Wednesday, January 30, 2013

Guru Mohon Tukar Daripada Jala


JALA.

Lapan orang guru telah membuat permohonan keluar daripada daerah ini berikutan dengan serangan maut terhadap guru-guru di sini.


Separuh daripada 14 orang guru di Sekolah Ban Tanyong telah menyerahkan permohonan rasmi  selepas rakan sekerja mereka ditembak mati.

Pitsanu Direkkul.pemangku Pengarah Sekolah Rendah di Jala berkata semua langkah keselamatan telah dilakukan  tetapi  serangan yang berterusan terhadap guru melemahkan semangat mereka terutama di kawasan yang kerap  diserang.


Beliau berkata lapan orang guru memohon ditukar kerana tidak yakin dengan langkah keselamatan yang disediakan.Kesemuanya mengajar di daerah Bunnang Sata,Jala. Permohon mereka telah diluluskan.

Oleh Abu Fathani

Subuh Di Masjid Tanjung Rambutan

Jemaah di Masjid TanjungRambutan pagi itu ramai..Masjid tua yang bertiang kayu tersangat hampir dengan sungai pagi itu cukup senjuk.

Jemaah yang hadir pada pagi terpaku melihat gambar terpapar di skrin putih. Sungguh mereka tidak pernah melihat gambar seperti yang ditayangkan.


Ketenangan pagi itu dikocak kerana melihat derita umat  Islam Melayu Patani yang didera,disiksa,dibunuh,dirogol dan ditembak. Tanpa siapa-siapa yang menyuruh kalimat Subhanallah dan ALlahu akhbar melantun dari mulut mereka.




Oleh  TS Musafir

Gambar oleh Ery

Tuesday, January 29, 2013

Perjalanan Bersama Aman Patani Ke Perak Darul Ridwan


Berbicara bersama Ustaz Muhammad Rivai Batubara. Beliau banyak mencerita tentang Syiah di Iran. Pernah berjuang bersama Bapak Dr.Muhammad Natsir,mantan Perdana Menteri Republik Indonesia.



Bersama Ahmad Akhdhor Dato' Haji Muhammad Rivai Batubara.


Menziarahi Ustaz Dato' Haji Muhammad Rivai Batubara.


Gambar oleh TS Malaya.

Bersama Derita Patani

Bersama penduduk Tama Sri Kepayang.




Di surau Kampung Tua,Batu 16,Lambor  Kanan,Bota,Perak




Di Kampung Tua, Batu 16








.


Gambar oleh  TS  Malaya.

Friday, January 25, 2013

Kereta Milik Guru Yang Dibunuh Dijumpai di Tak Bai

Kereta Nissan Sedan milik Chonthee yang mati ditembak oleh penyerang bersenjata dijumpai di daerah Tak Bai  hari ini.

Chonthee Charoenchon 51,mati akibat ditembak dua das dikepala sewaktu menyeliakan makan tenghari untuk murid-murid di kantin.Penyerang yang datang dengan dua buah motorsikal mengaku sebagai waris.

Berikutan dengan kejadian  itu semua 378 buah sekolah di wilayah Narathiwat ditutup dan dijangka dibuka semula pada hari Isnin depan.

Kereta itu dijumpai setelah polis memperolehi maklumat daripada suatu sumber. Pihak polis mendapati kereta itu ditinggalkan hutan Tambon Praiwan kira-kira pukul 1.00 tengahari.

Polis percaya kereta yang ditinggalkan itu akan diambil oleh kumpulan bersenjata untuk melakukan letupan bom kereta.


Kamera keselamatan telah merakam gambar kereta itu di daerah Yi-Ngor.



Oleh TS Musafir.

Thursday, January 24, 2013

Sekolah Di Narathiwat Ditutup Berikutan Kematian Guru

Dua puluh satu buah sekolah  di Narathiwat ditutup berikutan dengan kematian seorang guru di Sekolah Ban Tanyong kelmarin(Rabu)

Sekolah dijadual akan dibuka semula pada hari Isnin ini. Chonthee Charoenchon, 51,ditembak di kepala dua das di kantin sekolah.

Sekolah ini mempunyai hampir 300 murid.

Penyerang telah merampas kunci kereta Nissan Sedan milik Chonthee dan melarikan kereta itu..

Sekolah ditutup kerana guru-guru,murid-murid dan warisan telah hilang kepercayaan dengan langkah keselamatan yang diambil oleh pihak keselamatan.

Mangsa adalah orang yang ke 158 yang ditembak di Ujung Selatan  dan telah dikebumikan kelmarin

Polis telah mengambil maklumat daripada mereka yang berada di tempat kejadian dan melakar wajah yang disyaki sebagai penyerang.

Sementara itu Menteri Pertahanan Sukumpol Suwanatat menyatakan kematian Chonthee adalah pukulan yang hebat ke atas pendidikan di wilayah ini. Beliau yakin dengan langkah keselamatan yang diambil sekarang sudah mencukupi.

Sukumpol berkata mangsa adalah seorang Islam dan sekolah ini ditadbir mengikut sistem Islam.Beliau berkata soal keselamatan di sekolah ini dibawah  kawalselia agensi lain dan bukan pihak tentera

Beliau berkata pihak tentera bersedia membantu mengajar murid-murid jika diminta oleh pihak Kementerian Pelajaran.


Oleh TS Musafir

Wednesday, January 23, 2013

Guru Yang Ke 158 Ditembak Mati

Chonthee Charoenchen 51,ditembak dua das di kepala oleh salah seorang empat lelaki yang datang ke sekolah dengan dua buah motorsikal. Chonlathee mati ditempat kejadian.


Menurut Pol Lt ParadomKotetas,pegawai bertugas di balai polis Bacho kejadian itu berlaku di sekolah Ban Tanyong kira-kira pukul 12.20tengahari kelmarin(Rabu).



Mangsa dijumpai terbaring berlumuran darah di hadapan pintu masuk kantin sekolah.

Saksi memberi tahu polis sebelum kejadian itu Chonlathee dan beberapa orang guru lain menyelia makan tengahari kepada 292 murid.

Sekumpulan empat orang lelaki tiba dengan dua buah motorsikal dan berhenti di luar kantin. Salah seorang lelaki itu mengaku sebagai waris dan mendekati  Chonlathee.Dia mengeluarkan pistol lalu melepas dua das tembakan ke kepala Chonlathee. Guru ini mati serta merta di tempat kejadian.

Penyerang melarikan diri dengan menggunakan kereta Nissan milek Chonlathee.

Arahan dikeluarkan supaya sekolah ditutup selepas kejadian itu. Waris berpusu-pusu datang ke sekolah mengambil anak mereka.

Ada sebilangan waris yang menjerit melihat kejadian yang berlaku di hadapan mata mereka.



Oleh TS Musafir

Gambar di bawah oleh Waedao Harai.



Dua Lelaki 'Arab' Di Majlis Ulamak Fathoni Darussalam

Dua orang lelaki asingini begitu fasih bercakap Bahasa Arab.Pada mulanya aku menyangka dia orang Arab kerana sering bercakap Arab dengan 'Baba' dan Tuan Guru pondok. Tetapi bila dia bercakap ala Indonesia aku sudah pasti dia bukan orang Arab.

Mereka cukup ramah dan mesra dengan Tuan Guru pondok.Dipeluknya Tuan Guru dengan penuh mesra.Mereka lebih banyak bercakap dalam Bahasa Arab. Sekali sekala mereka bercakap Melayu dialek Patani.

Aku sempat bertanya kepada 'Acan' Adnan dan katanya orang Barat. Aku tidak berpuas hati dengan jawapan itu.Lalu aku bertanyakepada Ustaz Muhaimin yang hebat itu.Hebat kerana dia ada 3 isteri dan 3 buah rumah.Ustaz ini cukup peramah orangnya dan mudah senyum.Suaranya lembut. Dia mengajak aku berjumpa dengan orang 'Arab' ini.Aku bercakap dalam Bahasa Inggeris dengannya."Saya Masihi," katanya dalam Bahasa Melayu ala Indonesia.

Kemudiannya menghulur kad nama. Irenee HERBET. Komite Internasional Palang Merah. Beribu pejabat di  
Jakarta. Katanya dalam Bahasa Melayu dia berasal dari Perancis.Dia boleh bercakap Inggeris tetapi lebih suka bercakap dalam Bahasa Melayu

Aku tidak pula bertanya apa status mereka datang ke majlis ini. Dan yang pasti hanya dua orang Barat sahaja yang ada dalam majlis ini.Ini bererti mereka mempunyai hubungan yang baik dengan 'Baba-Baba' yang mengajar di pondok. Kalau tidak masakan mereka diundang.

Keramahan mereka membuatkan Tuan Guru begitu senang hati.Dan bertambah senang hati lagi bila bercakap dalam Bahasa Arab.

Keadaan ini membuatkan aku teringat kepada Snouck Hurgronje(1857-1936) penasihat kepada kerajaan penjajah Belanda. Menurut Prof Hamka, Snouck Hurgronje begitu mesra dan baik sekali dengan alim ulamak dan kiyai di Indonesia.Keadaan ini menjadikan ulamak begitu baik hati sekali dengan beliau.

Menurut Prof Hamka dalam bukunya,"Ayahku"Snouck Hurgronje  rapat sekali dengan ulamak di Aceh dan Sumatra amnya. Snouck Hurgronje berjaya melempar jaringnya atas ulamak-ulamak dengan memanjakan mereka. Dengan jaring yang dilemparkan itu perlahan-lahan beliau berjaya mengurangkan penentangan ulamak  terhadap penjajah Belanda. Rakyat semakin jauh dari ulamak.Dan kesannya wilayah Aceh tunduk dibawah penguasaan Belanda.


Oleh TS Musafir