Friday, June 25, 2010

SUKARELAWAN AMANI PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG (PUMPP)

saya bersama presiden HAP chuya di pejabat HAP Yala

Siti Munirah dan Siti Asiah di pejabat HAP Yala .. mereka berdua
sedang menjamah selera pagi ... macam orang sedang kelaparan

depan pejabat HAP Yala

Siti Asiah (Student Perubatan) bersama anak yatim depan rumah Nurhayati

Us Kamaruddin depan rumah keluarga Nurhayati Kg Chelung

dalam rumah Nurhayati - bersama keluarga mangsa

ziarah keluarga Nurhayati Husin (AJK Perhubungan HAP) di Kg Chelung,
Bannagsta (abang Nurhayati mati dibunuh)

hantar bantuan kemanusiaan di Kg Chelung, Bannangseta, Yala

sukarelawan AMANI, HAP & Deep Peace di hadapan pejabat HAP Yala

dalam pejabat HAP di Yala

depan masjid Raudhatul Jannah Yala

depan stesen bas Hatnyai Songkhla


YALA - Alhamdulillah, rombongan sukarelawan AMANI selamat sampai ke Yala petang tanggal 25 Jun 2010. Lima orang muslimat dan seorang muslim. Mulai petang hari ini juga kami akan turun kampung untuk menziarahi keluarga Hayati. Abang Hayati telah mati kena tembak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa sedang menunggang motosikal. Beliau mati dengan meninggal 2 orang isteri dan 9 orang anak yatim.

Tuesday, June 22, 2010

KEMALANGAN JALAN RAYA 2 ORANG SUKARELAWAN AMANI DI SEBERANG JAYA PULAU PINANG

PULAU PINANG - 23 Jun 2010 : Dua orang sukarelawan AMANI PUMPP, Saudara Saiful Afindi dan Saudara Zaidi telah terbabas ketika menunggang motosikal di kawasan bulatan jalan di Seberang Jaya Pulau Pinag. Ketika Saiful sedang menunggang motosikal, tiba-tiba sebuah kereta menghimpit mereka dan menyebabkan terbabas jam lebih kurang 10.40 pagi tanggal 23/06/2010. Buat masa ini mereka berdua sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya. Zaidi dalam keadaan luka-luka dan Saiful di bawa dengan kerusi roda kerana tak dapat berjalan. Sahabat-sahabat dari AMANI mendoakan keselamat dan cepat sembuh. Semoga anda diberikan kekuatan sabar dan menerima taqdir Allah dengan penuh kerelaanNya.

KES LONTARAN BOM KE MASJID KAMPUNG TEBING TELUBAN (SAIBURI) PATANI

KECEDERAAN ANAK-ANAK YANG TIDAK BERDOSA

KESAN TAPAK KASUT LELAKI YANG MENAIKI MOTOSIKAL
SEMASA MELONTAR BOM KE MASJID - BOLEH KITA NILAI
SIAPA YANG SERING MEMAKAI KASUT INI



PRESIDEN DEEP PEACE (HUDA) SEDANG MELAWAT
KANAK-KANAK YANG CEDERA DI HOSPITAL








Monday, June 21, 2010

Situasi Sahabat-Sahabat HAP di Yala


Saya cuba menghubungi Chuya melalui telefon di Yala berulangkali, tetapi gagal. Saya cuba call Che' Lah di Patani, alhamdulillah dapat dihubungi untuk mendapatkan kabar berita kes penangkapan 6 orang pelajar Kuliyah Syeikh Daud Fathoni dan Chuya Presiden HAP di rumah sewa pelajar di Jalan Sirorot Rd., Yala. Maklumat yang diterima, mereka semua selamat dibebaskan oleh pihak tentera selepas ditahan dalam kem tentera selama 4 jam. Tiada sebarang tuduhan yang dibuat dan sudah menjadi asam garam pelajar Pondok Haji Harun yang sering dituduh oleh musuh Islam sebagai pengganas walaupun sehingga hari ini gangal dibuktikan. Dalam Islam tidak pernah diajar untuk mengwujudkan pengganas dan dilatih memusuhi sesamsa bangsa dan agama. Islam mengajar ummat manusia hidup dalam keamanan, kesehteraan, kemanusiaan dan menjaga hak orang lain. Sesuai dengan sebutan Islam yang bererti kesejahteraan dunia dan akhirat. Kami sukarelawan AMANI mendoakan kalian di sana selamat dan sentiasa diberikan oleh Allah dalam kemanisan iman.

Aktivis Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP) ditangkap

YALA - Semalam 21 Jun 2010, seorang aktivis Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP) telah ditangkap bersama 6 orang pelajar. Mereka telah ditangkap pada pukul 12 tengah hari untuk disoal siasat. Mereka telah dibawa ke kem askar di Yala. Pada pukul 3 petang, kesemua yang ditangkap telah dibebaskan.

Sunday, June 20, 2010

Letupan bom di Masjid Kampung Ta'bin

SAIBURI - Satu kejadian letupan bom berlaku di Masjid Kampung Ta'bin Mukim 1, Saiburi pada 19 Jun 2010. Kejadian ini menyebabkan dua orang kanak-kanak dan seorang lelaki cedera parah. Menurut saksi, kejadian berlaku selepas solat Isyak apabila dua orang lelaki telah lalu di hadapan masjid dan melontarkan bom tersebut. Dua orang lelaki tersebut berseluar pendek dan tidak dikenali oleh orang kampung.

Sumber Maklumat : HAK ASASI PERIKEMANUSIAAN (HAP)

Sukarelawan Diperlukan : Team Penulisan AMANI


AMANI sedang dalam proses menghasilkan buku bersiri kompilasi kes-kes di Patani.
Buku ini merupakan salah satu cara untuk menyampaikan maklumat kepada umum berkenaan kes-kes yang berlaku memandangkan isu ini tidak mendapat liputan luas di luar bumi Patani.

AMANI ingin menubuhkan Team Penulisan yang akan mengumpul dan menyusun data-data yang diperolehi untuk menghasilkan buku tersebut.

Kepada mereka yang sudi berganding bahu sebagai sukarelawan Team Penulisan boleh menghubungi urusetia sukarelawan di 019-4737645.

Gerak kerja akan bermula pada 25 Jun ini. Jadi kepada yang berminat, boleh segera mendaftar..

Thursday, June 17, 2010

Kelebihan Anak Yatim


Wahai sekalian hamba Allah,

Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah mudah-mudahan kita beroleh kejayaan.

Sidang Jumaat Yang dihormati,

Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sesuai di semua zaman dan semua keadaan. Islam juga sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Keseragaman dan keserasian ini adalah adalah bermula dengan cara hidup yang mempunyai perasaan kasih sayang dan hormat menghormati dengan Syariat Islam yang dibawa oleh junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang diberikan oleh Allah kemewahan dan kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan ibu atau bapa atau keduanya sebelum mencapai umur baligh.

Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan mereka sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis :

خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ

Ertinya :

Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.

Hadis tersebut menjelaskan kepada umatnya bahawa sebaik-baik rumah yang terdapat anak yatim dipelihara dan dididik dengan diberi kasih sayang serta perhatian, diasuh dan dihormati dan melahirkan sifat kesempurnaan di dalam dirinya. Sementara rumah dan keluarga yang dipandang hina di sisi Allah ialah rumah dan keluarga yang mengabaikan dan mendera anak yatim. Perkara ini adalah perlu diambil perhatian agar hidup mereka tidak terbiar seterusnya dirundung malang. Inisatif yang baik dan ikhlas perlu diambil perhatian oleh golongan-golongan yang diberi kelebihan dan kemewahan oleh Allah. Kita hendaklah menyalurkan bantuan ke tempat yang benar dan InsyaAllah diberi balasan yang setimpal kelak. Mimbar Jumaat hari ini mengajak tuan-tuan agar bantuan disalurkan melalui badan-badan yang didaftar lagi sah.


Sidang Jumaat Yang Berbahagia ,

Sekali lagi diingatkan kepada masyarakat Islam agar tidak menggunakan harta anak yatim bagi kepentingan individu atau kepentingan orang lain kerana ini termasuk dalam dosa besar. Rasulullah S.A.W sendiri telah diperlihatkan di dalam perjalanan Israk dan Mikraj . Sejarah Rasulullah S.A.W juga adalah dilahirkan di dalam keadaan yatim di besarkan pula dalam keadaan yatim piatu yang menghadapi pahit maung telah dirasai sendiri oleh baginda. Firman Allah dalam surah al-Dhuha ayat 1 –11 :

Ertinya :

Demi waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi , (bahawa) tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkan mu, dan ia tidak benci (kepadamu sebagaimana yang dituduh oleh orang kaum musyrik) dan sesungguhnya! tuhan mu akan memberi kepada mu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat ) sehingga engkau redha dan berpuas hati. bukankah ia mendapati engkau yatim piatu, lalu memberikan perlindungan ? Dan didapatinya engkau tercari-cari (jalan yang benar), lalu ia memberikan pertunjuk (dengan wahyu al-Quran), dan di dapati engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan ? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, adapun orang yang meminta ( bantuan pimpinan ) maka janganlah engkau tengking herdik, adapun nikmat tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran.

Pengajaran ayat tersebut bahawa baginda Rasulullah S.A.W di besarkan di dalam pengawalan dan asuhan Allah sehingga menjadi pemimpin negara dan dunia yang di contohi, dengan itu sudah sampai waktunya masyarakat Islam mengorak langkah memberikan sedikit waktu, tenaga serta bantuan kepada anak-anak yatim khususnya melalui pendidikan dan memberikan pendedahan yang secukupnya terhadap golongan kecil yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, dengan ini mereka mendapat tempat dilubuk hati masyarakat Islam, mendapat secebis kasih sayang kerana anak-anak yatim adalah kekasih Allah seperti juga baginda Nabi Muhammad S.A.W .

وَءَاتُوا الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا

petikan khutbah jumaat yang diambil dari Sepiaail


Nota :Sumbangan Dana Anak Yatim AMANI

Pada masa kini, anak-anak yatim di Pattani menerima sumbangan dari AFAT sebanyak RM30 seorang untuk sebulan. Di Pattani terdapat dalam 4000 orang anak yatim. AMANI berharap masyarakat di Malaysia khususnya, dapat membantu kami mengumpulkan RM15000 hingga RM20000 untuk dana anak yatim dalam tahun ini,2010.

Untuk sumbangan dana, sila salurkan atas nama :
Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
nombor akaun Bank Islam : 7043011013136.
(sila maklumkan jumlah sumbangan kepada HOTLINE AMANI 019-4131472 selepas kemasukan sumbangan kerana akaun tersebut adalah akaun rasmi PUMPP yang turut digunakan untuk badan-badan lain di bawah PUMPP)

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)