Showing posts with label pejuang. Show all posts
Showing posts with label pejuang. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Pattani; sebuah Palestina di Nusantara

Pattani; sebuah Palestina di Nusantara
Ku kira Syeikh Ahmad Yassin akan menangis,
(Jika dia masih hidup kini)
Dari kelopak matanya yang buta,
Bukan pada darah-darah yang mengalir basah dibumi syuhada,
Bukan pada ratapan doa, anak dan isteri yang dizalimi,



Namun Syeikh Yassin pasti mengalirkan air mata,
Melihat, bagaimana kita; ummah nusantara,
Memandang tanpa berbuat apa-apa, mendengar dan berdiam cuma,




Pada potret kemusnahan satu bangsa,
Melayu Patani,
Yang maruahnya kini, sedang dipijak-pijak kaki,




Kukira Syeikh Yassin,
Pasti akan menutup telinganya yang kurang mendengar,
Kerana tidak mampu tertahan pada suara gamat yang kedengaran,
Bukan oleh dentuman bedil, mortar, atau bom kawalan,
Bukan pula oleh rayuan imam memohon simpati, terseksa di kem tahanan,
Namun Syeikh Yassin pastikan tidak mampu tertahan,


Pada kita, yang asyik bergelojak gembira siang dan malam,
Di saat jiran kita, yang hanya terpisah sempadan,
Anak yang kehilangan bapa,
Isteri kehilangan suami tercinta,
Bapak kehilangan anak, pewaris cita-cita masa depan,
Sang kakak hilang segala-galanya, semua sanak saudara...


Kukira Syeikh Yassin,
Mampu berdiri menahan geram,
Walau kakinya lemah tak berkuasa,
Di saat bangsa muslim lainnya bebas merdeka,
Sedang mewar-warkan kemegahan negara,
Mencita-citakan kemodenan segala,
Mereka lupa pada Muslim Patttani, yang jaraknya sejengkal cuma,


Satu Aqidah, Satu Bangsa, Satu Bahasa,
Satu Ummah dengan Negara-negara merdeka – Malaysia – Indonesia,


Ketika saudara mereka Pattani,
Ditembak tika menjejaki tetangga masjid,






Dihalau nafi dibumi sendiri,
Ditangkap tanpa sebab dan alasan,


Kukira Syeikh Yassinkan melaung,
Dari kekuatan suara yang entah datang dari mana,
‘Kamu bangsa-bangsa Malaysia – Indonesia,
Memaki Kebodohan Bangsa Arab,
yang menjadi boneka pada Yahudi,
yan meratah bangsa kami Palestina,
Namun tika bangsa Pattani,
Terseksa, dizalimi, hilang arah,



Kamu menjadi buta,
Sesungguhnya aku mungkin buta mataku,
Namun kamu telah buta hatimu’


Malangnya Syeikh Yassin sudah tidak ada kini;
Maka kebutaan mata kita, telinga kita yang tuli;
Kaki kita yang tidak berdaya, mulut kita yang bisu,
Dan segala yang tidak berdaya pada kita,
Pastinya gagal berbuat apa-apa,
Pada sebuah potret kemusnahan,
Satu ummah, satu bangsa, satu bahasa, satu agama dengan kita
Pattani; sebuah Palestina di Nusantara



M Nizam Mahshar
1 Ramadhan 1431H

www.amanpattani.blogspot.com


Sunday, April 11, 2010

Pelajar Dibebaskan

PELAJAR UNIVERSITI YANG DI TAHAN OLEH PIHAK TENTERA DAN POLIS TELAH DIBEBASKAN TANGGAL 8 APRIL 2010 (KHAMIS)
SELEPAS TUNJUK PERASAAN PELAJAR
DI HADAPAN IBU PEJABAT POLIS YALA.

TUDUHAN TERHADAP MEREKA HANYA SECARA RAMBANG DAN TIDAK BERASAS SAMA SEKALI.
ALHAMDULILLAH SEMOGA ALLAH SENTIASA MENLINDUNGI ORANG-ORANG YANG DIZALIMI

Thursday, February 18, 2010

gambar sekitar 12-14 Feb 2010 - Program & Ziarah

penunjuk jalan...

penunjuk jalan...

kak fatin,kak yah, makcik Ah, kak wahid


chu ya...


alia, zubaidah, nirwana, habsah, asti

che lah...

sufian...



isteri dan ibu yang suaminya hilang dan syahid...



Nur Kautsar Fatin... ayahnya dipenjara...

dari Deep Peace

masjid jamek kedai lama

Sunday, February 7, 2010

Jikalau memanggil tragedi ini sebagai ‘kesusahan’ ia mungkin tidak salah tetapi bagi tuan guru yang teguh berkata “Ini ialah cubaan dari Allah".

Dalam tempoh lima tahun pergolakan di selatan Thai terdapat lapan orang ustaz di pondok Balor di tembak mati. Siapakah dapat tahu perasaan di dalam lubuk hati seorang tuan guru yang bernama ‘Ahamadruyami Muyu’ dari Pondok Balor, daerah Raman, wilayah Yala. Di hadapan rumahnya ialah puluhan barisan pondok (tempat tinggal) bagi pelajar-pelajar. Kebetulan musim ini adalah musim cuti sekolah jikalau tidak kami akan melihat ‘hamba Allah’ berkeliaran kerana di hadepan ialah bangunan besar dan tinggi itu tempat belajar bagi 900 orang pelajar.

Apa akan terjadi jikalau beliau tidak mampu menjalankan tugas … bagai manakah nasib pelajar-pelajar. Kita sering dengar bahawa di mana ada sekolah pondak di situ juga sekolah kerajaan atau-sekolah sewasta di sekeliling itu akan sunyi sehingga dapat di dengar suara keluhan dari guru-guru.

Pendidikan mengikut Islam ialah satu sunnah Nabi Muhammad (S.A.W.) “Utlubul Ilman Minal Mahdi Ilal lahdi” ialah ‘belajarlah ilmu sejak dalam buaian hingga ke liang lahad (kubur)”…

Selepas pondok Balor menukar status pondok dari sistem pondok kepada sistem sekolah dua aliran iaitu aliran agama dan sekula. Sehingga pelajar mencecah kepada 900 orang tetapi cara tinggal di pondok masih lagi menjaga cara hidup seperti dahulu.



Dengan cara kehidupan yang sederhana samada makan, tempat tidur dalam dangau kayu lama hingga kelihatan reput ia adalah cara hidup pelajar-pelajar pondok Balor yang sudah menjadi sebagai asas sejak tahun 1939 atau 70 tahun dahulu.

Ahamadruyami Muyu ialah anak kepada ‘Haji Doloh Muyu’ seorang tuan guru yang tamat pelajaran dari Makkah, Saudi Arabia sebaya dengan ‘Haji Sulong Bin Abdul Kadir Tokmina’ dan telah membuka sekolah agama bersama dengan ilmu sekula pada tahun 1971 atas nama ‘Sekolah Ma’had Islamiyah’.

“Sebelum ini jumlah pelajar hampir 2,000 orang tetapi sekarang jumlahnya sudah menurun kepada 900 orang”. Tuan guru Ahamad ruyami bercerita tanpa memberitahu alasan kenapah jumlah pelajar berkurangan separuh sedangkan buka mengajar ilmu agama dan sekula.

“Saya mahu kanak-kanak di kawasan ini dapat belajar ilmu dan mempunyai ilmu agama yang sebenarnya”. Anak lelaki mencerita hasrat bapanya.

“Tetapi ayah tidak sempat melihat hasil anak muridnya yang sekian ramai berjaya dalam masyarakat. Kini dapat bekas pelajar pondok berkejayaan dalam hidup seperti menjadi doktor, pegawai daerah, guru-guru dan setengahnya sebagai imam. Kami sangat bangga dengan kejayaan mereka ini”. Beliau bercerita dengan air muka yang ceria dan bahagia.

Tetapi selepas suasana keganasan tercetus di seluruh 3 wilayah selatan Thai pada tahun 2004, guru besar pondok Dalor bercerita bahawa jumlah pelajar makin kurang. Beliau mengakui bahawa ini berpunca dari suasana pergolakan yang berlaku telah memberi kesan buruk kepada pelajar-pelajar yang jauh tidak berani datang belajar di pondoknya lagi.

Tuan guru membayangkan gambaran lama bahawa pondok ini di kunjungi oleh ramai pelajar dari setiap penjuru. Ramai pelajar yang datang dari wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat. Mereka membawa baget baju dan Al-quran menuju kearah sekolah dengan air muka yang ceria dan gembira seumpama melihat jalan menuju kesyurga allah .

Api yang panas telah di bawa rebut sampai ke pondok ini. Pondok di kepong dan di periksa oleh pegawai polis bersama dengan tentera dan pegawai dari divisyen pentadbiran yang lengkap dengan senjata perang menyiasat sekolah atas dasar mencari pelajar pondok yang terbabit dengan gerakan pemisah Patani. Mereka ambil seorang pelajar kelas tinggi untuk memeriksa dan rekod latar belakangnya. Walau ia telah di bebas pada akhirnya tetapi pemergian pegawai pada hari itu telah meninggalkan satu bara api kepad mereka di situ. Selepas dua hari kemudian ‘Doloh Sa-a’, 25 tahun, selaku guru bahagian pentadbiran dan cucu kepada tuan guru, telah di kejar oleh motosikal dan menembak mati di hadapan sekolahnya.


Seorang polis peringkat ketua polis daerah ketika temubual dengan wartawan sambil menambahkan bara api dengan berkata bahawa kematian yang berlaku sebagai satu hasil daripada pemeriksaan polis ke atas pondok yang mengaitkan bahawa si mati ada kaitan dengan membawa polis masuk memeriksa pondok terbabit.


Kemudian selapas itu tidak lama Ust.Abdul Rahman Sama( 60 tahun) seorang ustaz di pondok Balor sekaligus dia juga ahli jawatankuasa majlis Islam wilayah Yala pun mati di tembak dalam keretanya. Kejadian itu membawa kepada perhimpunan tunjuk perasaan besar oleh orang kampong iaitu lebih dari 2,000 orang. Mereka semua menutup muka dan menuntut supaya pegawai kerajaan bertanggungjawap atas kejadian itu. Sebab orang kampong percaya bahawa ini adalah perbuat dari tentera membalas dendam atas kejadian menembak seorang guru mati Siam di wilayah Narathiwat.


Orang yang ketiga…keempat…kelima…keenam…ketujuh…

“Orang kedelapan ialah seorang ustaz dan sekaligus ia juga seorang khatib dari mukim Resok tetapi di tembak mati pada tahun lepas ketika dalam perjalan menuju ke sekolah untuk mengajar. Orang yang menyaksi kejadian mencerita bahawa ini perbuatan tentera sebab berpakaian seragam pakaian tentera”. Tuan guru bercerita dengan air muka yang tenang.

“Sebelum ini ada ramai pelajar dari Pang-Nga, Phuket dan Krabi mereka yakin dengan sistem pengajian pondok di sini tetapi sekarang ini hanya seorang pelajar dari Krabi sahaja”

Tragedi yang sering berlaku ini, bukan hanya di pondok Balor sahaja bahkan di kalangan ahli keluarga si mati dan juga kepada waris-waris mereka semua. Juga kepada anak-anak murid, orang-orang Melayu dan semua orang Islam. Dan sebenarnya ia belum lagi di bersih dan membawa kebenaran kepada pemilik tragedi tersebut itu.




Apabila keganasan kerap berlaku akan membawa perasaan takut. Tuan gur bercerita bahawa semua orang dalam sekolah merasai takut dengan dapat merasai ketakutan dari kanak-kanak melalui perbualan dengan mereka.

“sebagai contoh pada kebelakangan ini apabila pegawai tentera atau polis datang ke pondok pelajar-pelajar akan menyebunyikan diri tidak ingin bertemu dengan pegawai itu adalah tanda ketakutan yang dapat lihat”.

Walau bagaimanapun sekolah tetap buka sebab tanah ini adalah tanah yang di waqaf (tanah untuk kebajikan orang awam) supaya membina bangunan sekolah

“Jikalau kami tutup sekolah, dimanakah pelajar-pelajar akan belajar”. Tuan guru berkata sambil mengeluh dan melanjutkan lagi bahawa beliau tidak mahu minta apa-apa dari kerajaan yang penting jangan gangu kami atau menunjuk perasaan cemburu bahawa pondok adalah sarang pengganas.


“Pegawai selalu memahami bahawa di pondok inilah menjadi tempat menanam keganasan tetapi kami tidak pernah berjumpa dengan pelajar bersikap sedemikian. Saya pernah memberi tahu kepada pegawai dan saya kerap kali dipanggil untuk memberi penjelasan tetapi masih lagi di lihat seperti dengan perasaan curiga seperti dulu”.

Bah bukan hanya pegawai kerajaan sahaja yang melahirkan kerisauan kepada tuan guru tetapi juga kumpulan bawah tanah yang dapat dirasai akan pergerakkan di tengah-tengah suasana ketegangan. Tuan guru merasai bimbang terhadap belia takut akan dirangsang kepada jalan keganasan . Bukan jalan menuju kepada keamanan yang di kurniakan Allah.

“Kami wajib mengajar ajaran agama, mengajar mereka supaya mengambil berat tentang menjaga kanak-kanak daripada perkara yang tidak baik itu” Tuan guru berkata dan tambahnya lagi

“Sekarang lebih baik dari dulu, tembakan sudah berkurangan tetapi secara dalam-dalam saya masih lagi risau dan mahu melihat perkara ini berakhir dengan cepat”.
Selepas perkataan itu kami terdengar suara keluhan panjang dari tuan guru seolah-olah beliau sedang cuba mengeluarkan perkara yang pendam dalam hatinya sekian lama.

Jikalau memanggil tragedi ini sebagai ‘kesusahan’ ia mungkin tidak salah tetapi bagi tuan guru yang teguh dengan ajaran Allah yang maha besar berkata “Ini ialah percubaan dari Allah”.
AllhuAkbar !!! (Allah maha besar)
Sebagai tragedi dalam dunia khusus bagi tuan guru di pondok Balo yang harus mendepani dengannya…..

sumber : suara pattani

Tuesday, February 2, 2010

air mata Pattani

Bismillahirrahmanirrahim...

Malu
Satu pagi dinihari telefon saya dimasuki mesej daripada Akh Amir.

"Malam ini, disaat kita hampir terlelap, fikiran bangsaku terus dijajah, jiwanya mati, fizikalnya lemah, tanahnya dirampas, maruahnya dicabut. Maka mampukah lagi tidurmu lena?Jangan pernah berhenti berfikir, apa patut aku buat untuk masyarakat?Untuk Islam? Kerana tidak berbuat apa-apa itu adalah satu dosa. Daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati berkalang tanah."

Saya tersentak. Rasa hendak tumpah air mata ini.


Entah mengapa fikiran saya melayang ke Pattani. Terkenang dua ahli keluarga Akademi Dakwah '09 dari Pattani yang turut serta. Ismaael dan Kak Roshidah. Arghh! Malunya saya pada mereka.

Ismaael di tengah pernah dibantai oleh tentera Siam sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan. Tubuhnya pernah dicucuh api dan dihumban ke dalam peti sejuk tanpa seurat benang di tubuh. Namun, pada hari program, Ismaeel masih boleh tersenyum. Mati tidak pernah digeruni malah dinanti.


Saya bukan sahaja tidak berbuat apa-apa untuk membantu mereka, bahkan saya tidak pernah ikuti pun pergolakan di sana! Malunya aku!



Berita Yang Tidak Tersiar
Abdul Aziz Ahmad (29) merupakan seorang yang kurang upaya. Jari tangannya tidak ada sejak beliau kecil lagi. Pada hari itu, sebuah tadika yang terletak dibelakang Masjid Darul Takwa sedang mengadakan acara sukan tahunan yang diadakan secara bergilir-gilir dengan tadika-tadika yang lain. Tadika berkenaan penuh dengan orang ramai termasuk pelajar-pelajar, ibubapa, dan guru-guru.

Pada hari itu juga, tanpa alasan yang jelas pihak tentera telah mengepung seluruh kawasan masjid dan juga tadika. Guru-guru sekolah tadika dan sekolah pondok sering menjadi sasaran pihak tentera kerana dituduh sebagai mempengaruhi masyarakat untuk membenci kerajaan dan menganggotai kumpulan pengganas. Pihak tentera telah menyerbu kawasan tadika dan masjid menyebabkan orang ramai yang panik lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Secara tidak sengaja, Abd Aziz yang juga sedang panik pada ketika itu lari ke arah belakang masjid. Sekumpulan tentera yang telah berada dibelakang masjid tersebut berjaya menangkap Abd Aziz. Satu das tembakan kedengaran dari belakang masjid. Abdul Aziz maut ditembak tentera. Ini salah satu peristiwa yang berlaku di Pattani.
Bahkan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang sama berlaku saban hari di sana tanpa pernah kita di negara yang aman sentosa ini ketahui.



Buka MataTragedi Tak Bai tanggal 24 Oktober 2004 yakni pada bulan Ramadhan akhirnya membuka mata masyarakat dunia umumnya dan masyarakat Malaysia khususnya terhadap pergolakan di Selatan Thai. 85 orang telah terbunuh pada hari berkenaan akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar.

Sebelum itu, Tanggal 28 April 2004, lebih dari 100 anggota tentera dan juga polis Thailand menerobos masuk ke Kampung Krisek ( Kre Se ), Pattani. Atas tuduhan melakukan serangan ke atas pos-pos keamanan pihak keselamatan Thai menggunakan senjata tajam, sekitar 106 orang remaja dan pemuda Muslim menjadi sasaran bedilan peluru mereka. Sebahagian dari mereka sempat mencari perlindungan di Masjid Krisek iaitu sebuah masjid tua peninggalan abad ke-17 yang juga dikenal sebagai Masjid Mudzaffar Syah. Letaknya di Kampung Grisek (Krisek), Pattani. Ia adalah salah satu peninggalan Kesultanan Kerajaan Islam Pattani yang masih ada.

Kes terbaru, 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat dibunuh secara kejam pada 1 Jun 2009.

Setelah beberapa bulan berlalu, berita-berita dari Selatan Thai kembali sepi ditelan waktu. Bukan disebabkan pergolakan di sana kian reda tetapi kurangnya pihak-pihak yang mahu tampil membantu menangani isu ini secara serius. Air mata umat Islam di lima wilayah ini tidak pernah kering. Setiap hari, ada sahaja umat Islam yang terkorban baik yang dibunuh secara berhadapan, dibunuh secara diam-diam, hilang diculik dari rumah dan tidak pulang-pulang.


Mengapa Mereka Berjuang?

  • Pertama, Bahasa Melayu tidak dibenarkan menjadi bahasa pengantar disekolah-sekolah sehinggakan nama-nama tempat pun diubah. Contohnya, Menara menjadi Narathiwat, Tebing menjadi Taling Can dan langgar menjadi ruk. Selatan Thailand terdiri dari 5 buah negeri yang besar iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Setun. Majoriti penduduk di wilayah ini adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Secara etnik atau budaya, warga dikelima-lima buah negeri ini lebih dekat kepada Melayu daripada Siam ( Thailand ). Oleh sebab itu mereka lebih selesa berbahasa melayu.
  • Kedua, Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Muslim Pattani tidak dibenarkan diajar disekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Ia bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah sebenar Pattani. Bagi pemerintah, Pattani bukan negeri Melayu, tetapi sebahagian daripada Thailand.
  • Ketiga, Umat Islam dipaksa berbicara bahasa Siam. mereka tidak dibenarkan menggunakan bahasa Melayu.
  • Keempat, nama mereka terpaksa ditukar menjadi nama Siam jika ingin bekerja di pejabat-pejabat kerajaan termasuk di Selatan Thailand sendiri. Nama seperti Ahmad, Yusuf, Abdul Kadir dan yang berunsur Islam dilarang jika ingin bekerja dengan kerajaan.
  • Kelima yakni yang terakhir, Siam bukan sahaja menjajah, tetapi mereka juga berusaha mem'Buddha'kan orang-orang Melayu di Pattani. Di sinilah letaknya titik temu perjuangan masyarakat Pattani dengan umat Islam seluruh dunia.

Virus Tidakpedulisme

Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu, hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian! Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat. Saudara kita di sana sedang berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?

Usaha Kita
Ayuh kita bantu saudara kita.


  • Pertama,sedarkan masyarakat dengan lidah kita. Jadikan pergolakan di Seltan Thai sebagai topik perbincangan. Lebih baik berbincang tentang isu saudara kita ini daripada berbual kosong tidak tentu hala.
  • Kedua, gunakan ketajaman mata pena untuk sebarkan pada masyarakat pergolakan sebenar yang berlaku di Selatan Thai.Misalnya tulis risalah dan edarkan di kampus. Tulis dalam blog untuk tatapan umum. Hakikatnya, hari ini manipulasi media massa membuatkan kita tidak memperolehi kisah sebenar yang berlaku di sana.
  • Ketiga, salurkan sumbangan anda.Untuk sumbangan dana bantuan saudara Islam Selatan Thai sila salurkan atas nama Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) , nombor akaun Bank Islam : 7043011013136.
  • Keempat, buat ceramah dan jemput saudara-saudara kita daripada Pattani untuk berkongsi derita.Untuk pertanyaan lanjut berhubung isu ini serta jemputan ceramah, anda boleh berbuat demikan dengan menghubungi Sekretariat Konflik Selatan Thai, Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Serambi Dakwah, Taman Inderawasih, Perai, Pulau Pinang. Atau hubungi 04 – 3980527.
  • Kelima, berdoa dan solat hajat. Sebagaimana kita berdoa buat saudara-saudara kita di Palestin, begitulah juga kita doakan saudara kita di Pattani.

Kesimpulan

"Sesungguhnya, orang mukmin itu bersaudara,". Di akhirat nanti, kita bakal ditanya apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita di Pattani? Ambillah teladan daripada burung kecil yang mahu membantu memadamkan api tatkala Nabi Ibrahim dibakar Namrud. Ingatlah, tidak berbuat apa-apa itu satu dosa apatah lagi mereka di Pattani adalah saudara kita.

sumber :http://wwwqamarmuneera.blogspot.com/2009/12/mereka-saudara-kita.html

Monday, February 1, 2010

dalam kenangan... As-Syahid Imam Awang Karim



Sudah genap setahun peristiwa Imam Awang Karim ditembak.Pada hari Jumaat, 3 Safar bersamaan 30 Januari 2009, arwah telah ditembak sebanyak empat das iaitu dua das di kepala dan dua das di dada ketika arwah sedang menaiki tangga masjid untuk melaungkan azan solat Jumaat. Penembak telah menembak dari dalam kenderaan tentera dengan hanya menurunkan cermin kenderaannya. Selepas menembak arwah, penembak tersebut telah meluru ke dalam kem tentera.

Arwah turut diberi gelaran As-Syahid memandangkan kisah hidup Imam Awang Karim merupakan episod-episod sebuah perjuangan yang tidak pernah gerun dalam menegakkan kebenaran. Imam Awang Karim merupakan pembela masyarakat Patani yang tidak pernah berputus asa. Arwah begitu gigih dalam menyampaikan kesedaran kepada rakyat Patani yang sentiasa dalam keadaan tertindas. Kegigihan arwah menyebabkan arwah tidak disenangi kerajaan Siam. Arwah pernah ditangkap dan dipenjarakan diatas tuduhan-tuduhan palsu. Namun arwah telah dibebaskan setelah berjaya dibuktikan bahawa arwah tidak bersalah dalam semua pertuduhan yang didakwa terhadap arwah.

Setelah dibebaskan, arwah masih tetap dengan pendiriannya untuk teguh dalam kebenaran. Keluarga arwah menasihati arwah supaya berhenti dalam usaha dakwahnya dan meninggalkan tanah air. Tetapi arwah masih tetap berpegang dengan keyakinannya. Kenderaan tentera telah diletakkan berhampiran rumahnya dengan harapan arwah akan takut dan meninggalkan kampung halamannya. Namun bagi arwah, beliau berada di pihak yang benar, jadi mengapa harus beliau berundur?

Inilah sebuah kisah perjuangan yang harus diteladani oleh generasi pendakwah hari ini. Berjuang bekorban demi cinta kepada Allah. Namun adakah memadai dengan hanya mengkagumi semangat juang arwah? Episod perjuangan arwah telah berakhir tetapi bagaimana pula dengan episod perjuangan kita?