Thursday, January 10, 2013

Serangan Orang Bersenjata Di Karaoke

Orang yang bersenjata telah melepaskan tembakan ke sebuah bar karaoke menyebabkan 4 orang terluka di wilayah Narathiwat  malam Rabu lalu.


Menurut akhbar Bangkok Post tiga wanita terluka akibat tembakan dan letupan bom yang dipasang pada sebuah motorsikal. Seorang anak lelaki yang berusia 14 cedera akibat letupan bom di daerah Muang, Narathiwat.

Tiga orang wanita yang terluka di bar- Samran Thongbai,Thipsuda Sajjawa dan Phetmani Chanthaburi dan anak lelaki berusia 14 tahun,Suhajorrawan Jeso..

Mereka kini dirawati di Hospital  Ratchanakarin, Narathiwat.

Oleh TS Kembara

Malaysia,Thailand Tandatangani Perjanjian Kerjasama

Malaysia dan Thailand baru-baru  ini telah menandatangani perjanjian persefahaman dalam bidang keselamatan negara. Pihak Thailand berharap dengan adanya perjanjian ini kegiatan pejuang pembebasan di Negara Patani Darussalam dapat dilemahkan. Demikian dilaporan oleh akhbar MCOT.. Net.

Malaysia yang diwakili oleh Menteri Dalam Negeri,Hishamuddin Hussein menawarkan bantuan penuh kepada Timbalan Perdana Thailand.Dr.Chalem Yubamrung dalam lawatannya ke Malaysia.

Perjanjian itu mencakupi dalam bidang pengedaran dadah,perdagangan manusia,ekstradisi penjenayah,pertukaran tahanan dan laluan ke Malaysia dan Thailand.


Hishamuddin Hussein mengatakan perjanjian pertukaran tahanan mungkin yang pertamadi rantau ini.






Tuesday, January 8, 2013

Runtuhnya Sebuah Menara Keangkuhan

Dengan kekuatan bom seberat 100 kg keretapi lokal no.453 Jala _ Sungai Golok terbantutnya perjalanan di kawasan Kampung Slow Bukit Jerai,Resak di wilayah  Narathiwat.

Kerosakan teruk akibat letupan menyebabkan pihak keretapi pengurusan kerajaanThailand menghentikan perkhidmatan  dari Jala ke Sungai Golok buat sementara waktu.Kerja-kerja pemulihan sedang dilakukan.

Dalam keadaan itu 2 orang dilaporkan meninggal dunia. Seorang tentera meninggal di tempat kejadian dan seorang sukarelawan Buddha maut. Tiga puluh dua orang cedera dan 7 orang pegawai keselamatan Thai cedera parah.







Oleh TS Kembara



Monday, January 7, 2013

Tentera Thailand Menggunakan Undang-Undang Darurat Menekan Kebebasan Berugama

Pada tanggal 21 November yang lalu pasukan tentera dan polis Thai telah mengepung dan menahan 9 orang ustaz  di madrasah Al-Jamiah Al-Islamiah Kampung Kuala Berwas,Penarik Patani.

Mereka telah ditahan dibawah undang-undang darurat.Dibawah undang-undang darurat mereka boleh ditahan tanpa bicara dan bukti yang kukuh.

Pihak tentera mendakwa 5orang pemisah Patani bersembunyi di madrasah ini. Antara yang dicari ialah
1.Ustaz Mat Ruding Tahir
2.Ustaz Hamat Solahudin Hj Daud
3.Ustaz Bari Pal Slamok
4.Ustaz Ismael Wan Kacik
5.Ustaz Mat Derih Pea-ing


Seramai 300 tentera dan polis telah diarahkan mengeledah di pondok dan di sekitar kawasan pondok itu.Mereka mencari suspek selama 3 jam. Suspek gagal ditemui.. Pihak berkuasa hanya menemui bahan uria dan potasium. Pihak tentera mendakwa bahawa bahan-bahan ini digunakan untuk bom tetapi pihak Mudir madrasah itu menafikannya. Bahan-bahan itu digunakan sebagai baja tanaman.

Oleh kerana tidak berpuashati dengan jawapan itu pihak kerajaan telah menahan 9 orang ustaz yang sedang mengajar untuk disoal siasat. Pihak tentera lalu membawa mereka ke kem tentera untuk siasatan yang lebih lanjut.Sebelum itu pihak tentera menggunakan pembesar suara menghalang orang kampung dan pelajar keluar.

Pihak tentera dan polis mendakwa madrasah ini tempat persembunyian dan kediaman 'para pengganas'dan 'teroris'(pejuang Islam Patani.






Madrasah inilah(gambar di kanan) yang dikatakan tempat persembunyian para pejuang Patani.Pihak tentera dan polis gagal menemui sebarang bukti atas dakwaan mereka.


Derita Seorang Isteri Pejuang

Jam ditangan menunjukan baru pukul 2.00 petang. Kami hendak menziarahi isteri seorang pejuang. Suaminya mati ditembak oleh tentera Thai Buddha pada tanggal 4 November 2012. Pejuang itu namanya Encik Mayuding Kg......Sebayoi Singgora.

Aku dan sekumpulan mahasiswa berserta seorang doktor dari India.Turut sama dalam kumpulan kami ialah seorang psikiatri berbangsa Jepun.

Isteri pejuang itu kelihatan sesah dan sugul. Puan Asti(bukan nama yang sebenar) disahkan mengidap penyakit darah tinggi. selepas kejadian pembunuhan ke atas suaminya. Beliau diserang sakit kepala yang amat sangat.Berdenyut-denyut. Bagai nak pecah kepala. Terasa lapar tapi tidak ada selera hendak makan,tidurpun tidak lena, badannya terasa letih sungguh. Tidak ada kudrat untuk membuat kerja.

Doktor pakar dari India mengatakan Puan Asti diserang penyakit 'anxiety'dan 'depression disturb' ke tahap ASD dan akan melonjak ke tahap PSTD. Beliau menasihatkan Puan Asti segera berjumpa doktor.

Ketika kami bertemu dengan Puan Asti beliau mengandung 8 bulan.Dia dijangka akan melahirkan anaknya pada bulan Januari ini(2013).Kesihatannya yang tidak stabil boleh mempengaruhi anak dalam kandunganya.Beliau hanya makan biskut.

Menurut doktor pakar, badan Puan Asti kurang zat makanan,murung dan sentiasa teringatkan suaminya yang telah pergi.Tidur malamnya sentiasa diganggu mimpi yang ngeri  dan menakut. Beliau hilang minat untuk bekerja kerana sentiasa teringat kejadian suaminya ditembak oleh tentera kerajaan. Anaknya yang berumur  5 tahun juga mengalami keadaan yang serupa. Anak ini hanya makan kueh teown sahaja.

"Anak dalam kandungannya mungkin cacat jika tidakdirawat sepenuhnya." kata doktor pakar itu.

Puan Asti cukup marah kepada pihak tentera bila teringat suaminya yang mati ditembak oleh tentera kerajaan.Demikian juga dengan anaknya yang berumur 5 tahun.Marah mereka terus menyala bila nampak tentera masuk kampung..

Kata psikiatri dari Jepun itu,"kita harus membantu dengan selalu melawatnya, selalu bercakap dengannya, dan jangan biar dia sendirian."

Ketika kami sedang berbual-bual, datang sebuah kendaraan mencurah pasir  di hadapan rumahnya. Menurut pemandu kereta itu pihak tentera yang mengarahkan dia berbuat demikian. Perbuatan ini menurut kata psikiatri dari Negeri Matahari Terbit itu akan menambah sakit hati lagi perempuan yang malang ini!

Oleh Sang Pupuri

Sunday, January 6, 2013

Thailand Minta Bantuan Najib Atasi Puak Pejuang

Menurut akhbar 'Bangkok Post' Timbalan Perdana Chalerm Yubamrung berharap dapat berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk membincang masalah di Selatan Thai yang kian membarah.

Dalam lawatan ini beliau berharap dapat berjumpa dengan pemimpin Malaysia.

Beliau akan meminta kerjasama Malaysia  untuk mengatasi masalah pejuang Patani yang bersembunyi di Malaysia selepas melancarkan serangan di Ujung Selatan.

Taktik yang digunakan oleh pejuang menyukarkan pihak berkuasa Thai untuk membawa pejuang ke muka keadilan..

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu lagi, sukar bagi Thailand untuk bertindak secara bersendirian dalam mengatasi hal ini.

Encik Chalerm meminta kerjasama Malaysia untuk mengatasi kegiatan perdagangan dadah.


Oleh TS Lanang

Suatu Senja Di 'Prince of Songkhla University' Patani

Petang itu aku  di 'Prince of Songkhla University' kampus Patani. Anak muda yang aku hendak berjumpa ini adalah lepasan universiti. Dia graduan dalam bidang sains sosial dan berhasrat hendak membuat sarjana atau master kata orang sekarang di Universiti Sains Malaysia. Aku sempat bertanya kepada jiranku seorang Prof. Madya di Universiti Sains Malaysia.Katanya boleh. Universiti mengiktiraf kelulusan mereka.

Anak muda yang berusia 25 tahun pernah bekerja sebagai seorang guru tetapi kemudiannya meninggalkan jawatan itu kerana soal diskriminasi. Dia lebih suka bekerja sendiri.Dengan modal yang ada ditangan dia memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Dia sudah biasa hidup susah. Bapanya meninggal ketika dia berusia 6 bulan.

Menurut ibunya, bapanya ditembak oleh orang yang bersenjata waktu malam, selepas solat.Dia dipelihara oleh ibunya.Ibunya kemudian berkahwin lagi. Dia bersyukur kerana mempunyai bapa tiri yang baik Selepas bapa tirinya meninggal dunia, dia menjadi tonggak keluarga. Segala perbelanjaan untuk ke sekolah sehingga ke universiti diusahakan sendiri. Anak muda yang berkulit sawo matang ini berasal dari wilayah Narathirat yang diletakan di undang-undang tentera.Di wilayah ini banyak memakan korban. Peristiwa hitam di Takbai. 25 Oktober,2004.Waktu itu dia masih belajar lagi.

Petang itu aku sempat bertanya dia tentang Nai Can Thong. Aku yakin dia tahu tentang Nai Can Thong. Aku memang sudah tentang Nai Can Thong.Aku cuma perlukan maklumat tambahan tentang orang ini.

Sebelum ini aku pernah melihat dan membaca kerja kertas anak muda ini. Ternyata isinya cukup baik dengan carta yang berwarna-warni,perangkaan yang terkini.Cuma kelemahan dari segi bahasa sahaja. Aku kira ini perkara bagi anak-anak di Ujung Selatan yang tertakluk dibawah sistem Siam.

Ternyata Nai Can Thong masih mempunyai keturunannya di Negara Gajah Putih ini. Nai Can Thong adalah pegawai istana kerajaan Sultan Muhammad Patani.Nai  Can Thong berketurunan Siam Ligor dan menjadi orang kepercayaan Sultan Muhammad. Tapi sayang Nai Can Thong menjadi pembelot. Dia membocorkan rahsia pertahanan Patani kepada  Phraya Kalahum panglima perang Siam.

Tentera penjajah Siam telah berjaya menawan Patani dan seluruh wilayah Patani ditakluki pada bulan November 1786.

Inilah sejarahnya. Kata guruku,"Perangai manusia tetap sama. Ada yang baik. Ada yang jahat." Akupun teringatlah cerita saudaraku dari seberang tambak Johor. Patutlah anak Melayu di Temasik tidak boleh menjadi pilot pesawat pejuang di negara itu. Pemimpin Temasik mungkin telah belajar daripada kesilapan Sultan Muhammad

Oleh TS Kembara

Friday, January 4, 2013

Rejim Thai Hendak Hapuskan Sekolah Tadika

Pihak Jabatan Kawasan 12 dalam seminarnya baru-baru telah membuat polisi baru berhubung dengan pendidikan di lima wilayah di Ujung Selatan.Dalam seminar itu tadika akan dihapuskan.Semua murid akan belajar di sekolah kerajaan. Persekolahannya hanya 5 kali seminggu. Sekarang ini murid-murid belajar pendidikan Islam dan Bahasa Melayu pada hari Sabtu dan Ahad di Sekolah Tadika.

Dahulunya di kenali sebagai sekolah Melayu yang didirikan oleh umat Islam pada tahun 1950 di 5 wilayah jajaham Siam.Mulai tahun 1970 ianya dikenali dengan nama Sekolah Tadika.

Tindakan rejim Bangkok ini telah mencetuskan api kemarahan umat Islam di 5 wilayah Ujung Selatan.

Di Narathiwat beberapa buah sekolah telah membuat surat edaran membantah polisi ini. Semua surat ini telah diedar kepada penduduk kampung. Sementara itu pula puluhan buku yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan telah dibakar di Patani.

Pihak Yayasan Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Sempadan(PERKASA) dan Majlis Agama Islam 5 wilayah(PERMAI) membantah keras dan menolak terus polisi ala Phibul Songgram ini.
Adalah difahamkan pihak tentera(S.O.B.T) juga tidak bersetuju dengan polisi baru ini. Pihak PERKASA dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan isu ini.