Wednesday, August 5, 2015

Ramadhan Cinta Syuhada' : Kisah Keempat

Kampung Nasa - Lubok Jerai - Mayor - Pattani

Mohd Sobri bin Ismail, 30 tahun syahid apabila diserbu oleh tentera siam pada Januari 2015 di salah sebuah pondok di Pattani. Serbuan dibuat setelah pihak tentera mengsyaki  adanya pejuang berlindung di pondok berkenaa. Kepungan dari jam 12 tengahmalam dan berakhir jam 8 pagi menyebabkan 3 syahid dan 2 lagi ditangkap.

Mak kepada Mohd Sobri, Isteri dan Anak, Naif, 2 tahun dan Muhammad Amin 2 bulan
Mohd Sobri meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak. Lebih menyedihkan, anak keduanya tidak sempat melihat rupa seorang ayah. Hanya foto menjadi pengganti.

Mohd Sobri Ismail
Video Penggebumian  Pejuang Yang Syahid - Sumber FB : VOICE OF PATANI


“SILA KONGSI ARTIKEL INI ATAS NAMA KEADILAN BUAT RAKYAT PATANI. MOHON SEMUA DOAKAN PERLINDUNGAN KEPADA SAUDARA SEISLAM DI PATANI”

Tuesday, August 4, 2015

Menagih Ilmu di Bangunan Perosok

Catatan Jaulah Fathoni: Ramadhan Cinta Syuhada'

Manakan sama dengan Malaysia.....


Bangunan apakah ini?

Langsung sama sekali tidak sama denagn Malaysia. Jika di sini, Malaysia, simen disapu rata, cat berwarna warni menjamu mata. Meja dan kerusi pelbagai saiz, warna, bentuk, hiasan cantik menghiasinya. Taman permainan pula tidak kurang besarnya. Manakan sama dengan Patani.

Kanak-kanak di Malaysia bercuti pada hujung minggu, tetapi tidak mereka,



Hujung minggu, anak-anak tiada rehat.




Namun, kekentalan anak-anak Islam di sini mengagumi kami. Biarpun dalam serba kekurangan, meja berkongsi, bahkan kerusi penuh dengan punggung-punggung rakan lain, tetapi itu bukanlah halangan untuk menimba ilmu.

Ini adalah sekolah yang dibina hasil kutipan sumbangan orang-orang kampung. Tetapi, ada juga sekolah yang mendapat dana daripada kerajaan. Ilmu agama amat diutamakan. Justeru, bangunan ini dibina khas untuk anak-anak kampung agar tidak terkurang didikan agama Islam. Guru-guru di sini sanggup meluangkan masa mengajar anak-anak, dari jam 9.00 pagi hinggalah selesai Asar berjemaah,

Wajah-wajah keriangan


Monday, August 3, 2015

Ramadhan Cinta Syuhada' : Kisah Ketiga ~ Redha dengan ketentuan ALLAH s.w.t

Kampung Serong, Pattani.



Jamilah bt Abdullah, 26 tahun menerima qada dan qadar ALLAH untuk menjaga dua anak lelakinya yang berumur 3 tahun dan 10 bulan akibat kehilangan suami tercinta. Suaminya, Nik Idris Haji Mad Zin, 29 tahun di tembak kerana dituduh cuba menembak tentera.



Sebelum kejadian, beliau pernah ditangkap atas kes menembak mati seorang sukarelawan. Beliau dimasukkan ke Penjara Pattani selama 70 hari dan dibebaskan. Namun, pada 13 Mei 2015, beliau yang berada di rumah sahabatnya untuk bekerja tiba-tiba dikepung pihak tentera. Semua yang berada di dalam rumah itu termasuk keluarga kawannya dan Nik Idris sendiri telah menyerah diri. Namun, pihak tentera telah menarik Nik Idiris masuk kembali ke dalam rumah untuk memberitahu di mana senjata milik beliau yang  di sembunyikan.

Selepas beberapa ketika, terdengar bunyi tembakan di dalam rumah dan bekalan elektrik terputus. Nik Idris di katakan cuba melawan pihak tentera. Beliau menghembuskan nafas terahkir di tempat kejadian.

Kini, ayah kepada Nik Idris dikatakan menjadi sasaran pihak tentera. Rumah sentiasa didatangi tentera. Semoga keluarga ini dilindungi dari sebarang kecelakan.



“SILA KONGSIKAN ARTIKEL INI ATAS NAMA KEADILAN BUAT RAKYAT PATANI. MOHON SEMUA DOAKAN PERLINDUNGAN KEPADA SAUDARA SEISLAM DI PATANI” 



Monday, July 13, 2015

Ramadhan Cinta Syuhada: Kisah Kedua



Kampung Lotu

Dek kecuaian orang lain, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa dan kini meringkuk di dalam penjara di Bangkok buat selama-lamanya. Itulah yang terpaksa ditanggung oleh Afandi Bin Abdul Manaf yang dikatakan penyebab berlakunya kemalangan antara kenderaan polis dan tentera sewaktu dalam perjalanan dari sebuah Balai Polis di Pattani.

Beliau telah menerima surat dari pihak polis yang dihantar melalui Ketua Kampung untuk sisasatan satu kes tembakan. Beliau bersama-sama Ketua Kampung telah ke Balai Polis untuk memberi penerangan. Hasil soal siasat, mendapati dia tidak bersalah.

Ibu yang tabah

Kemalangan tersebut berlaku semasa dalam perjalanan ke Balai Polis di Perlok dan menyebabkan kematian kesemua anggota polis yang bersama dalam kenderaan tersebut.

Hasil siasatan pihak berkuasa dan memutuskan  bahawa Afandi telah bertindak untuk merampas kenderaan yang dipandu oleh anggota polis berkenaan. Sedangkan kenderaan polis terbabit dipandu laju dalam keadaan mabuk (sumber dari Afandi).

Bertudung coklat: Isteri Afandi menceritakan insiden tersebut

Akibatnya, kini isterinya terpaksa membanting tulang empat kerat menoreh getah untuk menampung berbelanjaan beliau dan anak tunggalnya berusia 11 tahun.  

Penyerahan sumbangan oleh pihak NUSANTARA dan AMANI Malaysia

Wednesday, July 8, 2015

"Ramadhan Cinta Syuhada": Kisah Pertama


Syukur Dalam Sedih di Kampung Nat Padang, Teluban, Pattani.

Zakaria Mat, kini meringkuk di penjara di Bangkok, Thailand. Dituduh/difitnah dan dijatuhkan hukuman penjara gantung sampai mati selepas melalui 3 peringkat mahkamah.

Ibu yang merindui anak

Sewaktu kejadian, Zakaria Mat, 30 tahun dan kini telah 8 tahun menjalani kehidupan di penjara. Beliau dituduh membunuh pengetua dan membakar sebuah sekolah kebangsaan di Pattani. Beliau menjadi mangsa fitnah oleh seorang saksi palsu yang mengaku melihat Zakaria berada di tempat kejadian. Sedangkan tertuduh ada di rumah sewaktu kejadian.

Selain Zakaria, ayah tiri beliau juga iaitu Che Wanik bin Che Meng juga telah ditangkap dan dipenjara selama 47 hari di Penjara Pattani dek kerana dikaitkan dengan kes yang sama. Bukan sahaja Che Wanik, 2 orang lagi anaknya serta 35 orang kampung juga turut ditangkap.

Dari kanan: Adik bongsu, ayah tiri, ibu

Walaupun kesemuanya dilepaskan kerana tiada bukti kukuh, namun mereka dipaksa membayar wang jaminan untuk bebas dari penjara iaitu sebanyak RM20,000@200,000 bath seorang melainkan Che Wanik pula sebanyak RM70,000@700,000bath.
Kini, Zakaria Mat telah mendapat keampunan dari Raja Thai dengan pengurangan hukuman. Beliau kini menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Sumbangan dari Yayasan Nusantara dan AMANI Malaysia


“SILA KONGSI ARTIKEL INI ATAS NAMA KEADILAN BUAT RAKYAT PATANI. MOHON SEMUA DOAKAN PERLINDUNGAN KEPADA SAUDARA SEISLAM DI PATANI”


Alhamdulillah. Selesai Projek Kembali Ke Sekolah Siri Pertama AMANI MALAYSIA-NUSANTARA

Insha Allah, akan datang untuk tahun hadapan untuk terus menyantuni anak yatim ini.

Jumlah kutipan yang diserahkan untuk membeli peralatan persekolahan ini adalah sebanyak RM 10ribu.

Seramai 70 anak yatim menerima bantuan ini.

Terima kasih kepada penyumbang dan mereka yang prihatin pada anak yatim Patani.

Penyerahan Bantuan Persekolahan daripada Pengerusi AMANI MALAYSIA

Pengerusi Yayasan Nusantara Bagi Hak Asasi Manusia dan Pembangunan (NUSANTARA)

Kaum Hawa yang menjayakan program ini.

Serahan Bantuan Persekolahan

Gambar Kenangan Aktivis AMANI-NUSANTARA

Semoga Kalian Bersemangat Untuk Menuntut Ilmu





Tuesday, April 7, 2015

KUTIPAN TERKINI (8 April 2015)

Sumbangan terkumpul utk Projek Kembali ke Sekolah setakat ni - RM 6350.00.

~huluran kasih buat permata syuhada'~

Insyaallah Amani Malaysia akan mengadakan majlis penyerahan sumbangan keperluan persekolahan untuk anak-anak yatim syuhada' di Patani pada 18-19 April 2015. Kami mengalu-alukan kepada sahabat2 yang ingin turut serta menyumbang untuk anak-anak ini. Sedikit sumbangan ini insyaallah dapat memberi semangat dan dorongan kepada adik2 kita di sana untuk terus cekal mencari ilmu demi masa depan mereka insyaallah.

Drp Sahl bin Saad r.a katanya Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda maksudnya : "Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini (sambil menunjuk dengan kedua-dua jarinya - jari telunjuk dan jari tengah yang dirapatkannya).

H.R Bukhari

Sumbangan anda boleh disalurkan ke dalam akaun BIMB (Bank Islam) Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) 07043011032006.

maklumkan sumbangan anda melalui SMS di nombor 019-5454924 atau 019-5236057

‪#‎pedulianakyatim‬
‪#‎permatasyuhada‬

Monday, April 6, 2015

Kenyataan Media

Pelanggaran Hak Asasi Manusia Terhadap 22 Aktivis Sosial Patani (Selatan Thai)

Pada 2 April 2015 jam 5 pagi, 22 orang pelajar yang merupakan aktivis sosial terhadap isu-isu kemasyarakatan dan hak asasi manusia telah ditangkap oleh anggota-anggota National Peace and Maintaning Order Council tanpa sebarang alasan yang kukuh. Kesemua mereka merupakan ahli dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) PerMAS (Persatuan Mahasiswa Selatan Thai), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang Thailand.

NGO-NGO Hak Asasi Manusia dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Philipina yang tersenarai di bawah dengan ini menyatakan pendirian kami bahawa;

1. Pihak tentera mesti membebaskan dengan segera semua individu yang ditahan dan berhenti mengugut dan mengancam keselamatan mereka yang terbabit dan juga ahli keluarga mereka;

2. Pihak tentera mesti mematuhi semua perkara yang dijamin sebagai hak asasi manusia xxoleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

3. Pihak kerajaan Thai mesti mempertimbangkan untuk menamatkan perintah darurat yang telah 10 tahun dilaksanakan di Selatan Thai. Undang-undang ini dilihat sering disalahguna oleh pihak yang berautoriti dan pihak tentera.
Kami sekali lagi menegaskan, aksi pelanggaran hak asasi ini perlu segara diselesaikan dan keamanan di Selatan Thai perlu segera di kembalikan. Pihak kerajaan Thailand digesa untuk mematuhi setiap konvensyen dan instrument hak asasi manusia peringkat antarabangsa yang telah diratifikasi.

4 April 2015
Jakarta, Indonesia

Ditanda tangani oleh;

1. Pusat Advokasi Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia (PAHAM)
2. Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Malaysia
3. Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA)
4. Justice for Peace (JOP)
5. Hak Asas Perikemanusiaan Patani (HAP)
6. Persatuan Perempuan Patani (PERWANI)
7. Muslim attorney Center Foundation (MAC)
8. Kabnar Advocate
9. SALAM UI
10. PII
11. Student of UIN Jakarta
12. Student of UIN Bandung
13. Serambi Fh UI