Beliau menjelaskan lagi sambutan yang diterima diluar jangka. Pada mulanya harga 500 orang menyatakan kesudian untuk menghadiri acara yang gilang gemilang ini. Hampir 2 000 rakyat Melayu Islam Patani membanjiri dewan tersebut.
Beberapa orang tokoh pendidikan Patani yang terkenal diundang untuk penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru tersebut. Antara tokoh yang diundang ialah Tuan Haji Muhaimin atau lebih dikenali dengan nama Pak Cu Leh.
Kiri berbaju hitam ialah Sdr. Hassan/
Tuan Haji Muhaimin@ Pak Cu Leh.
Gambar di atas menunjukkan Cik Miftah Osman menerima sijil penghargaan.
Seorang guru bantu Cik Miftah Osman juga merasai ikatan persaudaraan yang erat sekali antara penduduk Patani dan Aceh. Beliau begitu gembira sekali mengajar di wilayah terluka ini.
Mereka berlepas pulang ke tanahair Aceh Darussalam pada 24 Disember lalu melalui Lapangan Terbang Antarabngsa Pulau Pinang.
Kepulangan mereka diiringi oleh Sdr. Hassan Tola dan wakil Aman Patani. Mereka disambutan di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda oleh keluarga masing-masing dan tokoh pejuang Aceh Sdr.Juanda Djamal.
Oleh T.S. Kembara.





