Roadshow di Masjid Kampun Raja, Sungai Petani.
Roadshow di Surau Al-Muttaqim
Lawatan dan jaringan kerjasama AMANI ke Islamic Manufacturing Practice (IMP)
Kepulangan Sahabat2 dari Patani
.
Sebuah NGO Kemanusiaan dan Kebajikan Untuk Rakyat Patani (Selatan Thailand)
Pada 21 Julai 2010, waktu 18:30 di jalan Khok Pho - Ban Prang, Mukim 1, Kampung Bo Thong, seorang lelaki telah ditembak mati. Mangsa yangi dikenali sebagai Mr Abdul Rahman Awea berusia 33 tahun seorang penduduk kampung Bukit Glugo atau Ban Bo Thong, A. Chik Pattani yang bekerja sebagai buruh binaan di kampungnya.
Mangsa telah ditembak dalam jarak dekat semasa menunggang motosikal sekembali dari warung desa. Kejadian ini melibatkan suspek yang melepaskan tembakan dengan senjata M16 yang menaiki truk Mitsubishi TRITON Black yang tidak memiliki nombor pandaftaran. Suspek juga melepaskan tembak ke udara di depan rumah Tuan Abdullah sebelum melarikan diri ke arah jalan utama Pattani - Hat Yai.
Setelah kejadian itu, keluarga dan penduduk tempatan terus pergi ke tempat kejadian di mana pegawai tentera telah menguruskan mayat mangsa untuk dibawa bagi tujuan bedah siasat (autopsy). Walau bagaimanapun ahli keluarga mangsa tidak mengizinkan jenazah untuk tujuan tersebut kerana melewatkan urusan pengkebumian.
Menurut ibu mangsa, mereka telah melihat kenderaan tersebut sudah 2 atau 3 hari kelihatan mundar mandir di kampung tersebut sebelum kejadian tersebut.
Sebelum kejadian, mangsa telah dijemput untuk bertemu dengan Penghulu Kampung (RT). Pihak tentera juga beberapa kali telah pergi ke rumah mangsa tetapi tidak pernah bertemu dengan mangsa kerana mangsa keluar berkerja sebagai buruh binaan dan jarang berada di rumah sepanjang hari.
sumber : Jeritan Rakyat (19hb Ogos 2010)
Kekejaman demi kekejaman berlaku di Wilayah Selatan Thailand (Fathani). Mungkin istilah 'kejam. zalim, tidak perikemanusiaan'ini biasa bagi kita, tapi sampai bila ini akan berlanjutan?! Pada baru-baru ini terjadinya satu pembunuhan kejam terhadap seorang remaja berusia 20 tahun yang bernama Imaduddin Bin Harun. Almarhum berasal di Yalutong Narathiwat yang menetap di Malaysia dan Almarhum juga pernah berkuliah di Indonesia. Jika di lihat pada kejadian pembunuhan ini adalah pembunuhan yang dirancang dan siapa yang merancang itu adalah sudah jelas dan pasti yaotu siam Laknatullah.
Pada hari sabtu 7 Ogos 2010 Almarhum Imaduddun bin Harun telah pergi ke Sungai Golok bersamatemannya. Semasa di Sungai Golok beliau telah diperdaya oleh sekumpulan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota Keselamatan. Kemudian lelaki ini menangkapnya dan membebaskan temannya. Mengikut temannya semasa tangkapan dibuat salah seorang mereka telah menunjukkan isyarat tangan 'tanda sembelih' dan ditunjukkan kepada Almarhum. Ketika kejadian juga pihak yang menahan Almarhum yang dikenali dengan nama Mang Munduk yang berprofesi sebagai Militer penyamaran siam atau Tahank Phran telah menghubungi temannya di Malaysia.
Pada hari Ahad, lebih kurang jam 2 petang, Almarhum telah menghubungi Ayahnya meminta pergi ke Sungai Golok karena ada hal yang penting. Dalam percakapan telefon itu tiba-tiba terputus hubungan dan Ayahnya tidak dapat menghubunginya selepas itu.
Pada petang Ahad juga kawannya memaklumkan kejadian kepada ayahnya. Kawannya telah memaklumkan bahwa semasa tangkapan itu salah seorang dari mereka menunjukkan tangan 'tanda sembelih' ditunjukkan pada almarhum, isyarat ini telah dilihat oleh kawan almarhum.
Semasa percakapan telefon antara Almarhum dan Ayaynya, ayahnya mendengar rayuan suara anaknya seperti ada sesuatu di sebalik ajakan itu dan tahu bahwa almarhum diseksa karena nada suara Almarhum yang lemah. Ayahnya yakin bahwa ada muslihat di sebalik panggilan itu dan tidak dapat berbuat apa-apa karena panggilan sudah terputus dan tidak dapat di hubungi lagi.
Almarhum telah diseksa dengan kejam pada hari sabtu hingga jam 4 petang ahad beliau meninggal. Melalui kesan nyata yang kelihatan dalam gambar pada badan mangsa terlihat kesan melecur akibat ditusuk dengan besi panas, disembelih pada lehir depan dan belakang, ditikam sebanyak 4 tikaman, dan di kelar pada badan dengan pisau. Mayat ditemui oleh seorang pemuda yang ke kebun untuk mengambil petai lalu beliau terdengar suara minta tolong tetapi beliau pergi melihat keesokan harinya karena tidak berani. menurut pemuda itu, tempat itu sering menjadi tempat pembuangan mayat yang diseksa oleh siam.
Membicarakan penindasan yang dialami oleh kaum Muslimin, kita selalu mengingat negeri-negeri yang jauh. Seperti bangsa Palestina, atau
Muslim Patani, lebih dari 200 tahun mengalami penindasan. Tanah mereka direbut oleh penjajah Siam, dan kini mereka hidup penuh konflik di wilayah selatan Thailand. Tak boleh menggunakan nama Islam, bahasa Melayu pun dilarang. Mereka dicabut dari akar budayanya dan dijauhkan dari agamanya. Mengalami pembunuhan, diancam dengan penculikan, dibatasi semua hak manusianya. Tapi tak banyak yang berbuat dan membantu mereka.
Buku ini bisa jadi buku pertama yang terbit di Indonesia, mengupas perjuangan Muslim Patani mewujudkan perdamaian dan kehidupan yang berdaulat atas nasibnya sendiri. Meski kecil, buku ini cukup berhasil menggambarkan betapa pedih penderitaan yang yang dialami kaum Muslimin di Patani.
Perjuangan Muslim PataniAntara sejarah penindasan dan cita-cita perdamaian di Patani Darussalam
Karya: Herry Nurdi
Tebal: 186
Penerbit: Sabili Publishing