Umat Islam di Ujung Selatan Fathoni Darussalam cukup perihatian dengan penderitaaan manusia.Ini dapat dilihat bila Bangkok dilanda banjir besar beberapa tahun yang lalu.Umat Islam di wilayah ini menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Kali ini atas dasar peri kemanusiaan umat Islam membantu pendatang tanpa izin Rohingya yang ditahan dan terlantar di Ujung Selatan.
Ini selaras dengan hasrat dan permintaan Sheikh Abdul Aziz pemimpin Islam di Negara Gajah Putih itu.
Beberapa orang sukarelawan sedang mencatatkan maklumat dan keperluan yang diperlukan.
Anak-anak Rohingya begitu gembira bersama sukarelawan Ujung Selatan.
Beras ini akan masak untuk keperluan pendatang tanpa izin yang ditahan di Thailand.
Sukarelawan yang perihatin menyenangkan hati anak-anak Rohingya.Orang di Ujung Selatan cukup memahami penderitaan orang lain kerana penderitaan ialah sebahagian daripada ramuan hidup mereka.
Oleh TS Filfilan Al-Fathoni
Gambar oleh PPS
Sebuah NGO Kemanusiaan dan Kebajikan Untuk Rakyat Patani (Selatan Thailand)
Tuesday, January 22, 2013
Monday, January 21, 2013
Perasmian Majlis Ulama' Fathoni Darussalam
21,Jan,Patani
Kira-kira 5 000 orang hadir dalam majlis perasmian Majlis Ulama Fathoni di Kg Parek,Barahom,Patani.
Majlis ini diadakan sempena menyambut kelahiran Nabi Besar Muhammad S.A.W di kampung halaman Ulama Besar Fathoni Sheikh Daud Al-Fathoni yang telah kembali ke rahmatullah dan disemadikan di Taif,Saudi Arabia.
Majlis yang penuh meriah dimulakan salawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Antara tetamu istimewa yang hadir adalah bekas speaker Parlimen Thailand Mat Nor Matta,Sheikh Abdul Aziz dan Pegawai Pemerintah Tentera Thailand di Ujung Selatan.
Hadirin turut dibekalkan dengan kertaskerja tentang sejarah ringkas hidup dan peranan Sheikh Daud Al-Fathoni di alam Melayu yang ditulis Ustaz Ismail Ishak Al-Fathoni seorang penulis sejarah yang terkenal di Fathoni Darussalam.
Gambar kiri sekali,Ustaz Ismail Ishak Al-Fathoni.
Beberapa buah NGO dari Malaysia turut diundang dan hadir dalam majlis tersebut. Antara NGOyang hadir ialah Persatuan Ulamak Kedah yang diketuai oleh Timbalan Yang DiPertuanya Ustaz Abu Bakar Lebai Mat dan Ustaz Ahmad Kamauddin Abdul Majid,Ustaz Kamuruddin Kassim dari Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan dan wakil Aman Patani.
Majlis yang diadakan di atas tanah pusaka Sheikh Daud yang luasnya lebih daripada 10 ekar tamat pada pukul 1.00 tengahari.
Oleh HS Fathoni
Kira-kira 5 000 orang hadir dalam majlis perasmian Majlis Ulama Fathoni di Kg Parek,Barahom,Patani.
Majlis ini diadakan sempena menyambut kelahiran Nabi Besar Muhammad S.A.W di kampung halaman Ulama Besar Fathoni Sheikh Daud Al-Fathoni yang telah kembali ke rahmatullah dan disemadikan di Taif,Saudi Arabia.
Majlis yang penuh meriah dimulakan salawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Antara tetamu istimewa yang hadir adalah bekas speaker Parlimen Thailand Mat Nor Matta,Sheikh Abdul Aziz dan Pegawai Pemerintah Tentera Thailand di Ujung Selatan.
Hadirin turut dibekalkan dengan kertaskerja tentang sejarah ringkas hidup dan peranan Sheikh Daud Al-Fathoni di alam Melayu yang ditulis Ustaz Ismail Ishak Al-Fathoni seorang penulis sejarah yang terkenal di Fathoni Darussalam.
Gambar kiri sekali,Ustaz Ismail Ishak Al-Fathoni.
Beberapa buah NGO dari Malaysia turut diundang dan hadir dalam majlis tersebut. Antara NGOyang hadir ialah Persatuan Ulamak Kedah yang diketuai oleh Timbalan Yang DiPertuanya Ustaz Abu Bakar Lebai Mat dan Ustaz Ahmad Kamauddin Abdul Majid,Ustaz Kamuruddin Kassim dari Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan dan wakil Aman Patani.
Majlis yang diadakan di atas tanah pusaka Sheikh Daud yang luasnya lebih daripada 10 ekar tamat pada pukul 1.00 tengahari.Oleh HS Fathoni
Friday, January 18, 2013
Penindasan Terus Dilakukan oleh Tentera Siam
Rakyat Patani Darussalam tidak putus diseksa dan dera dengan pelbagai cara. Mereka diseksa dan didera supaya membuat pengakuan.
Di wilayah Patani,Yala dan Narathiwat dua undang-undang digunakan.Undang-undang tentera dan darurat.Melalui undang-undang zalim ini seseorang disyaki boleh ditahan selama 7 hari dibawah undang-undang tentera dan 30 hari dibawah undang-undang darurat.
Pelbagai seksaan dilakukan oleh pihak tentera untuk memaksa orang yang disyaksi mengaku kesalahan. Kebanyakan orang yang disyaksi memang tidak bersalah.
Di atas ialah gambar bagaimana orang yang dituduh didera dan diseksa. Kerusi diletakkan di atas belakang orang yang disyaki. Tentera yang menyoal siasat akan duduk di atas dan menekan kerusi sekuat-kuatnya sehingga mangsa menjerit kesakitan.
Selepas itu orang yang disyaki dikenakan kejutan eletrik dihujung kaki. Menurut mangsa, rambut beliau berdiri tegak apabila dikenakan kejutan eletrik.
Kes penderaan oleh pihak menjadi reda sebenar apabila perkara ini dihebuhkan oleh media..Keadaan yang sama terus berlaku apabila perkara ini tidak diperhatian. Rakyat Melayu Patani terus diseksa,diujut atas nama mencari proses keadilan
Oleh TS Musafir

Murid DiTampar Oleh Askar Thai
Seorang murid Sekolah Islam Mu-Idkhan Wittaya,Samakee,Resak,Narathiwat ditampar oleh tentera baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku waktu pagi sebelum sekolah bermula. Baharudin Ibrahim 14 bermain dengan kawan-kawannya waktu itu. Dia menyuruh kawan-kawan masuk memandangkan tentera sedang berkawal dihadapan sekolah. Tentera itu menarik Baharudin selalu menamparnya sehingga jatuh.
Melihatkan kejadian itu Abdusalam cuba membantu Baharudin dan berkata, " Kenapa kamu ini berlaku kejam terhadap anak yatim," Tentera itu marah lalu menampar Abdussalam hinngga terjatuh.
Guru-guru wanita( ustazah) yang melihat kejadian menarik murid-murid dari dibelasah terus oleh tentera Siam.
Perkara itu telah dimaklumkan kepada mudir sekolah itu.
Baharudin telah diugut oleh tentera Siam dengan berkata, 'Jangan beri tahu bos kamu! Nanti aku bunuh kamu." Baharudin yang ketakutan itu tidak mahu pergi ke sekolah.
Ketua kem tentera telah meminta maaf kepada Abdussalam dan memberi ganti rugi sebanyak RM200.00.Manakala Baharudin tidak menerima sebarang ganti rugi.
Kejadian menyebabkan ramai murid dan guru takut hendak ke sekolah.
Penduduk merasa sedih dengan kejadian itu dan mahu kerajaan bertindak tegas dengan menghukum orang bertanggungjawab itu.
Oleh Mat Nara

Thursday, January 17, 2013
Pertubuhan Islam Di Thailand Gesa Rohingya Diberi Perlindungan
Lebih daripada 800 orang pendatang Rohingya yang ditahan di Thailand perlu diberi perlindungan dan dihantar ke negara ketiga bukannya dihantar kembali ke Myanmar,kata sebuah pertubuhan Islam Thailand kelmarin.(Gambar di kanan Chularatchamonthi Aziz Pitakkumpon,seorang pemimpin Islam di Thailand).
Majlis Islam Thailand mencadangkan Mesjid Jamek Songkhla digunakan untuk menempatkan pelarian Rohingya yang tidak terlibat dengan jenayah.
Tempat tahanan di balai polis sudah penuh dan padat,kata majlis.
Beratus-ratus orang Rohingya ditahan di Songkhla,Narathirat,Trang,Patani dan Phangnga minggu lepas ketika cubaan untuk masuk ke Malaysia melalui Thailand.
Dua orang pendatang yang ditahan adalah wanita dan seorang adalah kanak-kanak.
Menurut laporan "Bangkok Post" sehingga kini terdapat 949 pendatang yang ditahan.

Tuesday, January 15, 2013
Bakar Kamera Keselamatan(CCTV)
Timbalan Perdana Menteri Thai,Chalerm Yubamrang mendakwa perbuatan membakar kamera keselamatan(CCTV) bukan perbuatan pihak Pejuang Patani.
Menurut beliau perbuatan itu dilakukan oleh ahli perniagaan yang gagal merebut kontrak pemasangan 'CCTV'. Mereka telah mengupah anak-anak muda untuk merosak dan membakarnya.
Sementara itu Perdana Menteri Yingluck telah mengarahkan supaya CCTV dipasang ditempat yang strategik.

Friday, January 11, 2013
Timbalan Perana Menteri Thai Berpuashati Lawat Malaysia
Timbalan Perdana Menteri Thailand Chalerm Yubamrung menyatakan beliau berpuashati hasil lawatannya ke Malaysia baru-baru ini.
Pertemuannya dengan anggota kabinet dan pegawai tertinggi berhubung dengan masalah konflik di Ujung Selatan Thailand yang semakin meruncing..
Beliau berkata pertemuan yang seterusnya dengan mantan perdana menteri Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan zon ekonomi Malaysia-Thai
Seterusnya beliau akan melawat Indonesia bagi mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah konflik di Ujung Selatan terutama di Narathiwat,Jala,Patani dan beberapa daerah di Songkhla.
Chalerm berkata beliau menemui Perdana Menteri Malaysia Najib Abdul Razak,anggota kabinet dan pegawai keselamatan tertinggi dalam rangka lawatannya selama tiga hari.Beliau meminta kerjasama Kuala Lumpur bagi mengatasi masalah ketegangan di Ujung Selatan.
Beliau juga sempat menemui lebih daripada 6 500 peniaga restoran Thai di 13 buah negeri Malysia yang telah menubuhkan persatuan mereka sendiri.
Dalam pertemuan itu beliau mendengar masalah yang mereka kemukakan.
Setakat ini terdapat lebih kurang 150 000 pekerja Melayu Islam yang bekerja di restoran tomyam tanpa permit yang sah.Kuala Lumpur berjani memberi perhatian dalam soal ini.

Letupan Bom 2 Tentera Terbunuh
Dua orang tentera yang ditugaskan mengawal keselamatan guru telah terbunuh akibat letupan di jalan raya di daerah Yarang Patani pagi Jumaat.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Bangkok Post anggota tentera daripada pasukan khas 21 Patani meronda di kawasan luar bandar di Ban Buenae Peedae kawasan Tambon Prachan Yarang. Bom buatan sendiri yang ditanam di jalanraya meletup dibawah kenderaan mereka.
Nama-nama tentera yang terbunuh cedera belum lagi dimaklumkan.
Pihak Deep South Watch yang membuat pemantau sejak Januari 2004 berhubung dengan isu konflik di Ujung Selatan Thailand menyatakan lebih daripada 5 000 orang terbunuh dan 11 000 cedera dalam kejadian ini.
Oleh TS Musafir
Gambar oleh Abdulloh Benjakat

Subscribe to:
Posts (Atom)