PERTUBUHAN KEBAJIKAN AMAN PATANI MALAYSIA (AMANI MALAYSIA)

Sebuah NGO Kemanusiaan dan Kebajikan Untuk Rakyat Patani (Selatan Thailand)

Saturday, May 12, 2012

DEMO DAN SERAHAN BANTAHAN KEPADA WAKIL OIC

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7GbPHBk11yA







Posted by Urusetia LANDAS at 1:42 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

AMANI MALAYSIA

AMANI MALAYSIA

Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA)

Pada awal penubuhan sejak 2008, AMANI MALAYSIA bergerak secara aktif dan merupakan sebuah badan bertindak terhadap isu konflik Patani digerakkan di bawah naungan Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP). Bagi menggerakkan usaha yang lebih serius dan bersungguh-sungguh dalam menyalurkan bantuan, sokongan padu dan membangunkan kesedaran masyarakat umat Islam dunia, AMANI MALAYSIA didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nama Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA)- (0523-12PPG)

Objektif AMANI MALAYSIA

1. Membangun kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap konflik Selatan Thailand.

2. Menyediakan program latihan dan pembangunan dokongan kerja kepada masyarakat Pattani.

3. Menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa konflik.


Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia
(AMANI MALAYSIA)
d/a Serambi Dakwah,
Lorong Bagan Lalang 22,
Taman Bagan Lalang,
13400 Butterworth, Pulau Pinang

Email : amanpatanimalaysia@gmail.com

Facebook;AMANI MALAYSIA


mengapa mereka berjuang?

# Pertama, Bahasa Melayu tidak dibenarkan menjadi bahasa pengantar disekolah-sekolah sehinggakan nama-nama tempat pun diubah. Contohnya, Menara menjadi Narathiwat, Tebing menjadi Taling Can dan langgar menjadi ruk. Selatan Thailand terdiri dari 5 buah negeri yang besar iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Setun. Majoriti penduduk di wilayah ini adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Secara etnik atau budaya, warga dikelima-lima buah negeri ini lebih dekat kepada Melayu daripada Siam ( Thailand ). Oleh sebab itu mereka lebih selesa berbahasa melayu.

# Kedua, Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Muslim Pattani tidak dibenarkan diajar disekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Ia bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah sebenar Pattani. Bagi pemerintah, Pattani bukan negeri Melayu, tetapi sebahagian daripada Thailand.

# Ketiga, Umat Islam dipaksa berbicara bahasa Siam. mereka tidak dibenarkan menggunakan bahasa Melayu.

# Keempat, nama mereka terpaksa ditukar menjadi nama Siam jika ingin bekerja di pejabat-pejabat kerajaan termasuk di Selatan Thailand sendiri. Nama seperti Ahmad, Yusuf, Abdul Kadir dan yang berunsur Islam dilarang jika ingin bekerja dengan kerajaan.

# Kelima, Siam bukan sahaja menjajah, tetapi mereka juga berusaha mem"buddha"kan orang-orang Melayu di Patani. Disinilah letakknya titik temu perjuang masyarakat Patani dengan umat Islam seluruh dunia.

Ayuh kita bantu saudara kita.



* Pertama,sedarkan masyarakat dengan lidah kita. Jadikan pergolakan di Selatan Thai sebagai topik perbincangan. Lebih baik berbincang tentang isu saudara kita ini daripada berbual kosong tidak tentu hala.

* Kedua, gunakan ketajaman mata pena untuk sebarkan pada masyarakat pergolakan sebenar yang berlaku di Selatan Thai.Misalnya tulis risalah dan edarkan. Tulis dalam blog untuk tatapan umum. Hakikatnya, hari ini manipulasi media massa membuatkan kita tidak memperolehi kisah sebenar yang berlaku di sana.

* Ketiga, salurkan sumbangan anda.Untuk sumbangan dana bantuan saudara Islam Selatan Thai sila salurkan atas nama PertubuhanKebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA).

* Keempat, buat ceramah dan jemput saudara-saudara kita daripada Patani untuk berkongsi derita.Untuk pertanyaan lanjut berhubung isu ini serta jemputan ceramah, anda boleh berbuat demikan dengan menghubungi @ whatapps talian hotline AMANI MALAYSIA 019-5454924.

* Kelima, berdoa dan solat hajat. Sebagaimana kita berdoa buat saudara-saudara kita di Palestin dan Syria, begitulah juga kita doakan saudara kita di Patani.

salam ziarah

widgeo.net

salam ziarah

FB followers

Follow this blog

Total Pageviews

PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENDIDIKAN ANAK YATIM DI PATANI

PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENDIDIKAN  ANAK YATIM DI PATANI
Pembangunan Kompleks Pendidikan Anak Yatim merupakan projek jangka panjang yang diusahakan oleh Pertubuhan NUSANTARA FOUNDATION FOR HUMAN RIGHTS AND DEVELOPMENT (NUSANTARA) yang dulu dikenali sebagai DEEP SOUTH WOMEN ASSOCIATION FOR PEACE (DEEP PEACE). Semenjak konflik melanda pada tahun 2004, seramai 1,300 orang anak yatim yang berdaftar di bawah NUSANTARA. Untuk sumbangan dana Pembangunan Kompleks Pendidikan Anak Yatim ini, boleh disalurkan atas nama : Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA). –BANK ISLAM 07043011032006 -

PROGRAM IBADAH KORBAN AIDIL ADHA 1436H DI SELATAN THAILAND

PROGRAM IBADAH KORBAN AIDIL ADHA 1436H DI SELATAN THAILAND

.

.
ASSALAMUALAIKUM. ALHAMDULILLAH, SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KEPADA ALLAH SUBAHANAHUWATAALA MEMBENARKAN AMANI MALAYSIA MENJALANKAN IBADAT KORBAN DI SELATAN THAILAND ATAU NAMA LAINNYA PATANI. TAHUN INI MERUPAKAN KALI TUJUH (7) AMANI MALAYSIA MELANCARKAN PROGRAM IBADAT KORBAN AIDIL ADHA DI SELANTAN TAHILAND. KEPADA YANG BERMINAT, BOLEH MENDAFTAR DENGAN MENGGUNAKAN BORANG YANG DILAMPIRKAN (KLIK GAMBARA). SEMOGA USAHA KECIL INI DAPAT MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN SAUDARA ISLAM KITA DI SANA.

DOSA berdiam diri

DOSA berdiam diri
"Sesungguhnya, orang mukmin itu bersaudara,". Di akhirat nanti, kita bakal ditanya apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita di Patani? Ambillah teladan daripada burung kecil yang mahu membantu memadamkan api tatkala Nabi Ibrahim dibakar Namrud. Ingatlah, tidak berbuat apa-apa itu satu dosa apatah lagi mereka di Pattani adalah saudara kita.

Kronologi Peristiwa Penting :

28 April 2004- Kampung Krisek ( Kre Se ), Pattani, sekitar 106 orang remaja dan pemuda Muslim menjadi sasaran bedilan peluru. Mereka dituduh melakukan serangan ke atas pos-pos keamanan pihak keselamatan Thai menggunakan senjata tajam

24 Oktober 2004 (bulan Ramadhan)- Tragedi Tak Bai, 85 orang terbunuh akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar.

2008 – Shukri, iaitu seorang penjaga masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat dibunuh.

30 Januari 2009- Imam Awang Karim ditembak ketika menaiki tangga masjid untuk melaungkan azan solat jumaat. Arwah pernah ditangkap dan dipenjarakan diatas tuduhan-tuduhan palsu tetapi dibebaskan setelah berjaya dibuktikan tidak bersalah.

1 Jun 2009- 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat dibunuh secara kejam.

2009 – Ismail b. Che Lah (62 tahun), imam yang telah ditembak di hadapan kedainya.

24 Disember 2009- Manaf @ Mat Romin (44 tahun) dibunuh semasa dalam perjalanan ke masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat untuk mengimami solat Jumaat. Arwah meninggalkan seorang janda, Ayusah bt Lokman (38 tahun) dan 5 orang anak.

29 Disember 2009- Talib,48 tahun dari Kampung Slow, Mkm Resak, Narathiwat ditembak selepas solat isyak di hadapan rumahnya. Arwah meninggalkan seorang janda dan tiga orang anak yang masih bersekolah.

10 Februari 2010- Fauzee Y'Tok,39 tahun dari daerah Thanto,Yala diserang secara mengejut ketika sedang memandu keretanya. Dia ditembak di leher menyebabkan kenderaannya kemalangan.

24 Januari 2010- Haji Kosim b. Haji Mat Sum, imam yang juga guru qiraat ditembak di hadapan rumahnya di Kampung Latoh, daerah Kolam, Wilayah Pattani semasa hendak menghadiri kenduri arwah seorang bilal yang ditembak 2 hari sebelumnya. Arwah meninggalkan seorang janda yang sarat mengandung dan 5 orang anak kecil.

15 Februari 2010- Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun) dari Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat. ditembak ketika sedang menorah getah. Pada petang hari yang sama juga Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) telah di tembak semasa mengumpulkan getah beku. Sebelum ini suami Bardatee Laboor telah dibunuh menyebabkan dua orang anaknya yang berumur 3 tahun dan 14 bulan menjadi yatim piatu.

5 April 2010- 6 orang pelajar dan seorang tukang masak Resroran Warisan ditangkap atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengeboman semenjak tahun 2004 sehingga kini. Tuduhan tersebut masih belum ada sebarang apa-apa bukti.

19 Mei 2010 - Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung di Kg Slow, Narathiwat selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua orang kampung telah meninggal iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae (umur 28 tahun).Arwah Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah Semae (23 tahun) manakala arwah Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).

30 Mei 2010 - Sulaiman Naesa (25 tahun) telah mati ketika dalam tahanan di Kem Ingkhayutabarihan M.Bothong D.Nongcik W.Pattani. Arwah didakwa telah membunuh diri namun bukti-bukti jelas menunjukkan yang arwah telah diseksa sehingga mati.

6 Jun 2010 - Daramae Da’kek (51 tahun) telah ditembak di bahagian leher ketika menaiki motosikal sewaktu pulang dari menziarahi anaknya di Maahad Tarbiyatulwatan Melayu Bangkok, Daerah Meang Jala. Arwah merupakan seorang guru di Ma’had Al Falah Al Islami, juga bekas guru Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala. Arwah meninggal dunia sewaktu menjalani pembedahan akibat pendarahan serius. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak.

14 Nov 2012- Uztaz Abdullatif Tokdir, 48, salah satu ahli jawatan kuasa majlis agama Islam wilayah Yala (Jala) dan juga seorang guru pondok telah ditembak sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat mengajarnya antara pukul 12.00 tengah hari. Beliau dikatakan telah ditembak oleh dua orang yang menaiki motosikal.

30 Okt 2012 - Seorang guru agama, Mahama Ma-ae, 47 gugur tertembak secara rawak semasa dalam perjalanan ke Sekolah Pondok haji Harun. Kereta yang dipandu mangsa dihadang secara tiba-tiba dan ditembak beberapa kali dari jarak dekat dengan senjata M-16 di bahagian badan dan kepala.

Narathiwat, 11 Dis 2012 - kejadian tembak pagi ini secara rambang terhadap penduduk kampung yang di Kampung Damar Buah, Mukim Tanjung Lima, Daerah Rengit, Wilayah Narathiwat antara pukul 7.20 pagi. Kejadian berlaku semasa penduduk kampung sedang sibuk bersarapan pagi dan membeli sarapan pagi untuk di bawa balik ke rumah. Sedang penduduk kampung di situ sibuk membeli makanan tiba-tiba datang sebuah kereta kabat yang tidak kenali mendekati kedai tersebut secara perlahan, dengan sepantas kilat tiga orang bangun dari arah belakang kereta tersebut melepaskan antara 40 das tembakan secara rambang ke arah penduduk kampung yang berada di kedai tersebut. Kejadian telah menyebabkan tiga orang penduduk kampung mati ditempat kejadian antara yang terkorban ialah Amizee Jekdo, 23tahun, Kabasi Hoh, 37 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 bulan, manakala lima orang cedera parah ialah Siti Rohimoh Mama', 70 tahun, Tuan Ma Tingi, 61 tahun, Misbah Musa, 25 tahun, Mohd Darris Hakimi Yeena, 10 bulan dan Pak Ngah Rimee, 74 tahun.


virus Tidakpedulisme

virus Tidakpedulisme
Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu, hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian! Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat. Saudara kita di sana sedang berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?

Blog Archive

  • ►  2018 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  March (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2017 (3)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (13)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  April (2)
  • ►  2014 (9)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (119)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (7)
    • ►  July (15)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (21)
    • ►  January (27)
  • ▼  2012 (39)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ▼  May (1)
      • DEMO DAN SERAHAN BANTAHAN KEPADA WAKIL OIC
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (21)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
  • ►  2010 (120)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)
    • ►  September (5)
    • ►  August (8)
    • ►  July (11)
    • ►  June (25)
    • ►  May (14)
    • ►  April (17)
    • ►  March (11)
    • ►  February (14)
    • ►  January (4)
INGIN MEMBANTU

Kami mengharapkan BANTUAN PENAJAAN DAN SUMBANGAN untuk :

• bantuan kecemasan dan kemanusiaan mangsa konflik.

• Menggerakkan program-program sokongan kesedaran selamatkan Patani.

• Dana kebajikan dan pendidikan anak-anak mangsa konflik.


Untuk sumbangan dana, sila salurkan atas nama :

Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA)

CIMB ISLAMIK 8600943046


“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)


JALAN PANJANG MENUJU DAMAI DI PATANI

JALAN PANJANG MENUJU DAMAI DI PATANI
Patani juga dikenali Sebuah Palestin di Nusantara. Damai yang kian pudar di bumi majoritinya umat Islam. Buku yang menampilkan kumpulan kes-kes bunuh, tangkap, hilang dan bom dari hasil ziarah ke rumah keluarga konflik dan pertemuan bersama aktivis tempatan. Berminat hubungi 019-5454924.

Perjuangan Muslim Patani

Perjuangan Muslim Patani

JARINGAN DARI PATANI

  • BUMI (Islamik dan Kebudayaan)
  • FB (Berita Terkini)
  • HAP (Hak Asasi Manusia)
  • Insouthvoice (Pembangunan Pemuda)
  • Justice For Peace (Hak Asasi Manusia)
  • MAC SPAN (Peguam Muslim)
  • NUSANTARA (ANAK YATIM)
  • PATANIPOST (berita terkini)
  • People's College (Pembangunan Pimpinan NGO)
  • WARTANI (info terkini)

Followers

Ethereal theme. Theme images by ranplett. Powered by Blogger.