Sunday, November 28, 2010



KerinduanKu Di Bumi Fatoni

Aku damai disini…

Ada ketenangan dalam ketakutan…

Ada kedamaian dalam kekalutan…

Ada kebaikan dalam kekejaman…

Ada persaudaraan dalam permusuhan…


ALLAHUAKBAR..

Agungnya nikmat-Mu..

Agungnya hikmah-Mu..

Agungnya rahmat-Mu...


Aku rindu akan damai ini

Cahaya di jalan yang kelam

Ada tautan persaudaraan

Ada mahabbah fil Islam..


Aku damai di sini..

Walau gentar..

Walau gusar..

Walau nyawa jadi taruhan

Aku tetap akan berpijak ke bumi ini..

Bukan hanya sekali…

Mengutip semangat pejuang

Semangat yang tak pernah luntur

Dahulu hingga kini..

Oleh: Sukarelawan AMANI

Friday, November 26, 2010

Bantuan Kemanusian Saudara Muslim di Patani




Sukarelawan AMANI bersama wakil penduduk kampung


Bantuan Kemanusian Di Patani

Mohon sumbangan terhadap saudara kita di Patani di kampung Tanjung Luluk, yang telah dilanda bencana alam banjir ribut pada 1 november 2010 yang melibat 42 rumah iaitu dalam 300 lebih orang penduduk. Kesan daripada banjir ini, 13 buah rumah telah rosak teruk dan 3 buah rumah telah roboh dilanda air banjir yang kuat.

keadaan rumah yang roboh akibat dilanda banjir

keadaan rumah yang rosak kesan banjir

Kami daripada AMANI berkesempatan mengada misi ziarah terhadap mangsa banjir ini dan berkesempatan bertemu dengan tuan Imam Ibrahim mewakili penduduk kampung. Hasil perbincangan, mereka mengharapkan beberapa bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa banjir. Antara bantuan yang boleh disalurkan:

· Kewangan untuk membaiki rumah yang rosak

· Bahan keperluan harian seperti ubat gigi, sabun, selimut, tuala dan bahan pencuci.

Untuk bantuan kewangan boleh di salurkan ke akaun persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (Bank Islam): 7043011013136

Atau di alamat:

Lorong 22 Taman Bagan Lalang,

Bagan Lalang,

13400 Butterworth,

Pulau Pinang.

Sebarang pertanya boleh hubungi Hotline AMANI 0194131472.