Tuesday, August 7, 2012

Sekolah Rendah Kebangsaan Merleh Masih Ditutup


 Kini sudah 2 tahun terlalu Sekolah Rendah Kebangsaan Merleh,Kampung Merleh mukim Sawa daerah Resak,Narathiwat belum lagi dibuka oleh pihak pemerintah Thai. Sekolah itu ditutup oleh pihak kerajaan kerana dibakar oleh pihak bersenjata.

Sekolah yang mempunyai 200 orang murid telah dipindahkan ke sekolah yang berhampiran. Ada yang dipindah ke bandar dengan menaiki trak atau kereta besar tentera.

Sebelum berlaku peristiwa sekolah dibakar,seorang guru telah ditembak. Akibat daripada kejadian itu ramai guru yang takut hendak datang mengajar. Pihak pemerintah Thai membuat keputusaan untuk menututp sekolah tersebut.


Kampung Merleh sebuah perkampungan yang terletak jauh di pedalaman telah dikateorikan sebagai 'kampung merah' oleh kerajaan Thai. 'Kampung merah' telah dicap sebagai kampung yang dikuasai oleh puak pejuang.

Sekolah Rendah Kebangsaan Merleh yang bangunannya semua dibakar hangus bersama dengan 20 buah sekolah kerajaan yang lain di Narathiwat. Sekolah lain yang terlibat dengan kejadian kebakaran telah dibangunkan semula dan mendapat bangunan baru.

Tetapi sekolah ini tidak dibangunkan semula dan dibiarkan sahaja oleh pihak pemerintah. Tidak ada guru yang berani datang untuk mengajar.Ramai murid yang tidak ke sekolah kerana kereta tentera tidak datang ambil.Ada juga murid yang mengikut orang tuanya bekerja di kebun dan juga ke Malaysia. Hanya ibu bapa yang mampu sahaja yang menghantar anak mereka bersekolah di bandar.

Kini ramai pelajar di Patani yang belajar di bawah khemah dan pokok kerana bangunan yang dibakar belum dibangunkan semula.

Berbeza sungguh dengan murid-murid dan pelajar di Bangkok. Mereka dibekalkan dengan laptop sebagai alat pengajian sedangkan pelajar-pelajar di tiga wilayah Melayu belum lagi dapat melihat bilik darjah!

Sunday, August 5, 2012

Sumbangan Kurma Untuk Majlis Berbuka Puasa di Patani

Sumbangan Kurma yang telah disampaikan oleh wakil Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Ust Khairul Anuar kepada wakil AMANI MALAYSIA


Saturday, August 4, 2012

Roadshow Ramadhan AMANI MALAYSIA

Alhamdulillah, sekilas Roadshow Ramadhan AMANI MALAYSIA bermula 3-4 Ogos 2012..

roadshow di Maahad Darul Muhajirin, Kedah

 Saudara Hasan, wakil dari Patani sedang menyampaikan ceramahnya.


 hadirin yang sedang tekun mendengar ceramah 

penyerahan cenderahati kepada mudir pondok, Baba Ust Khairul Anuar


Friday, July 20, 2012

PRORAM ZIARAH DAN IFTAR RAMADHAN DI PATANI 1433H


SALAM RAMADHAN 1433 H. Sambutlah Ramadhan Bersama insan-insan yang memerlukan dengan mengikuti Program Ziarah dan Iftar Ramadhan di Patani 2012, pada 10 - 12 Ogos 2012. Anjuran Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) dengan kerjasama Hak Asasi Perikemanusian bersama Majlis Agama Islam Wilayah dan Badan-badan NGO 3 wilayah Selatan Thai. Berminat boleh hubungi Sdri Nisa' (013-4529807/ 019-4251360). Daftar segera tempat TERHAD.!.
Sebarang Sumbangan untuk menjayakan lagi program ini amat dialu-alukan. Kami juga sedang mengadakan program Wakaf Buku untuk pembagunan Pustaka AMANI di Patani. Rujuk poster di bawah..

klik pada poster

Rayuan Ramadhan AMANI MALAYSIA

Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) merupakan sebuah badan kebajikan dan kemanusian yang berusaha dan peduli untuk membantu saudara Muslim di Selatan Thai khusunya keluarga mangsa konflik di sana. Bantuan yang disalurkan diharapkan dapat mempertingkatkan lagi usaha dan kejayaan program-program yang digerakkan di bawah AMANI MALAYSIA. 



klik pada gambar 

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 261, "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya,"