Kampung Serong, Pattani.
Jamilah bt Abdullah,
26 tahun menerima qada dan qadar ALLAH untuk menjaga dua anak lelakinya yang
berumur 3 tahun dan 10 bulan akibat kehilangan suami tercinta. Suaminya, Nik
Idris Haji Mad Zin, 29 tahun di tembak kerana dituduh cuba menembak tentera.
Sebelum kejadian,
beliau pernah ditangkap atas kes menembak mati seorang sukarelawan. Beliau dimasukkan ke Penjara Pattani selama 70 hari dan dibebaskan. Namun, pada 13 Mei 2015,
beliau yang berada di rumah sahabatnya untuk bekerja tiba-tiba dikepung pihak tentera.
Semua yang berada di dalam rumah itu termasuk keluarga kawannya dan Nik Idris
sendiri telah menyerah diri. Namun, pihak tentera telah menarik Nik Idiris
masuk kembali ke dalam rumah untuk memberitahu di mana senjata milik beliau
yang di sembunyikan.
Selepas beberapa
ketika, terdengar bunyi tembakan di dalam rumah dan bekalan elektrik terputus.
Nik Idris di katakan cuba melawan pihak tentera. Beliau menghembuskan nafas
terahkir di tempat kejadian.
Kini, ayah kepada Nik
Idris dikatakan menjadi sasaran pihak tentera. Rumah sentiasa didatangi
tentera. Semoga keluarga ini dilindungi dari sebarang kecelakan.
“SILA KONGSIKAN ARTIKEL INI ATAS NAMA KEADILAN
BUAT RAKYAT PATANI. MOHON SEMUA DOAKAN PERLINDUNGAN KEPADA SAUDARA SEISLAM DI
PATANI”
















