Showing posts with label sumbangan. Show all posts
Showing posts with label sumbangan. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Sekitar Ziarah Qurban Di Selatan Thai

Dari Malaysia ke Thailand...

RM kepada Baht...

Team AMANI tiba di Danok...

Mulakan langkah-Danok ke Sebayo....

Taklimat perjalanan program...

Pagi Aidiladha di Tibo....

Wajah ceria anak-anak Pattani menyambut Aidiladha....

Waiting list untuk disembelih....

Menumbangkan lembu sebelum disembelih....

Aqad qurban....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ziarah keluarga mangsa konflik di Aidiladha...

Wednesday, November 9, 2011

Program Qurban AMANI 4-7 November 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T Aman Pattani (AMANI) dengan kerjasama NGO pemuda di Selatan Thailand telah berjaya melaksanakan program Ziarah Qurban 1432 H pada 4-7 November 2011 yang lalu. Korban dilaksanakan di daerah Tibo di mana tiga ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan. Ziarah ini disertai oleh 16 wakil AMANI dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Indonesia.

Di samping program korban, para peserta diberi kesempatan untuk menziarahi dan tinggal bersama keluarga mangsa konflik. Kesempatan ini dimanfaatkan untuk berkongsi keperitan yang dilalui akibat konflik yang berlaku di bumi Pattani.

Pagi Aidiladha, para peserta turut sama melaungkan takbir dan solat sunat Aidiladha di masjid berdekatan. Usai solat, peserta bersalam-salaman dan beramah mesra dengan penduduk kampung dan dibawa menziarahi keluarga mangsa konflik.

Aidiladha bersama anak-anak Pattani...

Menziarahi keluarga mangsa konflik di Aidiladha...

Sedikit cenderahati mengiringi ziarah...

Terharu...

Doa dan harapan kami agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan sokongan semua saudara Muslim terutamanya di Malaysia. Ianya sebagai tanda sokongan dan dokongan akan realiti konflik yang melanda saudara seaqidah kita di Selatan Thai. Allahuakbar!

Monday, August 1, 2011

PUSTAKA AMANI

AMANI akan mengadakan ziarah ke Pattani pada 19,20 dan 21 Ogos 2011. Pada kali ini, pihak AMANI ingin merasmikan Pustaka Amani di Selatan Thailand. Sehubungan dengan itu, pihak AMANI memohon sumbangan buku dan kewangan untuk program Pustaka Amani ini.

Tarikh tutup untuk fasa pertama : 15 Ogos 2011
Perasmian Pustaka Amani : 20 Ogos 2011