Patani Darussalam.Mungkin ramai anak muda sudah lupa. Sekarang yang mereka kenal dan sebut Yala,Pattani, Nakom Sri Thamarat, Phuket,Narathiwat, Krabi dan sebagainya. Tapi aku tetap menyebut Jala, Patani, Legor. Menara dan Bukit. Aku cukup gembira melihat tulisan Jawi hidup segar di wilayah yang bergolak dan berkocak ini. Atas dasar persaudaraan kami turut membantu dengan kemampuan tenaga burung pipit.
Badan Sukarela dari Malaysia terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan buat meringankan beban ibu tunggal di wilayah Jala. Menurut HAP( Hak Asasi Perikemanusiaan ada 9,000 anak yatim di wilayah Jala sahaja.
Tentunya angka ini meningkat lagi bila digabungkan dengan wilayah Senggora(Singgora), Menara dan Patani.Kami membantu atas persaudaraan dan kemanusiaan. Tidak lebih daripada itu.
Oleh TS Kembara.
Sebuah NGO Kemanusiaan dan Kebajikan Untuk Rakyat Patani (Selatan Thailand)
Tuesday, January 2, 2018
Aman Patani Terus Membantu Anak Yatim
Kami bersama Badan Sukarela BAKUN dan Pertubuhan SosioEkologi serta dibantu oleh HAP wilayah Jala,Thailand Selatan telah memberi sedikit saguhati berupa alat tulis, sedikit makan ringan dan sedikit wang saku untuk anak-anak yatim di Jala.
Seramai 30 orang anak yatim menerima wang saku. Ibu tunggal juga menerima sedikit imbuhan untuk makan tengahari dan tambang pergi balik.
Hadiah dan sagu hati telah disampaikan oleh wakil BAKUN, Aman Patani Malaysia dan Pertubuhan SosioEkologi Malaysia
Semua wakil pertubuhan dari Malaysia diminta menyampaikan ucapan dan memberi sedikit kata-kata motivasi.
Inilah hadaih sagu hati yang dihadiahkan kepada anak-anak yatim.Sumbangan ini juga datang daripada dermawan dari Malaysia.Mereka cukup perihatin tentang nasib anak-anak yatim.
Wakil-wakil badan sukarela sedang menyiapkan hadiah-hadiah di rumah penginapan.
Wakil Aman Patani sedang menyampaikan hadiah kepada anak-anak di sebuah restoran.
Oleh TS Kembara
Gambar oleh Md Yatim BAKUN.
Seramai 30 orang anak yatim menerima wang saku. Ibu tunggal juga menerima sedikit imbuhan untuk makan tengahari dan tambang pergi balik.
Hadiah dan sagu hati telah disampaikan oleh wakil BAKUN, Aman Patani Malaysia dan Pertubuhan SosioEkologi Malaysia
Semua wakil pertubuhan dari Malaysia diminta menyampaikan ucapan dan memberi sedikit kata-kata motivasi.
Inilah hadaih sagu hati yang dihadiahkan kepada anak-anak yatim.Sumbangan ini juga datang daripada dermawan dari Malaysia.Mereka cukup perihatin tentang nasib anak-anak yatim.
Wakil-wakil badan sukarela sedang menyiapkan hadiah-hadiah di rumah penginapan.
Wakil Aman Patani sedang menyampaikan hadiah kepada anak-anak di sebuah restoran.
Oleh TS Kembara
Gambar oleh Md Yatim BAKUN.
Tuesday, February 28, 2017
Pengalaman Di Hujung Selatan Negara Gajah Putih
As salam dari Malaysia untuk saudara-saudara di Hujung Selatan
Salam sejahtera kepada Editor Deepsouthwatch.org dan rakan-rakan d negara yang pernah dikenali sebagai Patani Darussalam. Terus terang saya katakan tidak mengenali Patani.Setelah membaca artikel dalam DeepSouthwatch.org dan buku-buku oleh pengarang Melayu dan Inggeris seperti Dr.Zamberi dan Prof Dr. Duncan Mc Cargo barulah jelas wajah PataniDarussalam.
Saya kemudiannya menghubungi NGO yang aktif membantu rakyat Patani yang dirundung duka.NGO itu dikenali sebagai Aman Patani. Kumpulan ini banyak membantu rakyat Patani dari segi pendidikan terutamanya membangunkan bahasa Melayu.Aman Patani sering menghulurkan bantuan kepada rumah anak yatim di Jala dan Patani. Wang ini disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui tabung yang diletakkan di kedai makan orang Patani.
Saya seperti orang Malaysia yang lain tidak begitu tahu keadaan yang berlaku di Hujung Selatan.Negara Gajah Putih . Surat khabar di Malaysia tidak banyak memuatkan berita keadaan ataupun pergolakan yang berlaku di Hujung Selatan.
Saya baru mengenali rakan-rkan di Deepsouthwatch.org seperti Ramadon Ranjor, Areeda, Ayub Pathan dan beberapa orang lagi. Sayang sekali mereka ini tidak menulis dalam bahasa Melayu. Saya fikir keadaan ini berlaku kerana dasar Siamisasi dan Rathanayom yang dipaksakan oleh kerajaan Thai terhadap umat Melayu warga Thailand. Demikian juga dengan dasar pendidikan di Thailand yang tidak berminat memberikan ruangan untuk pengajaran bahasa Melayu. Jadi tidak hairan lahirnya generasi Melayu di Thailand yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu
Oleh Tun Sri Lanang Al Filfilan
Dipetik daripada Deepsouthwatch.org/ms/node/9433
Monday, February 27, 2017
Negara Patani Darussalam,Lord Macaulay dan Pengemis
Saya sudah lama mendengar nama Patani. Tapi tidak pernah berkesempatan ke Patani sehingga usia mencecah 50an. Nama Sheikh Daud tidak asing bagi mereka yang belajar di pondok. Kitab Tok Sheikh Daud adalah suatu kesemistian. Semua pelajar pondok menggunakan kitab yang dikarang oleh Tok Sheikh yang alim ini.
Tapi ramai yang tidak mengetahui sejarah perjuangan Tok Sheikh Daud Al_Fathoni. Sejarah perjuangan Sheikh yang besar dan cukup alim tidak diajar di Malaysia khususnya di sekolah kerajaan. Mungkin ada pelajar pondok yang mengetahui sejarah perjuangan Sheikh ini tetapi jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Pendidikan yang diberi oleh Sheikh Daud cukup berkesan dan sukar dipadam walaupun ada usaha bersungguh-sungguh dilakukan. Umat Melayu Islam Patani masih berpegang kuat dengan ajaran Islam khususnya wilayah Jala, Menara(Narathiwat) dan beberapa kawasan dalam wilayah Singgora. Empat wilayah Melayu Islam ini berhempas pulas mempertahahankan pegangan agama Islam dan kebudayaan Melayu. Walaupun bagitu umat Melayu Islam belum mampu memartabatkan bahasa Melayu sebagaimana yang dihasratkan oleh pejuang utama keadilan,Haji Sulong.
Arus Siamisasi begitu kuat memukul minda umat Melayu Islam Patani sehingga sebilangan besar mereka tewas dan lebih selesa mengelarkan ataupun membahasakan diri mereka sebagai "Thai Muslim"
Dalam kitab Sejarah Melayu banyak sekali menyebut nama Singgora( sekarang disebut Songkhla), Ligor(sekarang Nakhon Sithamarat). Semua wilayah ini milik umat Melayu Islam pada suatu masa dahulu.
Dalam hubungan saya tertarik dengan ucapan Lord Macaulay di parlimen British. Beliau melihat betapa berkesan sekali pendidikan Islam di India, begitu ampuh sekali sehingga kubu iman umat Islam sukar diruntuhkan.
Lord Macaulay tidak bertemupun dengan seorang pengemis'pencuri dan budayanya luhur sekali. Menurut Lord Macaulay lagi selagi sistem pendidikan di India tidak diruntuhkan selagi itulah British tidak mampu menguasai benua India. Dengan memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris satu demi satu budaya dan cara hidup umat Islam di India tercabut setelah termakan racun pendidikan Inggeris. Selepas itu British terus melebarkan jaring pendidikannya ke wilayah Nusantara ini Patani Darussalam tidak kecuali.
Apa yang menarik tentang empat wilayah di Hujung Selatan ini tidak ditemui seorang pengemispun. Saya telah berkelana di wilayah ini sejak tahun 2013 sehinggalah sekarang.
Di Jalapun tiada
Di Singgorapun tiada
Di Menarapun tiada.
Di Patanipun tiada
Apa yang tiada di wilayah yang terluka ini ialah keadilan dan keamanan.
Umat di sini cukup merindui keadilan dan keamanan yang masih jauh berbalam-balam
Dipetik daripada Deepsouthwatch.org/ms/node/9616
Oleh Tun Sri Lanang Al Filfilan
Projek Kembali Ke Sekolah
Tahun ini kami kembali dengan "Projek Kembali Ke Sekolah" untuk anak-anak yatim miskin di Patani Darussalam. Mereka memerlukan beg sekolah, sepasang kasut dan sepasang baju. Wilayah yang bergolak ini sering dilupakan.
Di wilayah ini,Menara, Patani, Jala dan juga beberapa wilayah di Singgora anak-anak yatim miskin memerlukan bantuan. Mereka kehilangan seorang lelaki yang bernama Ayah. Mereka menunggu dan sentiasa menunggu kepulangan seorang lelaki yang bernama Ayah.
Kata ibu, " ayah dibawa oleh orang yang bersenjata."
Kata ibu." ayah ditembak oleh orang yang bersenjata."
Anak-anak ini sentiasa mengharapkan kepulangan seorang ayah.
Ayah akan belikan sepasang kasut baru
Ayah akan belikan baju sekolah baru
Ayah akan belikan beg baru.
Kami menunggu kepulangan ayah.
Sampai kini ayah belum pulang
Pohon kelapa yang ditanam ayah sudah berbunga
Ayah belum pulang juga.
Ibulah membesarkan kami siang dan malam.
Di sini kami mencari keadilan.
Rupa-rupanya keadilan sudah mati
Biarpun malam hitam pekat dan kami terpaksa meraba-raba.
Kami yakin bila Sang Mentari pagi muncul
Malam hitam pekat pasti berakhir.
Bantulah anak-anak yatim miskin
Mereka adalah saudara kita.
Mereka berbaris disepanjang muka masa
Dan kenangkanlah nasib mereka.
Oleh TS Kembara
Di wilayah ini,Menara, Patani, Jala dan juga beberapa wilayah di Singgora anak-anak yatim miskin memerlukan bantuan. Mereka kehilangan seorang lelaki yang bernama Ayah. Mereka menunggu dan sentiasa menunggu kepulangan seorang lelaki yang bernama Ayah.
Kata ibu, " ayah dibawa oleh orang yang bersenjata."
Kata ibu." ayah ditembak oleh orang yang bersenjata."
Anak-anak ini sentiasa mengharapkan kepulangan seorang ayah.
Ayah akan belikan sepasang kasut baru
Ayah akan belikan baju sekolah baru
Ayah akan belikan beg baru.
Kami menunggu kepulangan ayah.
Sampai kini ayah belum pulang
Pohon kelapa yang ditanam ayah sudah berbunga
Ayah belum pulang juga.
Ibulah membesarkan kami siang dan malam.
Di sini kami mencari keadilan.
Rupa-rupanya keadilan sudah mati
Biarpun malam hitam pekat dan kami terpaksa meraba-raba.
Kami yakin bila Sang Mentari pagi muncul
Malam hitam pekat pasti berakhir.
Bantulah anak-anak yatim miskin
Mereka adalah saudara kita.
Mereka berbaris disepanjang muka masa
Dan kenangkanlah nasib mereka.
Oleh TS Kembara
Sunday, November 8, 2015
Pencarian sukarelawan: Pembangunan Modul untuk guru Patani.
Assalamualaikum.
Masih ingat lagi kiriman AMANI MALAYSIA berkenaan pencarian Guru Sukarelawan Bahasa Melayu di Patani.
Alhamdulillah, respon yang di terima sangat baik. Kita akan terus membantu guru-guru dalam mengukuhkan pendidikan di samping membantu mendidik pelajar-pelajar di sana.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AMANI MALAYSIA juga ingin menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja khususnya para guru yang ingin berkhidmat dan menyumbang untuk Program Kelestarian Pendidikan ini.
AMANI MALAYSIA ingin menubuhkan Team Modul Khas yang bertujuan melahirkan guru-guru Sekolah Melayu yang berkemahiran dan berkepimpinan di Patani.
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi atau whataaps Saudara Saifulafandi di talian 017-4503308
Tuesday, November 3, 2015
Guru Bahasa Melayu diperlukan di Patani!
Sekolah
Melayu atau di Selatan Thailand di kenali sebagai Taman Didikan Kanak-Kanak
(TADIKA) merupakan sekolah yang di asaskan sejak tahun 1950. Umumnya
pembelajaran berlangsung di masjid atau bangunan yang didirikan oleh qariah
masjid di kampung masing-masing dengan sistem dan kurikulum sendiri.
Kini
semua sekolah melayu telah disatukan di bawah satu sistem pengajian dan
kurikulum di bawah Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Sempadan Selatan Thai
(PERKASA).
| Suasana sekolah rakyat |
Di
sebabkan larangan penggunaan Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Thailand,
sekolah melayu dijadikan medan awal dan terbaik untuk membentuk anak-anak
pelajar yang berumur 4 hingga 12 tahun untuk mengusai Bahasa Melayu. Selain
itu, pengajian pendidikan Islam juga diberi keutamaan di samping matapelajaran
akademik lain seperti Matematik dan Sains juga di ajar dalam Bahasa Melayu.
| Riak anak-anak kecil yang bersekolah 7 Hari, Seminggu |
Untuk
memenuhi tuntutan kerajaan Thailand, Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Sempadan
Selatan Thai (PERKASA) dengan kerjasama NGO Kumpulan Bungaraya dan Pertubuhan
Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) telah menyusun sistem kurikulum
dan pengurusan yang sesuai untuk memastikan kegiatan pembelajaran dan
pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah lebih berkualiti dan dinamik.
Dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berakhlak, guru juga diterapkan
dengan kemahiran perguruan supaya ianya bergerak seiring.
Sekolah
Bistari merupakan sekolah-sekolah perintis yang diwujudkan untuk dijadikan sekolah
contoh buat hampir 2000 sekolah melayu di empat wilayah di Selatan Thailand.
Kewujudannya di harapkan dapat melahirkan sekolah yang mempunyai ssitem
pengurusan yang terbaik di samping berkualiti setaraf dengan negara-negara maju
dan dapat menandingi Sekolah Kebangsaan Thailand.
Pengambilan Anak Angkat Yatim Syuhada' Patani
AMANI MALAYSIA membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk membantu anak-anak yatim Syuhada' di Patani.
Terbuka untuk menaja anak yatim selama setahun.
Mereka amat memerlukan sokongan moral daripada kita. Dengan menjadi ibu dan ayah angkat kepada mereka, INSYALLAH memberi sinar harapan baru buat anak kecil ini.
Maklumat lanjut boleh terus menghubungi nombor yang tertera di poster di atas.
Poster ini dialu-alukan untuk disebarkan untuk kesejahteraan anak yatim ini.
#pedulianakyatim
Subscribe to:
Posts (Atom)


















