Monday, August 1, 2011

PUSTAKA AMANI

AMANI akan mengadakan ziarah ke Pattani pada 19,20 dan 21 Ogos 2011. Pada kali ini, pihak AMANI ingin merasmikan Pustaka Amani di Selatan Thailand. Sehubungan dengan itu, pihak AMANI memohon sumbangan buku dan kewangan untuk program Pustaka Amani ini.

Tarikh tutup untuk fasa pertama : 15 Ogos 2011
Perasmian Pustaka Amani : 20 Ogos 2011

Monday, July 11, 2011

Kongres PEPIAT


Perwakilan Mahasiswa Asia Tenggara Bahas Masalah Konflik 'Patani' Selatan Thailand di Malaysia

Kuala Lumpur (HMINEWS) – Kongres Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) yang diselenggarakan di Kuala Lumpur (5-7 Julai 2011) secara khusus membahas isu-isu kekerasan di Selatan Thailand. Selain dihadiri oleh organisasi-organisasi PEPIAT seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII), Himpunan Mahasiswa Indonesia (HMI) dan sebagainya, diundang juga peserta dari Selatan Thailand.

Peserta dari Selatan Thailand diundang bukan sebagai organisasi anggota PEPIAT melainkan sebagai nara sumber untuk menceritakan kondisi terkini di Selatan Tailand. Salah satu organisasi yang diundang adalah dari Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Daya Manusia Thailand (FEHRD), tokoh agama dan korban kekerasan tentara di wilayah Selatan Thailand.

Direktur FEHRD Isama-ae Salae memberikan paparananya mengenai berbagai kekerasan yang terjadi di Selatan Thailand. Menurut Isama-ae, kekerasan di Selatan Thailand berlangsung secara terus menerus dan tidak terkespos ke dunia luar. “Bahkan dalam dunia Islam sendiri, penindasan yang dialami oleh warga Muslim Melayu di Selatan Thailand tidak pernah dibahas secara khusus”, demikian kata Isama-ae.

Atas krisis yang terjadi di Asia Tenggara inilah, PEPIAT memandang serius akan kepentingan pertemuan para pemimpin organisasi pelajar Islam di Asia Tenggara tersebut.

“Selain membahas nasib saudara-sudara di Thailand, pertemuan yang antara lainnya bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan ukhwah sesama anggota PEPIAT”, demikian disampiakan oleh Sekretaris Jenderal PEPIAT Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Secara ringkas, Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) adalah sebuah organisasi yang menghimpunkan persatuan pelajar Islam yang utama dari negara-negara di Asia Tenggara. Sehingga April 2010, PEPIAT dianggotai oleh Malaysia-Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Indonesia-Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII), Himpunan Mahasiswa Indonesia (HMI), Singapura-Federation of Muslim Students Association (FMSA), National University of Singapore Muslim Students (NUSMS), Thailand-Thailand Muslim Students Association (TAMSA), Kemboja-Persatuan Pelajar Muslim Kemboja (CAMSA), dan Myammar-Myammar Muslim Students Association.

Sumber dari:


http://hminews.com/news/perwakilan-mahasiswa-asia-tenggara-bahas-selatan-thailand-di-malaysia/

Wednesday, July 6, 2011

PENCARIAN SUKARELAWAN AMANI 2011..JOM2...('',)

BENGKEL SUKARELAWAN AMANI


Objektif:

1. Membina sukarelawan yang faham dan komited dalam menggerakkan program-program yang dirancang untuk membantu umat Islam di Pattani.

2. Membangun kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai isu umat Islam Pattani.


Tentatif Bengkel Sukarelawan AMANI

Tarikh: 24 Julai 2011 (Ahad)
Tempat: Serambi Dakwah, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, 13400, Butterworth, Pulau Pinang.

Masa:

8.00-8.25 pagi: Pendaftaran
8.30-9.00 pagi: Bacaan Al-Matsurat & Solat Dhuha
9.00-9.45 pagi: Slot 1 "Sejarah Pattani & Sejarah Perjuangan Pattani"
9.45-10.30 pagi: Slot 2 "Konflik Pattani"
10.30-11.00 pagi: Rehat
11.00-11.30 pagi: Slot 3 "Apa Itu AMANI?"
11.30-12.00 tghari: Slot 4 "Apa Yang Sukarelawan AMANI perlu buat?"
12.00-1.00 tghari: LDK/bengkel
1.00-1.30 tghari: Makan tengah hari
1.30-2.00 ptg: Solat Zohor & Lambaian ukhuwah

Maklumat lanjut hubungi 019-5236057 atau emel ke amanpattani@yahoo.com

Monday, June 27, 2011

Jom Sertai Kami..('',)


Berminat dengan kerja-kerja sukarelawan? Ingin membantu saudara-saudara kita di Selatan sana? Bagaimana caranya?

Bengkel Sukarelawan AMANI ada jawapannya...

# kami menyediakan:

-bengkel kemahiran fact-finding
-bengkel penulisan laporan
-bengkel dokumentasi

InsyaAllah akan diadakan pada 24 Julai 2011 (Ahad). Bengkel sehari bersama sukarelawan-sukarelawan AMANI.

Jika berminat, sila hantarkan butiran diri anda (nama penuh, alamat, institusi (universiti, kolej, persatuan etc), no ic, emel) ke hotline AMANI (019-4131472 atau 019-5236057) atau emel ke amanpattani@yahoo.com.

TIADA BAYARAN DIKENAKAN....TEMPAT TERHAD!!




Friday, June 10, 2011

Sumbangan Anda Diperlukan..


“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)


Sumbangan anda diperlukan...


Memohon sumbangan dana untuk bantuan kemanusiaan untuk Pattani:

-bantuan kemanusiaan

-sumbangan anak yatim dan ibu tunggal

-program latihan dan pembangunan jiwa


Untuk sumbangan dana, sila salurkan atas nama :

Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
nombor akaun Bank Islam : 7043011013136.

(sila maklumkan jumlah sumbangan kepada hotline AMANI 019-4131472 selepas kemasukan sumbangan kerana akaun tersebut adalah akaun rasmi PUMPP yang turut digunakan untuk badan-badan lain di bawah PUMPP)


Berminat menjadi sukarelawan AMANI?

Hubungi kami di talian hotline AMANI (0194131472) atau emel amanpattani@yahoo.com




Tuesday, May 24, 2011

MOHON SUMBANGAN PROGRAM KURSUS PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JIWA MAHASISWA SELATAN THAILAND

MOHON SUMBANGAN PROGRAM KURSUS PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JIWA MAHASISWA SELATAN THAILAND


Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan dan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta semangat belajar dalam suasana konflik di Selatan Thailand. Oleh yang demikian, pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan sama ada dalam bentuk kewangan atau material.

Anjuran : AMAN PATTANI (AMANI)
&
PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG (PUM PP)
Tarikh : 3 Mei - 31 Julai 2011 ( 3 bulan)
Tempat : Serambi Dakwah, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang
Jumlah Peserta : 9 orang Mahasiswa


Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 7043011013136 (maklumkan jumlah kemasukan sumbagan ke hotline kami 0194131472 untuk tujuan record)

diperlukan juga sumbangan material seperti alatan tulis, buku dan sebagainya.

Pertanyaan Hotline AMANI- 0194131472 @ email: amanpattani@yahoo.com.