Kami menerima undangan saudara kami dari wilayah yang terluka ini.
Kemampuan kami terbatas. Aman Patani hanyalah sebuah NGO kecil yang berdaftar dengan kerajaan Malaysia dalam usaha membantu 'orang yang terluka' dan menanam benih kedamaian di sini.

Gambar di kanan sekali Encik Saiful.

Sewaktu di program Sdr.Saiful menerangkan dengan panjang lebar peranan Aman Patani. Misi utama  Aman Patani ialah kemanusiaan. Tidak ada yang lain.

Aman Patani membantu dalam rangka yang dibenarkan  oleh undang-undang di Malaysia.




Dalam banyak hal Aman Patani bertindak sebagai 'posmmen' sahaja dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada warga terluka di wilayah ini.