Sebuah NGO Kemanusiaan dan Kebajikan Untuk Rakyat Patani (Selatan Thailand)
Monday, December 31, 2018
Saturday, December 29, 2018
Acara Penyampaian Sijil Penghargaan Guru Aceh
Hampir 2 000 rakyat Melayu Islam Patani hadir dalam acara penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru bantu dari Negara Aceh Darussalam. Mereka telah menamatkan sesi mengajarkan selama 5 bulan di 5 wilayah Patani Darussalam, Thailand Selatan. Lima belas orang guru bantu dari Aceh didatang khas oleh NGO BungaRaya. Demikian dijelaskan oleh Ketua NGO tersebut Sdr. Hassan Tola.
Beliau menjelaskan lagi sambutan yang diterima diluar jangka. Pada mulanya harga 500 orang menyatakan kesudian untuk menghadiri acara yang gilang gemilang ini. Hampir 2 000 rakyat Melayu Islam Patani membanjiri dewan tersebut.
Beberapa orang tokoh pendidikan Patani yang terkenal diundang untuk penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru tersebut. Antara tokoh yang diundang ialah Tuan Haji Muhaimin atau lebih dikenali dengan nama Pak Cu Leh.
Kiri berbaju hitam ialah Sdr. Hassan/
Tuan Haji Muhaimin@ Pak Cu Leh.
Menurut seorang guru bantu Sdr.Muhammad Dan beliau begitu terharu sekali dengam sambutan dan layanan yang diberikan oleh keluarga angkatnya dan rakyat Patani amnya semasa mengajar di Patani.
Seorang guru bantu Cik Miftah Osman juga merasai ikatan persaudaraan yang erat sekali antara penduduk Patani dan Aceh. Beliau begitu gembira sekali mengajar di wilayah terluka ini.
Mereka berlepas pulang ke tanahair Aceh Darussalam pada 24 Disember lalu melalui Lapangan Terbang Antarabngsa Pulau Pinang.
Kepulangan mereka diiringi oleh Sdr. Hassan Tola dan wakil Aman Patani. Mereka disambutan di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda oleh keluarga masing-masing dan tokoh pejuang Aceh Sdr.Juanda Djamal.
Oleh T.S. Kembara.
Beliau menjelaskan lagi sambutan yang diterima diluar jangka. Pada mulanya harga 500 orang menyatakan kesudian untuk menghadiri acara yang gilang gemilang ini. Hampir 2 000 rakyat Melayu Islam Patani membanjiri dewan tersebut.
Beberapa orang tokoh pendidikan Patani yang terkenal diundang untuk penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru tersebut. Antara tokoh yang diundang ialah Tuan Haji Muhaimin atau lebih dikenali dengan nama Pak Cu Leh.
Kiri berbaju hitam ialah Sdr. Hassan/
Tuan Haji Muhaimin@ Pak Cu Leh.
Gambar di atas menunjukkan Cik Miftah Osman menerima sijil penghargaan.
Seorang guru bantu Cik Miftah Osman juga merasai ikatan persaudaraan yang erat sekali antara penduduk Patani dan Aceh. Beliau begitu gembira sekali mengajar di wilayah terluka ini.
Mereka berlepas pulang ke tanahair Aceh Darussalam pada 24 Disember lalu melalui Lapangan Terbang Antarabngsa Pulau Pinang.
Kepulangan mereka diiringi oleh Sdr. Hassan Tola dan wakil Aman Patani. Mereka disambutan di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda oleh keluarga masing-masing dan tokoh pejuang Aceh Sdr.Juanda Djamal.
Oleh T.S. Kembara.
Monday, March 12, 2018
Kembali Ke Sekolah Bersama Anak Yatim
Aman Patani memerlukan anda semua. Kami perihatin terhadap anak yatim di wilayah ini. Di sini kami dibantu oleh NUSANTARA sebuah pertubuhan sukarela bukan kerajaan di Patani.
Kami memberi peluang kepada Anda untuk menghulurkan bantuan kepada anak yatim. Mungkin anda tidak ada masa untuk bersama kami ke Patani. Jadi anda bolehlah memberi sumbangan semampukan ke akaun yang tertera di atas.
Kami tahu anda selalu membantu dalam hal sebegini. Terima Kasih daun keladi.
Kami dengan rasa bersyukur mohon Tuan-tuan dan Puan-puan memberi sumbangan untuk menjayakan program.
Sila hubungi no. telefon di atas untuk sebarang pertanyaan. Anda boleh whatsApp kiranya telefon tidak dijawab.
OLeh TS Kembara

Thursday, March 1, 2018
Aiman Hadeng Dibebaskan
Aiman Hadeng seorang aktivis pertubuhan sukarelawan dan ketua 'Justice for Peace Network telah dibebaskan oleh pihak tentera Jala kelmarin menurut Wartani.
Menurut Prachatai beliau ditahan pada 23 Februari lalu digedung pakaian milik beliau sendiri. Adalah dikhuatiri beliau dikasari semasa dalam tahanan pihak tentera.
Beliau tidak dibenarkan menemui peguamnya semasa dalam tahanan. Telefon bimbitnya telah dirampas oleh pihak tentera..
Oleh TS Kembara.

Aiman Hakdeng Ditangkap
Aiman anak muda berusia 35 tahum telah ditahan oleh pihak tentera Thai pada 23 Februari 2018 yang lalu.
Beliau mempunyai 3 orang anak dan yang kecil sekali berusia 1 bulan. Beliau ditahan sewaktu berada di kedai pakaian mileknya di Jala, Thailand Selatan.
Aiman mengetuai pertubuhan sukarela yang bernama 'Justice For Peace'.
BERSAMBUNG..
Tuesday, January 2, 2018
Aku Masih Menyebut Nama Mu
Patani Darussalam.Mungkin ramai anak muda sudah lupa. Sekarang yang mereka kenal dan sebut Yala,Pattani, Nakom Sri Thamarat, Phuket,Narathiwat, Krabi dan sebagainya. Tapi aku tetap menyebut Jala, Patani, Legor. Menara dan Bukit. Aku cukup gembira melihat tulisan Jawi hidup segar di wilayah yang bergolak dan berkocak ini. Atas dasar persaudaraan kami turut membantu dengan kemampuan tenaga burung pipit.
Badan Sukarela dari Malaysia terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan buat meringankan beban ibu tunggal di wilayah Jala. Menurut HAP( Hak Asasi Perikemanusiaan ada 9,000 anak yatim di wilayah Jala sahaja.
Tentunya angka ini meningkat lagi bila digabungkan dengan wilayah Senggora(Singgora), Menara dan Patani.Kami membantu atas persaudaraan dan kemanusiaan. Tidak lebih daripada itu.

Aman Patani Terus Membantu Anak Yatim
Kami bersama Badan Sukarela BAKUN dan Pertubuhan SosioEkologi serta dibantu oleh HAP wilayah Jala,Thailand Selatan telah memberi sedikit saguhati berupa alat tulis, sedikit makan ringan dan sedikit wang saku untuk anak-anak yatim di Jala.
Seramai 30 orang anak yatim menerima wang saku. Ibu tunggal juga menerima sedikit imbuhan untuk makan tengahari dan tambang pergi balik.
Hadiah dan sagu hati telah disampaikan oleh wakil BAKUN, Aman Patani Malaysia dan Pertubuhan SosioEkologi Malaysia
Semua wakil pertubuhan dari Malaysia diminta menyampaikan ucapan dan memberi sedikit kata-kata motivasi.
Inilah hadaih sagu hati yang dihadiahkan kepada anak-anak yatim.Sumbangan ini juga datang daripada dermawan dari Malaysia.Mereka cukup perihatin tentang nasib anak-anak yatim.
Wakil-wakil badan sukarela sedang menyiapkan hadiah-hadiah di rumah penginapan.
Wakil Aman Patani sedang menyampaikan hadiah kepada anak-anak di sebuah restoran.
Oleh TS Kembara
Gambar oleh Md Yatim BAKUN.

Tuesday, February 28, 2017
Pengalaman Di Hujung Selatan Negara Gajah Putih
As salam dari Malaysia untuk saudara-saudara di Hujung Selatan
Salam sejahtera kepada Editor Deepsouthwatch.org dan rakan-rakan d negara yang pernah dikenali sebagai Patani Darussalam. Terus terang saya katakan tidak mengenali Patani.Setelah membaca artikel dalam DeepSouthwatch.org dan buku-buku oleh pengarang Melayu dan Inggeris seperti Dr.Zamberi dan Prof Dr. Duncan Mc Cargo barulah jelas wajah PataniDarussalam.
Saya kemudiannya menghubungi NGO yang aktif membantu rakyat Patani yang dirundung duka.NGO itu dikenali sebagai Aman Patani. Kumpulan ini banyak membantu rakyat Patani dari segi pendidikan terutamanya membangunkan bahasa Melayu.Aman Patani sering menghulurkan bantuan kepada rumah anak yatim di Jala dan Patani. Wang ini disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui tabung yang diletakkan di kedai makan orang Patani.
Saya seperti orang Malaysia yang lain tidak begitu tahu keadaan yang berlaku di Hujung Selatan.Negara Gajah Putih . Surat khabar di Malaysia tidak banyak memuatkan berita keadaan ataupun pergolakan yang berlaku di Hujung Selatan.
Saya baru mengenali rakan-rkan di Deepsouthwatch.org seperti Ramadon Ranjor, Areeda, Ayub Pathan dan beberapa orang lagi. Sayang sekali mereka ini tidak menulis dalam bahasa Melayu. Saya fikir keadaan ini berlaku kerana dasar Siamisasi dan Rathanayom yang dipaksakan oleh kerajaan Thai terhadap umat Melayu warga Thailand. Demikian juga dengan dasar pendidikan di Thailand yang tidak berminat memberikan ruangan untuk pengajaran bahasa Melayu. Jadi tidak hairan lahirnya generasi Melayu di Thailand yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu
Oleh Tun Sri Lanang Al Filfilan
Dipetik daripada Deepsouthwatch.org/ms/node/9433
Monday, February 27, 2017
Negara Patani Darussalam,Lord Macaulay dan Pengemis
Saya sudah lama mendengar nama Patani. Tapi tidak pernah berkesempatan ke Patani sehingga usia mencecah 50an. Nama Sheikh Daud tidak asing bagi mereka yang belajar di pondok. Kitab Tok Sheikh Daud adalah suatu kesemistian. Semua pelajar pondok menggunakan kitab yang dikarang oleh Tok Sheikh yang alim ini.
Tapi ramai yang tidak mengetahui sejarah perjuangan Tok Sheikh Daud Al_Fathoni. Sejarah perjuangan Sheikh yang besar dan cukup alim tidak diajar di Malaysia khususnya di sekolah kerajaan. Mungkin ada pelajar pondok yang mengetahui sejarah perjuangan Sheikh ini tetapi jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Pendidikan yang diberi oleh Sheikh Daud cukup berkesan dan sukar dipadam walaupun ada usaha bersungguh-sungguh dilakukan. Umat Melayu Islam Patani masih berpegang kuat dengan ajaran Islam khususnya wilayah Jala, Menara(Narathiwat) dan beberapa kawasan dalam wilayah Singgora. Empat wilayah Melayu Islam ini berhempas pulas mempertahahankan pegangan agama Islam dan kebudayaan Melayu. Walaupun bagitu umat Melayu Islam belum mampu memartabatkan bahasa Melayu sebagaimana yang dihasratkan oleh pejuang utama keadilan,Haji Sulong.
Arus Siamisasi begitu kuat memukul minda umat Melayu Islam Patani sehingga sebilangan besar mereka tewas dan lebih selesa mengelarkan ataupun membahasakan diri mereka sebagai "Thai Muslim"
Dalam kitab Sejarah Melayu banyak sekali menyebut nama Singgora( sekarang disebut Songkhla), Ligor(sekarang Nakhon Sithamarat). Semua wilayah ini milik umat Melayu Islam pada suatu masa dahulu.
Dalam hubungan saya tertarik dengan ucapan Lord Macaulay di parlimen British. Beliau melihat betapa berkesan sekali pendidikan Islam di India, begitu ampuh sekali sehingga kubu iman umat Islam sukar diruntuhkan.
Lord Macaulay tidak bertemupun dengan seorang pengemis'pencuri dan budayanya luhur sekali. Menurut Lord Macaulay lagi selagi sistem pendidikan di India tidak diruntuhkan selagi itulah British tidak mampu menguasai benua India. Dengan memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris satu demi satu budaya dan cara hidup umat Islam di India tercabut setelah termakan racun pendidikan Inggeris. Selepas itu British terus melebarkan jaring pendidikannya ke wilayah Nusantara ini Patani Darussalam tidak kecuali.
Apa yang menarik tentang empat wilayah di Hujung Selatan ini tidak ditemui seorang pengemispun. Saya telah berkelana di wilayah ini sejak tahun 2013 sehinggalah sekarang.
Di Jalapun tiada
Di Singgorapun tiada
Di Menarapun tiada.
Di Patanipun tiada
Apa yang tiada di wilayah yang terluka ini ialah keadilan dan keamanan.
Umat di sini cukup merindui keadilan dan keamanan yang masih jauh berbalam-balam
Dipetik daripada Deepsouthwatch.org/ms/node/9616
Oleh Tun Sri Lanang Al Filfilan
Projek Kembali Ke Sekolah
Tahun ini kami kembali dengan "Projek Kembali Ke Sekolah" untuk anak-anak yatim miskin di Patani Darussalam. Mereka memerlukan beg sekolah, sepasang kasut dan sepasang baju. Wilayah yang bergolak ini sering dilupakan.
Di wilayah ini,Menara, Patani, Jala dan juga beberapa wilayah di Singgora anak-anak yatim miskin memerlukan bantuan. Mereka kehilangan seorang lelaki yang bernama Ayah. Mereka menunggu dan sentiasa menunggu kepulangan seorang lelaki yang bernama Ayah.
Kata ibu, " ayah dibawa oleh orang yang bersenjata."
Kata ibu." ayah ditembak oleh orang yang bersenjata."
Anak-anak ini sentiasa mengharapkan kepulangan seorang ayah.
Ayah akan belikan sepasang kasut baru
Ayah akan belikan baju sekolah baru
Ayah akan belikan beg baru.
Kami menunggu kepulangan ayah.
Sampai kini ayah belum pulang
Pohon kelapa yang ditanam ayah sudah berbunga
Ayah belum pulang juga.
Ibulah membesarkan kami siang dan malam.
Di sini kami mencari keadilan.
Rupa-rupanya keadilan sudah mati
Biarpun malam hitam pekat dan kami terpaksa meraba-raba.
Kami yakin bila Sang Mentari pagi muncul
Malam hitam pekat pasti berakhir.
Bantulah anak-anak yatim miskin
Mereka adalah saudara kita.
Mereka berbaris disepanjang muka masa
Dan kenangkanlah nasib mereka.

Sunday, November 8, 2015
Pencarian sukarelawan: Pembangunan Modul untuk guru Patani.
Assalamualaikum.
Masih ingat lagi kiriman AMANI MALAYSIA berkenaan pencarian Guru Sukarelawan Bahasa Melayu di Patani.
Alhamdulillah, respon yang di terima sangat baik. Kita akan terus membantu guru-guru dalam mengukuhkan pendidikan di samping membantu mendidik pelajar-pelajar di sana.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AMANI MALAYSIA juga ingin menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja khususnya para guru yang ingin berkhidmat dan menyumbang untuk Program Kelestarian Pendidikan ini.
AMANI MALAYSIA ingin menubuhkan Team Modul Khas yang bertujuan melahirkan guru-guru Sekolah Melayu yang berkemahiran dan berkepimpinan di Patani.
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi atau whataaps Saudara Saifulafandi di talian 017-4503308
Tuesday, November 3, 2015
Guru Bahasa Melayu diperlukan di Patani!
Sekolah
Melayu atau di Selatan Thailand di kenali sebagai Taman Didikan Kanak-Kanak
(TADIKA) merupakan sekolah yang di asaskan sejak tahun 1950. Umumnya
pembelajaran berlangsung di masjid atau bangunan yang didirikan oleh qariah
masjid di kampung masing-masing dengan sistem dan kurikulum sendiri.
Kini
semua sekolah melayu telah disatukan di bawah satu sistem pengajian dan
kurikulum di bawah Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Sempadan Selatan Thai
(PERKASA).
| Suasana sekolah rakyat |
Di
sebabkan larangan penggunaan Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Thailand,
sekolah melayu dijadikan medan awal dan terbaik untuk membentuk anak-anak
pelajar yang berumur 4 hingga 12 tahun untuk mengusai Bahasa Melayu. Selain
itu, pengajian pendidikan Islam juga diberi keutamaan di samping matapelajaran
akademik lain seperti Matematik dan Sains juga di ajar dalam Bahasa Melayu.
| Riak anak-anak kecil yang bersekolah 7 Hari, Seminggu |
Untuk
memenuhi tuntutan kerajaan Thailand, Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Sempadan
Selatan Thai (PERKASA) dengan kerjasama NGO Kumpulan Bungaraya dan Pertubuhan
Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) telah menyusun sistem kurikulum
dan pengurusan yang sesuai untuk memastikan kegiatan pembelajaran dan
pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah lebih berkualiti dan dinamik.
Dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berakhlak, guru juga diterapkan
dengan kemahiran perguruan supaya ianya bergerak seiring.
Sekolah
Bistari merupakan sekolah-sekolah perintis yang diwujudkan untuk dijadikan sekolah
contoh buat hampir 2000 sekolah melayu di empat wilayah di Selatan Thailand.
Kewujudannya di harapkan dapat melahirkan sekolah yang mempunyai ssitem
pengurusan yang terbaik di samping berkualiti setaraf dengan negara-negara maju
dan dapat menandingi Sekolah Kebangsaan Thailand.
Pengambilan Anak Angkat Yatim Syuhada' Patani
AMANI MALAYSIA membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk membantu anak-anak yatim Syuhada' di Patani.
Terbuka untuk menaja anak yatim selama setahun.
Mereka amat memerlukan sokongan moral daripada kita. Dengan menjadi ibu dan ayah angkat kepada mereka, INSYALLAH memberi sinar harapan baru buat anak kecil ini.
Maklumat lanjut boleh terus menghubungi nombor yang tertera di poster di atas.
Poster ini dialu-alukan untuk disebarkan untuk kesejahteraan anak yatim ini.
#pedulianakyatim
Wednesday, September 30, 2015
SEKITAR PROGRAM IBADAH KORBAN 1436H DI SELATAN THAILAND
![]() |
| Sebahagian Penggerak AMANI MALAYSIA - JUSTICE FOR PEACE Sebelum Ibadat Korban |
Alhamdulillah selesai sudah Program Ibadah korban Aidil Adha
1436H di Selatan Thailand. Buat para peserta korban, AMANI MALAYSIA dan JUSTICE
FOR PEACE (JOP) mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kesudian tuan
dan puan menjayakan program ini. Semoga ibadah ini diterima ALLAH.
Kesemua daging korban telah disumbangan kepada keluarga
mangsa konflik dan miskin sekitar Bannag Star, Bandar Yala, Raman, Pattani,
Krong Pinang , Yaha dan Kabang.
Dilampirkan gambar sekitar program yang dijalankan di
Kampung Tanah Putih, Bennang Star, Wilayah Yala, Patani.
Wednesday, August 12, 2015
PROGRAM IBADAH KORBAN AIDIL ADHA 1436H DI SELATAN THAILAND
Seperti tahun sebelumnya, Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) dengan kerjasama NGO kemanusiaan, kebajikan dan keadilan di Patani (Selatan Thailand) akan menjalankan Program Ibadah Korban semperna Aidil Adha 1436H. Justeru, AMANI MALAYSIA mengajak dan menyeru umat Islam seluruh dunia terutamanya sekitar Nusantara ini bersama-sama menjayakan program ini untuk membantu meringankan beban saudara Islam kita yang sedang di timpa musibah yang di Selatan Thailand.
Harga untuk satu bahagaian lembu pada tahun ini RM 500.00 dan seekor lembu RM 3,500.00.
Tawaran di buka dan ayuh sertainya sekarang.
Mudah sahaja, isi borang di sini dan maklumkan kepada wakil kami yang tertera di bawah.
Link borang : http:goo.gl/forms/kFtjkx7Pkf
Borang juga boleh di download di bawah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayuh sertai Program Ibadah Korban Aidil Adha 1436H di Selatan Thailand anjuran Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA).
Penyertaan anda boleh dimasukkan ke dalam akaun Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) CIMB Islamik Bank | 8600 943 046
Bagi setiap pembayaran atau pertanyaan, hubungi di talian
Tel/SMS : Saudara Saiful 019-4131472 atau Saudari Afifaliza 017-4133858
Whatapps : Saudara Saiful 017-450 3308 atau Saudari Afifaliza 019-4223850
Email : amanpatanimalaysia@gmail.com
Tarikh akhir penerimaan tempahan pada 11 September 2015
WEB : www.amanpattani.blogspot.com
Like Page FB : AMANI Malaysia
Wednesday, August 5, 2015
Ramadhan Cinta Syuhada' : Kisah Keempat
Kampung
Nasa - Lubok Jerai - Mayor - Pattani
Mohd Sobri bin Ismail, 30 tahun syahid apabila
diserbu oleh tentera siam pada Januari 2015 di salah sebuah pondok di Pattani.
Serbuan dibuat setelah pihak tentera mengsyaki adanya pejuang berlindung di pondok berkenaa. Kepungan
dari jam 12 tengahmalam dan berakhir jam 8 pagi menyebabkan 3 syahid dan 2 lagi
ditangkap.
![]() |
| Mak kepada Mohd Sobri, Isteri dan Anak, Naif, 2 tahun dan Muhammad Amin 2 bulan |
Mohd Sobri meninggalkan seorang balu dan 2
orang anak. Lebih menyedihkan, anak keduanya tidak sempat melihat rupa seorang
ayah. Hanya foto menjadi pengganti.
Video Penggebumian Pejuang Yang Syahid - Sumber FB : VOICE OF PATANI
“SILA KONGSI ARTIKEL INI ATAS NAMA KEADILAN
BUAT RAKYAT PATANI. MOHON SEMUA DOAKAN PERLINDUNGAN KEPADA SAUDARA SEISLAM DI
PATANI”
Subscribe to:
Posts (Atom)