Sunday, June 3, 2012

BUKU : AIR MATA ISLAM PATANI


“Apa yang berlaku di Palestin sebenarnya berlaku di Patani”

Kita melihat perjuangan di Seltan Tahai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Islam Patani atas tiket nasionalisme.

Namaun apakah kebenaran disebaliknya? Apakah hakikat sebenarnya?
Tangan mereka digari, hak mereka dicabuli, bangsa Melayu Islam Patani dizalimi, namun kenapa ramai masih tidak peduli?

Sesungguhny, orang mukmin itu bersaudara.”

“Barangsiapa tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk ke dalam golongan mereka.” (HR Thabrani)

Tidakkah kita gerun mengenangkan hadis baginda ini?

Buku Air Mata Islam Patani ini menceritakan kajian dan kiasah-kisah benar yang berlaku saban hari di Patani. Buku ini turut mencari hikmah mutiara disebalik musibah.

DAPATKAN BUKU INI SEKARANG JUGA. HUBUNGI 019-4251360

Tajuk : Air Mata Islam Patani
Pengarang : AMAN Patani
Penerbit : Mazni Irfan Publication
Harga : RM 10.00 (tidak termasuk pos)

Ulasan: Saudara Ahmad Fedtri Yahaya, pengacara TV3 dan TV9. Kolumis Majalah Gen Q.

“Sebuah buku yang wajib dibaca oleh umat Islam. Ramai barangkali melihat isu ini sebagai 'biasa' kerana sudah terlalu 'biasa' dihidangkan dengan paparan yang hampir serupa. Di akhir zaman, nyawa insan menjadi begitu murah. Membaca setiap kisah dalam buku ini umpama mengundang jeritan batin dan simpati yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.”

“Harapnya pemahaman umat Islam tentang isu Islam Patani ini akan terus diperkukuhkan melalui medium pembacaan. Kita 'bimbang', di akhirat nanti mereka boleh 'mendakwa' kita kerana langsung tidak mengambil berat soal keselamatan nyawa dan akidah umat serumpun. Sekalipun tidak akan turun berperang dengan senjata yang melanggar batas undang-undang dan kemanusiaan, hulurkanlah apa sahaja yang mampu. Jika ringgit mengalir lesu, masih ada tangan untuk menadah doa. Jika mereka hidup, biarlah dengan keredhaan yang kesabaran yang tinggi. Jika mereka mati, biarlah disambut para malaikat untuk dilayan sebagai mujahid pejuang agama. Ayuhlah sama-sama membantu saudara seagama yang dahagakan sokongan dan kasih sayang.”

“Semoga Allah memberkati usaha kita ini. Sedikit jasa, luas ertinya.”

Saturday, April 7, 2012

Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim Patani



Sumbangan Pakaian yang telah diberikan kepada Aman Patani (AMANI) telah diserahkan kepada NGO Bunga Raya untuk disampaikan kepada anak yatim Patani pada "Program Peningkatan Pembelajaran bagi Anak-anak Yatim" pada 24-26 Mac 2012 bertempat di PUS. Program ini melibatkan 3 wilayah di Selatan Thailand dengan jumlah keseluruhan peserta 87 orang (57 lelaki dan 30 perempuan). Terima kasih kepada seluruh penyumbang dan penderma yang bermurah hati menghulurkan bantuan. Moga Allah membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik..

sekilas lalu gambar program:












Tuesday, March 27, 2012

MOHON SUMBANGAN PROGRAM PENGUPAYAAN ANAK-ANAK YATIM WILAYAH SELATAN THAILAND KE ARAH KEAMANAN





Sumbangan Program boleh disalukan ke akaun Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) :Bank Islam : 7043011013136 (sila maklumkan jumlah dan tarikh kemasukan untuk tujuan rekod kepada 0194131472)

sekilas lalu program pada tahun 2011






Wednesday, March 21, 2012

UPDATE: Seminar Pemikir Muda: Demokrasi Dan Hak Asasi Manusia, Konsep Dan Perlaksanaannya.

DIMAKLUMKAN, PROGRAM INI TELAH DIPERSETUJUI UNTUK DISPONSOR SEPENUHNYA, OLEH ITU YURAN PROGRAM TELAH DIBATALKAN.

INSYA'ALLAH, KITA AKAN TERUSKAN PROGRAM BERBENTUK DIALOG INI DIMASA AKAN DATANG. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERUSAHA KERAS MENJAYAKAN PROGRAM INI.

"PEMBINAAN KETAMADUNAN BERMULA DENGAN KEMANTAPAN
PEMIKIRAN DAN AKIDAH"

http://www.apipenang.blogspot.com/2012/03/seminar-pemikir-muda-demokrasi-dan-hak.html

Monday, March 19, 2012

TAHUN KEHILANGAN IMAM HAJI ZAKARIA BIN YAAKOB

Seluruh warga sukarelawan AMANI dijemput hadir kenduri, solat hajat dan mengimbas kembali khususnya kehilangan Imam Haji Zakaria bin Yaakob pada 21/03/2012, dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 petang (waktu Thailand) bertempat di Kampung Kota, Mukim 5, Jabat, Menara (Narathiwat).  Seluruh 3 wilayah (Pattani, Yala, Narathiwat) akan hadir bersama.

Sunday, March 11, 2012

PERHIMPUNAN & SOLAT HAJAT


Pada 21 Mac 2012, jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang (waktu Thailand) akan diadakan satu perhimpunan besar-besaran sekitar 30,000 orang akan hadir di masjid Kampung Kota, Jabat, Menara (Narathiwat) untuk bersolat hajat dan ceramah tentang komplik dan satu acara membaca biography Al-Marhum, Ash-Syahid Tuan Imam Jaafar Kasem dan pihak Sukarelawan Kemanusiaan AMANI dijemput hadir ke Majlis tersebut. Lima ekor lembu akan disembelih untuk kenduri dan orang ramai dari seluruh wilayah akan hadir.