Sebuah NGO Kemanusiaan dan Kebajikan Untuk Rakyat Patani (Selatan Thailand)
Tuesday, March 27, 2012
MOHON SUMBANGAN PROGRAM PENGUPAYAAN ANAK-ANAK YATIM WILAYAH SELATAN THAILAND KE ARAH KEAMANAN
Sumbangan Program boleh disalukan ke akaun Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) :Bank Islam : 7043011013136 (sila maklumkan jumlah dan tarikh kemasukan untuk tujuan rekod kepada 0194131472)
sekilas lalu program pada tahun 2011
Wednesday, March 21, 2012
UPDATE: Seminar Pemikir Muda: Demokrasi Dan Hak Asasi Manusia, Konsep Dan Perlaksanaannya.
DIMAKLUMKAN, PROGRAM INI TELAH DIPERSETUJUI UNTUK DISPONSOR SEPENUHNYA, OLEH ITU YURAN PROGRAM TELAH DIBATALKAN.
INSYA'ALLAH, KITA AKAN TERUSKAN PROGRAM BERBENTUK DIALOG INI DIMASA AKAN DATANG. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERUSAHA KERAS MENJAYAKAN PROGRAM INI.
"PEMBINAAN KETAMADUNAN BERMULA DENGAN KEMANTAPAN
PEMIKIRAN DAN AKIDAH"
http://www.apipenang.blogspot.com/2012/03/seminar-pemikir-muda-demokrasi-dan-hak.html
Monday, March 19, 2012
TAHUN KEHILANGAN IMAM HAJI ZAKARIA BIN YAAKOB
Seluruh warga sukarelawan AMANI dijemput hadir kenduri, solat hajat dan mengimbas kembali khususnya kehilangan Imam Haji Zakaria bin Yaakob pada 21/03/2012, dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 petang (waktu Thailand) bertempat di Kampung Kota, Mukim 5, Jabat, Menara (Narathiwat). Seluruh 3 wilayah (Pattani, Yala, Narathiwat) akan hadir bersama.
Sunday, March 11, 2012
PERHIMPUNAN & SOLAT HAJAT
Pada 21 Mac 2012, jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang (waktu Thailand)
akan diadakan satu perhimpunan besar-besaran sekitar 30,000 orang akan
hadir di masjid Kampung Kota, Jabat, Menara (Narathiwat) untuk bersolat hajat
dan ceramah tentang komplik dan satu acara membaca biography Al-Marhum,
Ash-Syahid Tuan Imam Jaafar Kasem dan pihak Sukarelawan Kemanusiaan AMANI
dijemput hadir ke Majlis tersebut. Lima ekor lembu akan disembelih untuk
kenduri dan orang ramai dari seluruh wilayah akan hadir.
Friday, March 9, 2012
Patani: Derita Yang Tak Kunjung Usai: Women’s Day in Southern Thailand!
Patani: Derita Yang Tak Kunjung Usai: Women’s Day in Southern Thailand!: "Anyone who knows anything of history knows that great social changes are impossible without feminine upheaval. Social progress can be m...
Wednesday, March 7, 2012
Nasib Wanita Muslim di Patani
1,000 wanita Islam terperdaya
2012/03/07
Askar abaikan pasangan hidup selepas tamat tugas di Selatan ThaiNARATHIWAT: Permasalahan isu keganasan di Selatan Thailand dirumitkan lagi dengan tindakan askar kerajaan meninggalkan begitu saja 1,000 wanita Islam selepas menjalin hubungan atau berkahwin dengan mereka.
Oleh sebab itu, tentera yang dihantar ke Selatan turut menjadi punca kepada banyak masalah sosial di wilayah itu, kata Chaiyong yang dipetik akhbar Bangkok Post, semalam.
Pendedahan isu 1,000 wanita Islam itu menyusuli kes rakaman menunjukkan seorang remaja tempatan berusia 16 tahun dicabul askar kerajaan.
Laporan menyatakan, pada 22 Januari lalu, seorang askar dikenali sebagai Winai sama ada ‘bersetuju untuk bertemu dengan mangsa’ atau ‘menggoda mangsa’ terbabit ke satu tempat terpencil di sebuah hospital dekat pos kawalan tentera.
Kejadian rogol atau ‘seks’ berlaku dengan kejadian dirakam seorang lagi askar kerajaan diberi nama Yot.
Meskipun mangsa tidak melawan, remaja itu jelas cuba menyembunyikan mukanya daripada kamera. Prebet Winai tersenyum dan ketawa manakala Prebet Yot didengar memberi semangat kepada rakannya.
Selepas itu, Yot menghantar klip berkenaan kepada rakan-rakannya yang mengedarkan rakaman itu sebelum turut diterima rakan mangsa menyebabkan ibu bapa mangsa mengadu kepada pihak berkuasa.
Dalam keganasan terbaru, sebutir bom meletup di sebuah pasar di daerah Tak Bai, membunuh seorang dan mencederakan tujuh yang lain manakala dalam kejadian berasingan di Yala, seorang askar di bawah pengaruh dadah dilaporkan menembak mati seorang rakan tenteranya dan mencederakan tiga yang lain.
Bom meletup di pasar Ban Taba Moo 1 di Tambon Jeh He, berhampiran pangkalan feri.
Bom seberat lima kilogram yang diletupkan dengan alat kawalan jarak jauh itu turut mencederakan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Paosi Awae.
Di YALA, polis menahan Prebet Bancha Raklaemkae, 22, selepas satu kejadian tembakan awal pagi di Yala Taskforce 14 di Ban La Tor, Tambon Kabang. Bancha didapati berada di bawah pengaruh methamphetamin ketika kejadian. – Agensi
sumber: Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1_000wanitaIslamterperdaya/Article
Subscribe to:
Posts (Atom)