Tuesday, November 26, 2013

Sumbangan Untuk Anak Yatim Di Hujung Selatan

Dalam usaha mencari sumber kewangan bagi membantu anak yatim yang sengsara akibat konflik yang belum nampak garis penamat NGO Deep Peace telah meletakan tabung di gerai makan Tom Yam.

Setakat ini tabung ini terdapat di Kedah,Melaka dan Johor. Menurut salah anggota Deep Peace, Cik Huda sambutan yang diberikan amatlah memuaskan.

Ketika ditanya bagaimana dengan kedudukan negeri lain di Malaysia. Menurut beliau tabung ini mendapat bantuan dan kerjasama Persatuan Tom Yam yang wujud di negeri tersebut.

"Negeri-negeri yang belum menubuhkan persatuan, kami belum letak tabung ini." jelas Cik Huda

Pihak Deep Peace sedang bangunan dua tingkat di Kampung Balo,daerah Palas, wilayah Patani.Tingkat pertama dijangka siap pada bulan Mei tahun 2014.


Gambar di kanan Cik Huda dan rakannya.


Sehingga kini Deep Peace mempunyai pejabat sementaranya di Jala,Patani Darussalam.








Oleh Hay Bin Yazan

Wednesday, November 13, 2013

Melebarkan Rangkaian Mengerat Ukhuwah

Ketika Aman Patani hendak mengadakan qurban pada Hari Raya Aidil Adha kami meminta bantuan daripada rakan-rakan warga Ujung Selatan.

Keadaan menjadi mudah bila teringat badan-badan NGO seperti 'Bunga Raya',DeepPeace dan 'HAP'. 

Kami meminta mencari kawasan yang sesuai untuk mengadakan korban. Dengan Hasan Tolla dan Kak Ti serta DeepPeace tidak susah untuk mengadakan korban. Yang pentingnya ada rangkaian. Kami di Malaysia tentulah tidak arif lobang dan lubuknya. 

Pihak kami (Aman Patani dan Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan) begitu terharu dengan sambutan yang diberikan. Ustaz Kamaruddin  atau lebih dikenali dengan nama  Ustaz Din melakukan sembelihan.

Menurut 'Puan' Afifa dari Aman Patani Malaysia, "saya begitu selesa sekali berada di sini. Mereka membahasakan diri mereka sebagai 'ibu'( yang perempuan, di Malaysia sebagai 'Mak Cik"). Masakannya begitu sedap dan lazat," jelas anak gadis lulusan dalam bidang komunikasi Universiti Sains Malaysia. 

Setiusaha Aman Patani, Encik Saiful Affendi begitu gembira sekali dengan kejayaan Aman Patani mengadakan korban di Ujung Selatan walaupun beliau tidak dapat hadir. Menurut beliau acara korban akan dijadikan acara tahunan dalam program Aman Patani.

Tuesday, October 22, 2013

Masjid Nurulhuda Kampung Sato Dibina Daripada Rangkuman Keringat dan Tenaga

Pembinaan Masjid Nurulhuda Kampung Sato, Selur,Bukit Jerai, Jabat Menara belum selesai. Kos pembinaan masjid ini dianggarkan sebanyak 3500,000 bath.

Setakat ini sebanyak 1200,000 bath dibelanjakan. Masjid belum siap sepenuhnya. Tapi kariah kampung sudah mula menggunakannya untuk solat waktu dan Jumaat.

Masjid ini dibinaan hasil rangkuman titik peluh dan tenaga anak kampung. Mereka membina masjid ini mengikut kewangan yang ada. Mereka tidak pernah mengharapkan bantuan daripada pemerintah(dibaca penjajah Siam) untuk membantu mereka. Daripada hasil anak kariah yang menyumbang mereka membangunkan rumah ibadat ini.

Alatan saperti sejadah,tikar dan permaidani belum mencukupi.Dinding belum dikemaskini.Cat belum selesai. Mereka menanti dana yang cukup untuk melakukan ini semua. Pun begitu solat jumaah tetap ditunaikan setiap waktu.

Sudi-sudilah anda menyumbang untuk keperluan masjid ini.

Di sebelah masjid ini ada kubur. Di sinilah bersemadinya 12 orang syuhada yang gugur mempertahan maruah Islam dibumi yang dijajah oleh Siam

Monday, October 21, 2013

Semalam Di Kampung Purong,

Sambutan Aidil Adha cukup menarik sekali di Patani Darussalam. Dengan bantuan dan kerjasama HAP kami dibawa ke Kampung Purong,daerah Muaeng,wilayah Jala. 

Acara bermula selepas solat isyak. Sebuah pentas dibuat khas untuk acara dan persembahan pada malam itu. 

Sopan santun,adat dan budaya Melayu Islam dijaga. Penonton membawa tikar yang kemudiannya dilampar ke atas. Kaum wanita dan kanak-kanak duduk di hadapan pentas. Lelaki berada di pinggiran pentas. Di tepi ada gerai makanan. 

Malam itu kami dihidangkan dengan bacaan sajak,nasyid yang cukup merdu tanpa iringan muzik,berbalas pantun,syarahan dan sebagai.

Malam itu,malam terpaksa bertengkar dengan lampu-lampu. Malam terpaksa meminggirkan diri sampai hampir subuh untuk memberi laluan lampu-lampu yang terang benderang. 

Cabutan bertuah memeriahkan lagi suasa malam itu.Kesunyian terpaksa mengundurkan diri pada malam itu.Acara diteruskan. Malam semakin merangkak tua.Lampu masih terang benderang.Manusia di sini belum lena. Laungan azan subuh mematikan semua acara dan persembahan. Semua sujud kepada Yang Maha Kuasa.

Saturday, October 19, 2013

Sambutan Hari Raya Korban DI Kampung Sator

Pagi itu cuaca cukup lembut di Kampung  Sator.Kampung ini kaya dengan pohon getah. Penduduknya hampir 99 peratus orang Melayu Patani Islam. Baki orang Siam yang berugama Buddha. Menurut 'Acan' Abdul Qadir penduduk Siam yang tinggal di kampung semuanya selamat. Mereka tidak pernah diganggu oleh orang Melayu di sini. 

Bumi di Kampung Sator berasa cukup bertuah kerana di sinilah bersemadinya 12 orang para syuhada. Mereka gugur kerana bertempur dengan tentera penjajah mereka dan ditembak begitu sahaja oleh tentera Siam. 

Pihak Aman Patani(Malaysia),Persatuan Ulama' Wilayah Persektuan, Pertubuhan Bunga Raya( Thailand) NGO Deep Peace dan orang kampung turut bersama berganding bahu menjayakan korban di sini. Di kampung ini 2 ekor lembu telah dikorban. Ianya disembelih orang Ustaz Kamaruddin Kassim. 

Lembu disembelih.
Lembu dilapah.
Dagingnya dipotong-potong.
Dibasuh bersih-bersih.
Dimasak,dihidang buat sebagai jamuan mereka yang hadir. 


Malamnya Ustaz Kamaruddin(Malaysia) menyampaikan ceramah ringkasnya. 


Friday, October 18, 2013

Program Qurban di Kampung Pupur.

Kampung Pupur jauh di pedalaman. Terletak di wilayah Menara(Narathiwat) mukim Jabat(Resak). Di sini ada sebuah masjid. Penduduknya semua orang Melayu. Di sini juga ada kedai runcit milik Hj Lazir seorang sukarelawan kesihatan.

Kampung ini buminya tersimpan tubuh yang gugur syahid menentang penjajah Siam.


Di kampung kami mengorbankan seekor lembu. Mereka menerima kedatangan sebagai saudara seaqidah. Mereka menghulurkan tangan dalam kerja-kerja korban ini.

Malah dua orang pelajar yang berasal dari benua Afrika turut serta dalam program korban di Hujung Selatan.

Saudara Abdul Razak yangberasal dari Uganda begitu gembira membantu kerja-kerja melapah lembu korban ini.

Kerja mengagih daging lembu korban diserahkan sepenuhnya kepada penduduk Kampung Pupur. Tukang sembelih lembu dilakukan oleh Ustaz Kamaruddin Kassim dari Persatuan Ulama' Wilayah Persekutuan.







Kami juga turut berasa gembira dengan kedatangan sahabat dan tenaga pengajar Maahad Misbah El-Ulum, Ranget,Menara, Ustaz Abdul Wahab. Beliau boleh berbahasa Arab dan Perancis dengan cukup baik.









Anak As-Syahid

Sewaktu kami mengadakan program qurban di Hujung Selatan sempat bersua dan melihat anak kecil As-Syahid Mubaraq yang bernama Syahidin.

Anak ini berkulit kuning langsat,bersongkok hitam dan memakai baju Melayu. Ketika as-syahid Mubaraq meninggal dunia, anak kecil belum lahir ke dunia lagi. Masih dalam kandungan ibu.

Syahidin tidak sempat bersua muka dengan lelaki yang bernama Ayah. Ayahnya telah pergi dahulu dalam usaha membebaskan ibu pertiwi di bawah penjajahan Siam.

Ibunya menjalankan perniagaan kecil untuk meneruskan hidup tanpa seorang lelaki yang bernama suami.

Monday, October 14, 2013

Salam Aidil Adha

Terima kasih semua yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada AMAN PATANI terutamanya Hj Muhd Long, Johor.

Beliau berasal dari Negara Patani Darussalam.