Misi ziarah kami ke Pattani untuk beberapa kali bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam usaha untuk turut sama meringankan beban dan membantu saudara Muslim kita di sana. Dalam usaha ziarah kami ke pondok-pondok terbesar di Selatan Thailand telah mengetemukan kami dengan beberapa mudir dan babaya pondok. Hasil perbincangan kami dengan mudir dan babaya pondok tersebut, mereka banyak menyatakan kebimbangan mereka terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang semakin luntur dan penguasaan Bahasa Inggeris yang sangat lemah dalam kalangan pelajar pondok malah termasuk guru-guru sendiri akibat pengaruh Bahasa Thai yang tinggi dalam masyarakat Melayu di Pattani.Perlu difahamkan seratus peratus pelajar sekolah pondok ini adalah Melayu Muslim. Perlu dijelaskan juga bahawa Melayu di sana sangat sinonim dan amat berkaitan dengan Islam itu sendiri. Oleh sebab itu, hasil perbincangan kami bersama pihak pondok tersebut untuk mengadakan satu bengkel untuk mengembalikan minat serta kesungguhan pelajar pondok ini untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mereka dan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa.
*******************************************************************
sedikit catatan (MESTI BACA) :
sekolah pondok haji Harun ini merupakan sebuah sekolah aliran agama dan akademik.. sekolah ini terletak di Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala.
sesi pagi fokus akademik manakala sesi petang fokus agama. terdapat empat kuliah iaitu kuliyah bahasa arab, syariah, tarbiyah dan usuluddin.
jumlah pelajar kuliah ini adalah lebih kurang 600 orang. di sini juga terdapat sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6. sekolah ini mempunyai lebih 500 orang guru. sebelum ini sekolah ini pernah mempunyai lebih kurang 8000 orang pelajar. kini pelajarnya cuma 5500 berikutan pergolakan yang berlaku di selatan thai.
SUKARELAWAN GURU DIPERLUKAN SEGERA Kami memerlukan seramai 10 orang untuk menjadi sukarelawan sebagai fasilitator untuk bengkel bahasa pelajar pondok.. tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat...
Nama sekolah :
Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Sekolah Pondok Haji Harun)
Tempat : Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala
Tarikh :
27/5/2010 hingga 29/5/2010
Kemudahan :
penginapan dan makan minum insyallah akan disediakan seadanya
Anda berminat?
jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh beri
nama penuh:................................. num tel:................................. email:..................................
umur:.......................................... bidang khusus (bagi yang masih menuntut):................................... institusi pengajian (bagi yang masih menuntut):...................................
emailkan kepada email AMANI - amanpattani@yahoo.com
atau boleh hubungi Hotline AMANI- 0194131472
Anda ingin menyumbang???
Untuk bantuan sumbangan kewangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.
kami memerlukan dana untuk membantu menyediakan:
1)penyelenggaraan program dan bengkel pendidikan anak-anak konflik Selatan Thai
2)menyediakan kemudahan pendidikan kepada mangsa konflik Selatan Thai.
sumbangan juga boleh disalurkan dalam bentuk material ke alamat:
Aman Pattani(AMANI), d/a Serambi Dakwah, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, 13400 Butterworth, Pulau Pinang
moga Allah mengetuk pintu hati kita untuk sama-sama berjuang susah senang bersama.... amin..
Rakaman temubual bersama encik Fauzee ya’tok, 39 tahun, penghulu kampung bortong daerah thanto wilayah jala. Menurut encik Fauzee, peristiwa ini berlaku pada 10 haribulan februari 2010, kira-kira jam 8pagi.
Pada pagi tersebut, saya memandu kereta bersama dua orang pembantu dan seorang kawan saya menuju ke Bandar untuk menyelesaikan urusan di wilayah jala. Kami berhanti minum sarapan pagi di pasar raya thanto sebelum ke Bandar jala, ketika sedang memandu kereta, saya perhatikan ada sebuah kereta pikap izusu d-max empat pintu dan kereta tersebut terus mengikut kami dari belakang dengan laju.
Saya singgah di bank krung thai, bannangseta untuk mengeluarkan wang, kira-kira 30 minit selepas itu, sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Jala. Kenderaan yang sama mengikut kereta saya dalam jarak yang dekat. Saya cuba memperlahankan kereta untuk memberi peluang kenderaan tersebut memintas. Tetapi kenderaan tersebut tetap mengekori saya dalam jarak yang sangat dekat. Saya terus memandu kereta tiba di kampong tanah putih, ketika inilah kenderaan tersebut mula melepaskan das tembakan kearah saya dan terkena leher saya, saya menundukkan kepala ke setering dan berlanggar dengan kenderaan tersebut menyebabkan kenderaan tersebut terbabas dan terlanggar pokok. Tiba-tiba ada sebuah kereta askar sukarelawan thai, askar tersebut menumbuk orang yang mahu menembak saya tetapi seorang darinya berjaya melarikan diri. Sekarang ini saya menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital wilayah jala.
Pihak kerajaan sanggup membantu dengan keadilan, dimana sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan. Pihak tentera yang menemdak saya itu adalah tentera yang bertanggungjawab di kawasan tempatan di kem 16 tentera diraja, dan seingat saya, sebelum peristiwa itu berlaku, tentera tersebut ada datang ke rumah saya untuk meminta pemuda dalam kampung ini menjalani krusus rancangan jalanan baru di daerah betong, tetapi pada hari tersebut saya ada urusan penting yang perlu diselesaikan, lalu menolak untuk berbincang tentang perkara tersebut.
Pada pemikiran saya pihak tentera tersebut mungkin mengumpan saya pergi ke betong untuk menembak saya disitu, saya meminta keadilan diri dan rakyat semua dan bersimpati terhadap rakyat selama mana tidak menggunakan undang-undang keadilan terhadap rakyat, selama itulah kedamaian rakyat tidak akan dapat diperjuangkan.
Memohon pihak kerajaan melantik pertubuhan bukan kerajaan untuk menyiasat pembunuhan di Selatan Thailand bagi menegakkan keadilan.
Hal ini berikutan, kes pembunuhan Tok Imam Abdul Karim Yusof, berumur 42 tahun pada hari Jumaat, 30 Januari 2009 di perkarangan masjid yang bertempat di Kayi Teluban Daerah Saiburi Wilayah Pattani pada waktu siang ketika mangsa dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Mengimbas kembali peristiwa sebelum ini, di mana Tok Imam Abdul Karim Yusof dibebaskan dari penjara pada 30 Oktober 2008 setelah ditangkap oleh pihak askar thai. Mahkamah wilayah Pattani mengambil masa selama 3 bulan untuk memutuskan bahawa Tok Imam Abdul Karim Yusof bebas dari tuduhan memiliki senjata perang. Siasatan kes ini keseluruhannya mengambil masa selama 1 tahun setelah Tok Imam Abdul Karim dipenjara tanpa diberi kebenaran untuk diikat jamin.
Peristiwa pembunuhan Ahli Pendakwah Islam dalam kawasan 3 Wilayah Selatan thai berlaku secara berterusan. Terdapat banyak kes yang berlaku adalah daripada perbuatan kejam dari pihak pengganas yang mengunakan senjata musuh tanpa gentar terhadap hukuman negara. Askar-askar thai pula mengesyaki bahawa Ahli Pendakwah Islam berhubungan dengan penganas termasuk mereka yang telah dibebaskan oleh mahkamah seperti Tok Imam Abdul Karim Yusof. Manakala, rakyat pula membuat andaian bahawa serangan yang dibuat mengunakan senjata musuh itu dilakukan oleh askar thai. Pada masa yang sama, pihak kerajaan menafikan telah membunuh Tok Imam Abdul Karim Yusof dan memberi alasan Tok Imam tersebut mati akibat dibunuh untuk menutup rahsia pihak pengganas. Kekeliruan yang berlaku gagal pertemukan jalan penyelesaian dan masih menjadi punca perpecahan yang akhirnya menjadi syarat untuk menyerang pihak kerajaan.
Menurut statistik, terlalu banyak kes pembunuhan yang berlaku setiap hari yang dilaporkan kepada Jabatan Deep South Watch. Angka statistik menunjukkan di antara bulan Januari 2007 hingga Desember 2008 peristiwa keganasan yang telah berlaku adalah sebanyak 1837 kes, yang merekodkan mangsa yang cedera iaitu seramai 3933 orang dan mangsa yang terkorban seramai 976 orang. Mengikut laporan tersebut, terdapat 16 orang dibunuh dengan pistol panjang, 39 orang dengan jenis pistol pendek, 53 orang dan 745 orang dibunuh dengan senjata yang gagal dikenalpasti. Sehingga kini, pihak kerajaan masih belum dapat menyiasat jenis peluru dan sarung pistol yang digunakan dalam kes pembunuhan tersebut. Selain itu, proses bedah siasat terhadap kesemua mayat tersebut kurang berkualti kerana gagal mengenalpasti jenis pistol yang digunakan, cara penembakkan dan jenis-jenis luka yang mampu dijadikan bahan bukti dalam menjejaki pengganas sebenar.
Mangsa yang telah dibunuh terdiri daripada askar, dan polis yang ditugaskan dalam 3 kawasan Wilayah Selatan Thailand. Selain itu, mangsa lain termasuklah pendakwah Islam, Wakil Rakyat, kaki tangan kerajaan, suspek yang disyaki pengganas atau mereka yang menghadiri kursus kerajaan, dan mereka yang dibebaskan oleh mahkamah dari tuduhan pengganas. Rentetan peristiwa ini,banyak pihak percaya bahawa pembunuhan tersebut dilakukan oleh askar-askar di bawah jabatan pertahanan dengan cara membunuh di luar kawalan mahkamah (Extra-judicial Killing).
Pihak Cross Cutural Foundation turut mempersetujui bahawa pembunuhan yang berlaku setiap hari memberi gambaran bahawa jalan penyelesaian yang sedia ada tidak berjaya memberi sebarang impak positif. Oleh itu, berikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan untuk perhatian pihak kerajaan;
1) cadangan kepada pihak kerajaan untuk melantik satu pertubuhan bebas bagi menyiasat, dan mengkaji pengubalan polisi untuk menganalpasti penindasan pengganas supaya dapat mengebalikan kepercayaan rakyat. Pihak organisasi kemanusiaan dalam dan luar negara mempercayai bahawa proses penyiasatan yang adil dapat dijadikan sebagai langkah menuju keamanan dalam erti kata yang sebenar. Melalui penyiasatan yang adil ini, semua pihak termasuk kakitangan kerajaan harus diadili secara sama rata.
2)Pihak kerajaan ditugas untuk melindungi hak asasi manusia. Oleh itu pihak dari Ibu Pejabat Polis perlu melaporkan tentang siasatan yang dijalankan terhadap rakyat supaya rakyat lebih jelas mengenai kes yang sedang dijalankan. Hal ini kerana siasatan yang dijalankan akan lebih rapi dan telus, malah pihak kerajaan ataupun pihak yang berkenaan dapat mengetahui maklumat mengenai hal tersebut.
3)Cadangan kepada kementerian keadilan sepaya memulakan revolusi dalam kawasan 3 wilayah Selatan Thailand untuk mengurangkan ketidakadilan yang akan berlaku. Perkara tersebut adalah salah satu cara untuk menghalang penganas yang sebenar bebas dari hukuman. Contohnya proses soal siasat kepada polis oleh kementerian keadilan yang ditugaskan untuk menyiasat kes-kes yang telah berlaku. Selain itu, ia dapat mengalakkan pendakwa raya supaya bertugas dengan semperna, mangalakkan bukti bedah siasat yang lebih bermutu yang dapat meyakinkan rakyat dan orang awam. Di samping itu juga, ia dapat memberi kesan supaya penyiasatan dapat berjalan dengan rapi dan telus dan dapat memberi keadilan kepada semua pihak.
4)Mengalakkan rakyat lebih memahami undang-undang terutamanya akta 150 yang merangkumi siasatan kematian, pengesahan kematian dan bedah siasat mayat mengikut agama masing-masing. Dengan itu, proses untuk menegakkan keadilan lebih berkualiti dan dapat menambahkan kepercayaan rakyat.